Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Sebenarnya aku kurang menonton rancangan kegemaran aku (Buletin Utama) kebelakangan ni. Al maklumlah berniaga pasar malam, bila masa nak menghadap tv. Tapi hari ni Khamis, hari cuti aku. Jadi dapatlah menonton siaran berita terkini.

Berita paling gempaq hari ni kisah 1 juta Eramin 5 bernilai RM 20 juta berjaya dirampas pihak berkuasa yang diimport masuk dari Taiwan melalui kargo lapangan terbang Bayan Lepas, Pulau Punang. Apa yang menjadi kekesalan ialah penglibatana orang dalam, membolehkan Eramin 5 yang khayal lagi meng'syiok'kan itu dibawa masuk untuk diedar ke pasaran Pulau Pinang (layan clubbing lerr, apa lagi).

5 orang ditahan dengan seorang bergelar Datuk (mamat ni ada 5 rekod kes terlibat dengan jenayah). Sejumlah Rm 558, 000.00 disita beserta beberapa kereta dan aset lain berjumlah RM 3.8 juta SAHAJA.. Kaya gak jadi tokey dadah ni!

Jadi cerita banyak pun tak guna, fikir-fikirkan, dan selamat beramal. Untuk menutup tirai, kita 'berhibur' dengan rakaman kekecohan di ibu pejabat MIC, Jalan Rahmat, Kuala Lumpur. Kekecohan berlaku antara 2 pihak berikutan siasatan MIC terhadap Maica Holdings.





Salam,

Hari ini adalah tanggal 7 Syaaban 1430, bermakna tinggal kira-kira 23 hari sebelum menjelangnya Ramadhan. bagi yang belum ganti puasa sebab 'terbatal', terminum, termakan, 'ter' melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, atau pun uzur syarie.. Harap-harap diizinkan Allah supaya dapat menggantikan puasa (qada) yang tertinggal itu. kalau dah sampai Ramadhan, tapi belum ganti, kena ganti juga tahun depan + bayar denda.



Bulan Ramadan selain bulan bagi kita melakukan lebih ibadah dan amal jariah, ia juga adalah bulan bagi kebanyakkan orang membuat duit, tak kira secara sepenuh masa (30 hari), mahupun secara sambilan. Ada yang ambil cuti sebulan, semata-mata untuk berniaga di bazar Ramadhan atau Expo Ramadhan. Secara sambilan pula, kebanyakkannya menjual tudung, baju raya, jubah, aksesori (gelang, rantai kristal, brooch dan yang penting kuih raya serta kek). Secara sambilan biasanya dilakukan oleh pekerja pejabat dan juga surirumah.



Mungkin anda ada cita-cita atau niat untuk berniaga tapi belum ada idea atau kata putus produk serta barangan yang ingin dijual, tak kira samada secara sepenuh masa atau 'part time'. Di sini saya senaraikan 10 barangan 'Apa barangan yang laku untuk dijual di bazaar Ramadhan?":

  • 1. Air minuman i. air balang (yang berwarna warni), ii. air tebu, iii. air soya, iv. air jus buah-buahan, dll.
  • 2. Kuih muih - karipap, tepung pelita, kole kacang, jagung custard, wadeh, dll
  • 3. Aneka lauk-pauk
  • 4. Ayam percik, ayam panggang, ayam goreng, sate ayam (dan lembu)
  • 5. Pelabagai jenis 'nasi' - Nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, nasi ambang, nasi lemak dll
  • 6. Murtabak
  • 7. Mee / mihun kawah
  • 8. Laksa Penang / Johor, rojak,
  • 9. Roti John, burger, roti khurasan
  • 10. Pelbagai jenis masakan Sup- Soto, mee / bihun sup, dll.


Tu jelah buat setakat ni, nanti ada lagi senarai untuk barangan paling laris dengan permintaan tinggi untuk jualan secara sambilan serta expo Ramadhan.. Insyaallah...

Salam,

Menyorot kembali 'entry' semalam berkaitan Ceramic Asia Club yang dibekukan oleh BNM, sila lihat kenyataan rasmi Bank Negara Malaysia;

Bank Negara Malaysia Investigates Asia Ceramic Marketing Sdn Bhd And Its Related Companies


Ok, berbalik kepada cerita asal, Etiqa Emas kini sedang dibekukan oleh BNM untuk siasatan atas akta BAFIA (keraguan mengambil deposit secara tidak sah dan akta AMLATFA (Anti-Money Laundering and Anti-Terrorism Financing Act 2001). Sila rujuk BNM.

Apakah penyebabnya masih belum diketahui kerana mengikut Etika Emas, mereka memperdagangkan emas sebenar (fizikal 999.9). Laman web rasmi etika emas ditutup bagi memberi laluan kepada BNM menjalankan siasatan. Petikan muka utama etika emas:

"Perlu ditekankan di sini bahawa EEESB hanya menjalankan urusan jual-beli emas fizikal 999.9. Kami membantu memberi khidmat nasihat kepada para pelanggan kami tentang kaedah menambahkan aset emas mereka dengan menggunakan institusi ar-rahnu yang berdaftar sebagai mekanisma. Bersama-sama ini, kami edarkan model perniagaan yang kami jalankan bersama rakan niaga dan institusi Ar-Rahnu untuk maklumat Tuan/Puan." .. bacaan penuh

Apa itu pelaburan emas

Pelaburan emas adalah pembelian emas dalam bentuk fizikal jongkong emas (gold bar), dinar / syiling emas (bullion gold coin) atau pun barangan kemas (jewellery*). Pelaburan emas juga boleh dibuat dengan cara bukan fizikal (buka akaun dengan institusi yang bertauliah).
* pelaburan dengan cara barangan kemas akan mengalami susut nilai disebabkan harga semasa pembelian adalah nilai emas + upah ukir (workmanship).


Klik banner untuk keterangan lanjut

Kenapa melabur dengan emas

Emas telah diketahui umum mempunyai nilai yang tinggi dengan harga yang stabil (tidak jatuh merudum) dan harganya sentiasa naik. Emas juga asalnya menjadi nilai muka kepada jumlah wang yang ada di dalam simpanan setiap negara. Emas TIDAK jatuh nilai dimakan inflasi.

Antara Institusi yang menjalankan pelaburan emas
Tedapat beberapa syarikat yang menjalankan dagangan pelaburan emas ini. Antaranya Etika Emas, Maybank, Public bank, UOB, Poh Kong, Habib Jewels dan banyak lagi.



Hukum melabur emas mengikut Islam

Mengikut ulasan uzar @ Zaharudin.net, pelaburan emas terdapat beberapa hukum mengikut kaedah;
1. HARAM DAN BATAL : Jika emas itu belum berada dalam pemilikan bank dan hanya akan dibeli daripada pihak ketiga dalam majlis transaksi yang berasingan. Urusniaga pembukaan akaun itu telah menjadi HARAM dan tidak SAH, kerana pihak bank telah menjual emas yang tiada di dalam miliknya dan juga kerana riba telah berlaku apabila tiadanya elemen ‘Taqabud fil Majlis' (serah terima dalam satu masa), sebarang penangguhan membawa kepada Riba an-Nasiah.

Kesimpulan ; pastikan emas yang ingin dijual mestilah berada dalam pemilikan pihak bank tersebut.
2. HARAM DAN BATAL : Iaitu jika emas BELUM atau TIDAK diterima sertamerta ketika membuka akaun pelaburan emas itu.

Sebagai contohnya, pelanggan hanya yang membayar sejumlah wang untuk membeli emas 100 gram dan memulkana akaunnya, namun pihak bank tidak memberikan sebarang bukti pembelian telah termeterai dengan rasminya atau ‘concluded'. SERTA tiada sebarang jenis bukti bertulis yang menunjukkan pelanggan kini menerima ‘hak tasarruf' (hak kebebasan terhadap sejumlah emas yang telah dibelinya sama ada untuk menjualnya padabila-bila masa yang dikehendakinya).

3. HALAL DAN SAH :

Setelah anda membaca dua bentuk yang jatuh haram, sudah tentu anda mampu memeastikan bagaimana bentuk akaun pelaburan emas yang halal dan sah. Iaitu :-

a. Bank memiliki emas yang dijual semasa menjual.

b. Bank memberikan bukti dan hak tasarruf kepada pelanggan sama ada dalam bentuk fizikal emas atau bentuk sijil hak ke atas sejumlah emas (yang telah dibeli), yang mana sijil itu melayakkan pelanggan itu menuntut emasnya secara fizikal pada bila-bila masa yang dikehendakinya. Ini bermakna sijil itu ibarat sebuah kad debit dan cek yang mewakili duit fizikal yang wujud. Penyerahan menggunakan sijil ha milik emas sebagai tanda pembeli dan pembukaan akaun sudah sempurna adalah SAH DAN HARUS di sisi Islam. Ia dianggap sebagai penyerahan tidak fizikal (al-Qabdhu Al-Ma'nawi) Demikian fatwa oleh Majlis Fiqh Antarabangsa dalam keputusan mereka nombor 84, 9/1 (Qararat Wa Tawsiat, hlm 191)

Sila rujuk Hukum Akaun Pelaburan Emas di Bank Malaysia


Rujukan pelaburan emas

Etika gold
Jutawan Emas
Rahsia pelaburan emas
Kijang Emas (wikipedia)

Zaharudin.net :Dinar Emas elak manipulasi (Nik Aziz & Dr. M)

Maybank2u : Kijang Emas Gold Bullion Coins
Public Bank Launches Gold Investment Account

Public gold
Public Dinar

Duit-duit saya, kena pegang dengan BNM...
Di mana dia, cinta hati saya,
Cinta hati saya, melebur dalam Ceramic....

Tu lah dendangan sumbang suara aku mengikut irama lagu 'Di mana dia anak kambing saya".

Asia Ceramic Sdn Bhd, satu nama yang gah membawa masuk pulangan pelaburan yang memang amat lumayan kepada para pelabur. Aku memang telah lama perhatikan kerancakan program ini. Cuma aku sudah menutup hati untuk menyertai program umpama cendawan tumbuh ni. Ye lah, dah banyak aku tengok semuanya kecundang di tengah jalan. Sama juga macam cerita BuluhMas, Jazmeen dan sewaktu dengannya, diserbu Bank Negara Malaysia tempohari dengan segala aset serta hak milik mereka dirampas dan dibekukan. Yang merana, tentulah para pelabur yang memang 'bajet' nak kahwin la, nak besarkan rumah/ kedai / bini, dan sebagainya.

Kenapa dan mengapa Ceramic Club disita? Ambil deposit secara haram? Tak berdaftar? Tu kena tunggu penjelasas rasmi daripada BNM... Kita tunggu je la dulu.

Kan ke ada baiknya kita melabur ditempat-tempat sah dan bertauliah, macam Public Mutual Fund, beli rumah sebagai aset, melabur dalam Tabung Haji , atau yang terbaru, orang kita didedahkan dengan Rahsia Melabur dengan Emas.

Cerita-cerita lain yang hangat pasal rampasan BNM terhadap Ceramic Club:

rohaizad dot com » Asia Ceramic Sdn Bhd diserbu Bank Negara

Asia Ceramic Sdn Bhd diserbu Bank Negara Malaysia !!! / Negaraku!

Pejabat Asia Ceramik diserbu pegawai Bank Negara | Sifu Cari Duit ...

Pejabat Asia Ceramik Di Serbu - Page 3 - WangCyber.com - Komuniti ...

wanmus.com » Blog Archive » Asia Ceramic Sdn Bhd Kena Serbu Bank

Senang ke susah nak dapat RM 3.47 ?

| , , , , , , | Comments

Salam,

Berapa mudah korang boleh dapatkan RM 3.47 (kadar tukaran semasa maybank2u forex rate bagi usd 1.00)? Jika sebelum ni korang tak pernah impikan atau pun belum pun sekali merasa duit daripada internet, ini adalah peluang keemasan untuk mendapatkan usd 1.00 .

Bagaimana caranya? Bagi aku yang sudah mempunyai akaun Paypal, agak mudah sebab bayaran dibuat melalui akaun paypal. Cara mendapatkan usd $1.00 agak mudah, sebab hanya memerlukan kawan-kawan atau kenalan untuk 'download' laporan percuma hasil buah tangan Justin Michie. Mamat ni memang otai dalam dunia IM antarabangsa... Jadi dia berbesar hati bagi usd $1.00 bagi setiap email baru yang berjaya kita bawa kepada dia! (Pay Per Lead). Tapi bukan dia ambil emel tu dengan tangan kosong. Dia bagi pula download laporan percuma , "Unstopable List Building".

Jadi kalau buat Pay Per Lead macam ni memang untung.. bak kata mat saleh, "win-win situation"... Jadi pergilah download, dan daftar sebagai affiliate. Selamat mencuba!






*FREE*


Discover How To Earn Autopilot Income For Life In This Proven Step By Step Guide


See exactly how I did it and you can too...



Click Here Now

Mak aii.. giler arr power gila video youtube ni... Tajuk dia .. panas... Amaran kepada yang lemah jantung dan ibu mengandung, kurang sesuai pasal efek kepada zahir dan batin....









Amacam? Leleh tak? kuang.. kuang... kuang....

Jual link, dapat duit!

| , | Comments



"Tiada jalan pintas untuk berjaya"

"Rome tidak terbina dalam masa sehari"

"Kejayaan terdapat pada orang-orang yang berusaha"


Salam,

Aku bukan seorang yang pandai bermadah. Aku juga bukan hartawan. Tapi aku punyai akal dan kudrat anugerah Allah s.w.t. Jika kau ada usaha, dan juga ada berdoa dan akhir sekali berserahlah dan bertawakal., nescaya bantuan itu akan tiba. Mungkin esok, atau lusa atau pun tak tahu bila.

Aku baru sahaja tersenyum hari ini kerana permohonan aku menyertai LinkWorth telah pun berjaya, masuk satu tempahan daripada 'advertiser'. Jumlahnya, tak banyak manapun. Sekadar usd$ 15.00, cukuplah untuk seorang blogger picisan macam aku ni. Baru nak berjinak-jinak buat duit dengan blog. Janganlah nak dibandingkan dengan otai-otai diluar sana tu. "Pakai kasut, ukurlah saiz tapak kaki!".

Apa LinkWorth tu? Aku rasa ramai yang dah tahu. Aku pula, baru ambil tahu. Bagi yang belum tahu, ini adalah satu bentuk program pengiklanan melalui medium blog. Cara mudah penerangananya - kita buat satu artikel (blog post), selitkan dengan link yang dah ditawarkan oleh pengiklan (telahpun kita setujui 'approve' terlebih dahulu). Masukkan beberapa keyword text yang telah dibayar kepada kepada kita dengan nilai-nilai tertentu.

Apa yang menarik? Nak 'join', percuma beb! Blog platform? Apa-apa sahaja... termasuklah yang percuma macam blogspot / wordpress.

Ada bran ? Usya bawah ni...

Affiliate Banner

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki