Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Salam..

Aku baru je sampai rumah malam tadi (Jumaat mlm Sabtu), selepas berada 'atas jalan' sejak petang Khamis. Penat tak terkata, dari Muar ke Kuala Terengganu hantar Adam Harith, kemudian sampai KT je, terus gerak singgah KL pula, nak ambil stok jubah dan tudung. Lepas dah siap ambil barang-barang borong, terus bertolak balik lah.. Masuk je plaza tol Sungai Besi, ya Rabbi.. jalan 'jam tahap cipan', rupanya-rupanya warga kota pulang ke kampung sebab hari Isnin cuti Merdeka!

Aku sampai rumah dalam pukul 12 malam, penat tak terkata.. sampaikan sahur pagi tadi memang tak sedar langsung.. Hari ini nak ambil gambar jubah dan tudung untuk dimasukkan ke dalam ebay.

Untuk santai hari ini, apa kata kita layan koleksi video Iklan Hari Raya Petronas sepanjang zaman..

Iklan Raya Petronas 2003 : Al-kisah seorang janda beranak tujuh....



Iklan Raya Petronas 2004 : Sayu dan tanda tanya



Iklan Raya Petronas 2005 : Pengajaran - setiap perbuatan ada ganjaran / balasan..



Iklan Raya Petronas 2006 : Abah jangan lupa pakai lampain tau!!! Sendiri mau ingat aaa!



Iklan Raya Petronas 2007 : burung apa? Burung Murai, burung apa? burung murai, burung apa? ...




Iklan Raya Petronas 2008 : Ingat-ingat mak kat kampung tu..


Iklan Raya Petronas + Gong Xi Fa Chai : Awek Melayu boyfriend Cina - kecik-kecik dah couple!


Sempena merdeka, kita layan video ni.. Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya bestttt!!!

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.


Baru sebentar tadi penyimpan mohor besar raja-raja mengumumkan tarikh rakyat Malaysia mula berpuasa jatuh pada hari Sabtu, tanggal 22 Ogos 2009. Semoga kita semua selamat menjalani ibadah puasa dengan jayanya. Tanpa ponteng puasa, tanpa mengata, mengumpat, mengeji serta melakukan perkara-perkara yang mengurangkan pahala puasa.

Aku menyeru diri sendiri dan rakan-rakan yang lain supaya memperbanyakkan ibadah di samping amal jariah - sedekah dan zakat.

Makna Pengertian puasa - menahan diri daripada lapar dan perkara-perkara yang membatalkan puasa, dari terbit fajar hingga terbenamnya matahari.

Puasa bukan sahaja menahan diri daripda nafsu makan dan syahwat, tetapi memerlukan pengorbanan menahan diri daripada segala jenis nafsu; contohnya nafsu amarah, nafsu membeli juadah berbuka, nafsu membeli belah (shopping raya), nafsu mengumpat (kalau yang ni buat juga, sia-sia pahala puasa).

Jadi, hisablah diri kita dalam melakukan ibadah puasa tahun ini. Moga ibadah puasa yang dilakukan tahun ini mendapat keredhaan Allah dan lebih sempurna berbanding tahun-tahun yang lepas.

Salam Ramdhan 1430.




Untuk rujukan semua, mari kita sama-sama menghafal doa berbuka puasa (sila baca dengan tajwid yang betul ekk, sebab Upin dan Ipin pun boleh baca dengan bacaan yang betul).

Salam,

Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku bergaul dan berjumpa orang-orang yang biasa bergelumang dengan dadah era 2020 - dadah pilihan remaja terkini. Tulisan ini supaya kita dapat megelak serta mencegah sebelum nasi menjadi bubur. Cegah sebelum parah!

Mengikut kawan aku tu, antara tanda-tanda yang paling asas kita boleh syak seseorang itu mengambil syabu ialah keadan mengaru-garu (merenyam tangan) - gatal di bahagian kulit yang berpanjangan. Memang dia sikit-sikit garu kulit tangan terutamanya.

Tanda lain yang boleh diperhatikan adalah keadaan muka yang cengkung serta badan melengkung. Antara masalah lain penagih 'batu' ni ialah sentiasa kekurangan sumber duit. Mana taknya, satu tiub straw (panjang +/- 0.5cm) berharga RM 50!

Lagi satu, kalau ternampak adik, abang, pakcik atau sesiapa sahaja ahli keluarga anda mempunyai dacing penimbang digital, berkemungkinan besar dia adalah seorang pengedar @ tokan @ pusher.

Sebab aku nak pesan macam ni supaya anak bangsa kita tak mati katak, jadi sampah masyarakat. Ada kes kontraktor berjaya, akhirnya duduk merempat di dalam belukar pinggir kampung. Tinggalkan anak isteri, jadi penagih dan juga tokan (untung jualan syabu dibuat pusingan modal untuk diri sendiri serta makan minum).



Di bawah ini adalah penjelasan daripada PEMADAM tentang syabu:



Jenis-jenis Dadah :: Psikotrapik

Psikotrapik adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.

PSIKOTRAPIK BAHAN ASAS TEMPAT PENGELUARAN
Amphetamine Type
Stimulants (ATS)

Methampthetamine
- Syabu





Acetic Acid Acate Antiydride
Acetone, Chloroform,
Ephedrine Ethyl Ether
Hydrochloric Acid 1-Phenyl
2-Propanone
Pseudoephedrine
Sulphuric Acid Toluene





China
Taiwan
Myanmar






NAMA/BENTUK
CARA PENGAMBILAN
TANDA PENGAMBILAN
KESAN PENGAMBILAN
JANGKA PENDEK
JANGKA PANJANG

METHAMPHETAMINE

Dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond.

Pil/kapsul chasing the dragon.

Tingkahlaku yang agresif, tekanan darah tinggi.

Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari.

Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati.

Tahu apa makna ayat pada tajuk pos ni? Itu adalah bahasa Iban (Sarawak) kalau tak silap aku. Ayat "Agi Idup, Agi Ngelaban" aku ambil daripada buku "Kanang Anak Langkau", hasil bacaan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Maksudnya lebih kurang, 'selagi kita hidup, selagi itu kita berjuang'.

Pepatah Iban yang bererti "Berjuang selagi nafas masih ada."

Buku tersebut mengisahkan Kanang seorang perajurit negara yang berkhidmat dengan ATM (angkatan Tentera Malaysia). Keberanian beliau memerangi musuh komunis menjadi contoh dan rujukan bagaimana seorang pahlawan berjuang berhabis-habisan bagi menentang keganasan dan ancaman kepada negara. Ini membolehkan beliau dianugerahkan pingat gagah berani.

Semangat, kecekalan serta kekentalan semangat yang ada pada beliau patut kita jadikan contoh dan tauladan. Sememangnya kita jangan berputus asa dan mengalah dalam membuat apa jua pekerjaan. Selagi kita ada kudrat dan kekuatan, berjuanglah, berusahalah. Kelak kejayaan menjadi milik kita.

*..... Aku baru sahaja balik daripada berniaga di majlis ceramah PAS oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Suasana di tempat berniaga kelihatan tak ubah seperti sebuah expo. Memang meriah. Biasanya aku pergi berniaga di Pekan Serom Muar untuk hari Jumaat. Tapi memandangkan situasi sudah 'tengah bulan', aku berkira apa salahnya mencari alternatif jika hasilnya lebih lumayan. Belum cuba, belum tahu. Yang penting ada kemahuan, dan ada usaha. Selebihnya berserah kepada Allah swt. Kita berikhtiar, Allah jua yang menentukan.

.. agi idup, agi ngelaban...

Al-Fatihah buat Ustaz Asri (Rabbani)


بِسۡمِ ٱللهِ ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (١)
ٱلۡحَمۡدُ لِلَّهِ رَبِّ ٱلۡعَـٰلَمِينَ (٢) ٱلرَّحۡمَـٰنِ ٱلرَّحِيمِ (٣) مَـٰلِكِ يَوۡمِ ٱلدِّينِ (٤) إِيَّاكَ نَعۡبُدُ وَإِيَّاكَ نَسۡتَعِينُ (٥) ٱهۡدِنَا ٱلصِّرَٲطَ ٱلۡمُسۡتَقِيمَ (٦) صِرَٲطَ ٱلَّذِينَ أَنۡعَمۡتَ عَلَيۡهِمۡ غَيۡرِ ٱلۡمَغۡضُوبِ عَلَيۡهِمۡ وَلَا ٱلضَّآلِّينَ (٧)




Ketua kumpulan nasyid Rabbani, Asri Ibrahim, 40, dilaporkan meninggal dunia kira-kira jam 11 pagi tadi kerana sakit jantung.


Takziah buat keluarga Allahyarham. Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang-orang yang beriman. Amin.

Mungkin ramai di kalangan kita yang bekerja suami isteri, maka anak-anak ditinggalkan di rumah bersama dengan 'bibik' @ pembantu rumah @ orang gaji, untuk menguruskan makan minum mereka serta menjaga mereka ketika ketiadaan ibu bapa di rumah.

Tapi, tergamakkah anda jika seorang bibik dengan sesuka hati, menyepak terajang dan memijak anak anda? Saksikan rakaman cctv yang diambil daripada youtube....




nota kaki : video youtube ini adalah rakaman kes yang hangat diperkatakan awal pertengahan tahun 2009 ini, seorang pembantu rumah memijak perut, menendang dan mendera seorang kanak-kanak berusia 3 tahun tanpa hati perut dan perikemanusiaan.

Fikir-fikirkan nasib anak-anak kita ...

Petikan daripada Cyza.us : You’ll Never Walk Alone, God Will Be With Us…


Azamin Amin

Duit RM1.00 di telapak tangan, saya genggam kemas. Untuk membeli minuman pun belum tentu lepas. Kebetulan malam itu saya sangat-sangat lapar. Lalu tanpa hala tuju yang jelas, saya singgah sebentar di sebuah surau berdekatan rumah sewa untuk menunaikan solat isyak. Tahun itu 1998, ketika saya masih bujang.

“Apalah yang boleh dibuat dengan duit ini…?” kata hati, sambil tangan terus memasukkan wang itu tadi ke tabung surau. Ya, lebih baik bersedekah dan belajarlah bersabar menahan sengsara.

Cuba-cubalah selami, orang yang tak punya harta, kata naluri kecil. Bayangkanlah perasaan bila menatap wajah si kecil yang sentiasa menanti kepulangan ayah bonda dengan buah tangan, aneka kuih, lauk pauk atau alas perut yang sebenarnya tidak pernah kunjung tiba dan hanya mimpi semata-mata.

Teringat sebuah rancangan televisyen, ketika wartawan menemubual seorang kanak-kanak lelaki berusia 10 tahun, daripada keluarga susah dan daif.

“Jika ada duit, adik nak makan apa?” tanya wartawan wanita itu tentang hasrat dan cita-cita sikecil itu jika punya cukup belanja.

“Roti canai…” jawab kanak-kanak ini tersekat-sekat dengan wajah yang menunduk malu. Pilu rasanya, bayangkan makanan bernilai 70 sen ketika itu pun tidak mampu dibeli. Biarlah malam ini saya merasa pula.

Selesai solat, saya kembali ke rumah sewa, tempat tinggal bersama tujuh rakan yang lain, yang masing-masingnya tidak ada di rumah.

Tidur untuk menahan lapar

Saya pun melabuhkan tubuh di atas lantai ruang tamu, sambil cuba memejamkan mata. Tidur, jalan terbaik menahan lapar kata hati lagi.

Hati memujuk diri sambil sesekali berdoa, agar hari esok akan lebih baik daripada hari ini. Moga ujian ini tidak berpanjangan dan penghapusan dosa dan kesalahan saya selama ini.

Tiba-tiba selang beberapa minit, pintu rumah diketuk bertubi-tubi.

“Nah, kami teringat kat Azamin, saja beli nasi goreng lebih,” kata jiran, sepasang suami isteri beranak dua kepada saya sambil menghulurkan bungkusan makanan itu.

Setelah rapat menutup pintu, air mata saya tumpah. Terharu yang amat. Rasa kerdilnya diri. Bagaimana Allah telah menyelamatkan saya malam itu…hanya kerana secebis doa dan sedekah yang secubit cuma.

Benarlah kata orang dan ahli agama, bersedekahlah, nescaya dirimu diganjar Allah. Jika tidak di dunia, akhirat kelak, saham kita akan bercambah-cambah.

Itu kejadian pertama, lalu muncul pula kisah kedua, antara peristiwa aneh daripada pengalaman hidup saya yang cukup sulit, perit dan sakit.

Keperitan dilalui sehingga pernah saya bekerja mencuci kereta, menjadi pelayan di kedai makan, mencuci kasut orang, mengutip hutang seperti ‘Ah Long’, menjadi pengawal keselamatan dan ‘house-keeping’ di resort dan aneka kerja untuk meneruskan kehidupan di ibukota.

Pernah dua hari, saya sekadar meneguk air sejuk semata-mata lantaran tiada wang untuk menjamu selera.

Ada juga kalangan kawan-kawan yang menawarkan ‘kerja’, namun saya tolak kerana menjadi ‘pusher’ dan jual paket-paket ganja, jadi ‘bouncer’ di kelab malam dan upah ‘menarik’ kereta mewah adalah kerja-kerja yang mengundang padah.

Saya rela berlapar daripada menempah bahaya dan memalukan ayah bonda. Saya yakin, jika kita mengelak, Allah akan pasti membantu kita.

Seperti kisah, ketika saya bekerja di sebuah syarikat saham di Jalan Raja Chulan, Kuala Lumpur . Pendapatan saya dikira agak boleh tahan jika dicampur dengan kerja lebih masa sehingga subuh hari.

‘Tak boleh sembahyang Jumaat!’

Saya bekerja di bahagian ’script processing’ dan ‘data entry’. Masa itu, masih wujud sijil-sijil saham jenis kepingan kertas yang perlu dikira satu persatu sehingga mencecah ribuan setiap hari.

Suatu hari, ketika saya pulang ke pejabat selepas mengerjakan solat Jumaat kira-kira jam 2..45 petang, seorang pegawai muda menengking saya dengan tidak semena-mena.

“Kenapa baru balik? Pergi mana?” jerkahnya.

“Sembahyang. Hari inikan Jumaat,” saya jelaskan dengan santun.

“Sembahyang banyak lama ka? Kawan-kawan awak pun tak sembahyang, lain kali tak payah pergi sembahyang!” katanya tidak puas hati.

Ya, salah kawan-kawan saya juga yang sebilangannya jika hari Jumaat akan ’solat’ di Pertama Kompleks, Bukit Bintang dan mana-mana tempat mereka lazim ‘bersidai’.

“Apa?!! Tak payah sembahyang? Tak pa, sekarang juga saya berhenti!!!” kata saya melawan sambil meninggalkan pegawai itu terkebil-kebil sendiri. Kejadian itu disaksikan oleh ramai rakan-rakan saya, yang juga tidak sembahayang.

Pada saya, rezeki milik Allah, dan bekerja mestilah diredhai oleh-Nya. Alhamdullilah, saya menganggur hanya seminggu sahaja, apabila seorang “Remiser” mengambil saya berkerja sebagai “Asistant” di syarikat yang sama, dan saya berurusan dengan mamat pegawai ini dalam suasana yang berbeza - bukan di bawah telunjukknya lagi.

Kembali kepada kisah ajaib yang berlaku kepada saya. Tetapi, bagi Tuhan yang Maha Kuasa ianya, tidak mustahil boleh berlaku kepada sesiapa yang Dia mahu. Yang pasti, pintalah.

Suatu malam, saya sudah tenggelam punca. Maklumlah wang saya sudah habis. Bukan sebab berfoya-foya, membeli itu ini sesuka rasa tetapi gaji yang diterima cukup-cukup makan saja. Lebih parah, esok untuk ke
tempat kerja, tambang bas pun tidak ada. Untuk meminjam, saya sudah tidak sanggup menebalkan muka.

Saya hamparkan sejadah, solat sunat dua rakaat. Inilah antara pesan yang ditinggalkan oleh ibu yang tercinta dan arwah guru saya.

“Jika kau susah sangat, solatlah dua rakaat dan pintalah pada Allah apa yang dihajat,” ingat mereka kepada saya.

Teresak-esak saya menangis. Tak tahu nak dikatakan apa lagi. Malu pada Tuhan yang amat. Ada kala saya tidak mensyukuri nikmat. Saya tidak tahu kemana lagi hendak dituju. Untuk bergantung kepada manusia, saya sudah tidak mampu. Aib dan cukup-cukup malu!

Bak kata seorang sahabat Nabi tentang kemiskinan yang dilaluinya.. .

“Jikalau aku diam, aku akan lapar, jika aku bersuara untuk berhutang, aku menambahkan malu di muka.”

Ya, begitulah juga dengan saya…hanya pada Allah saya berharap. Seusai bermunajat, ambil sebuah Quran kecil milik saya untuk membasahkan lidah dengan surah-surah kalimah Allah buat menenang jiwa yang resah.

Tatkala membuka helaian demi helaian Quran itu, tiba-tiba terselit sekeping wang RM50.00 di situ. Berjurai air mata saya, lantaran kesyukuran kerana Allah membantu saya dengan cara yang tidak disangka-sangka. ..

Ini bukan kisah rekaan, malah saya percaya Allah juga pernah dan telah membantu manusia-manusia di luar sana hatta pembaca dengan jalan penyelesaian yang tidak diduga.

Ada dengan cara fitrah manusia, ada dengan cara logik akal, ada yang lambat, ada yang cepat dan ada yang tidak dijangka-dijangka dan mustahil diterima waras manusia…itulah Allah, yang amat menyayangi
hamba-Nya.

Yakinilah bantuan Allah SWT, sangka baiklah dengan Allah SWT, nescaya Allah SWT bersama hamba-Nya yang bersangka baik dan taat pada-Nya.

Seperti sebuah hadis Qudsi ertinya: Allah menyebut: “Aku berada di atas sangkaan hamba-hambaKu. ”

Isteri menangis, anak tersenyum sehingga lena

Sekitar tahun 2002, Allah juga pernah ‘menyelamatkan’ saya pada suatu malam ketika benar-benar kesempitan wang.

Malam itu, susu anak sulung saya habis. Berdebar jantung lantaran, hanya kepingan-kepingan syiling saja yang tinggal. Saya dan isteri juga, tidak menjamah walau secebis makanan.

Tiba saat yang cukup perit dan payah untuk dihadapi tatkala, si comel saya merapati ibunya, minta dibuatkan susu. Ketika itu isteri saya sudah tidak sanggup melihat keadaan itu.

Saya dengan hati yang luluh, lantas mencapai botol susu lalu menuangkan air suam ke dalamnya..Anak sulung saya, berkerut kehairanan kerana botol susu itu tidak berwarna, tetapi berkaca sama seperti air mata ayah dan ibunya. Namun tanpa banyak rengekkan, dia capai lalu menghisap botol tersebut.

Beberapa saat kemudian, dia berhenti lantas memandang saya…

Bimbang benar jika dia menjerit dan menangis malam itu kerana tidak dapat meminum susu.. Alangkah aibnya saya, jika jiran semua tahu letak duduknya keadaan saya, sehingga anak menjerit kelaparan. Isteri saya juga panik, dan pucat kesi wajahnya menantikan reaksi si sulung seterusnya.

Saya bersabar menunggu detik itu…

Sambil memegang botol susu, anak sulung saya merenung wajah kami berdua seraya berkata :

” Mmm…sedap. ..”

Dan dia mengukirkan senyuman paling manis di wajahnya dan sudah cukup untuk ‘mencarik-carikkan’ nurani saya.

Aduhai, sebak terasa di dada. Isteri saya sudah tidak dapat menahan sedih, menangis semahu-mahunya. Si sulung kembali menyusu air suam sehinggalah terlena….. .

Sebenarnya, ujian-ujian yang Allah berikan ini sama ada kepada saya atau yang lain, adalah untuk menguatkan jiwa, iman dan keteguhan manusia menghadapi cabaran getir dan mengukuhkan lagi kebergantungan kepada-Nya.

Ketika menghadapinya terasa cukup sakit namun setelah berjaya melintasinya, ianya cukup nikmat. Pengalaman pahit umpama ‘universiti terbaik’ hidup kita selama ini.

Dan setiap ujian yang diberikan, adalah sesuai dengan kemampuan seseorang. Masalah-masalah saya, tidak diberikan dan berbeza kepada orang lain kerana khuatir mereka tidak dapat menanggungnya.

Begitu juga masalah mereka, tidak diberikan kepada saya, khuatir saya hilang punca dan tidak upaya menahan bebannya.

Dan ujian Allah adalah berdasarkan kemampuan manusia seperti firmannya:

“Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya�” (Al-Baqarah: 286)

Begitulah Allah yang Maha Pemurah dan Maha Pengasihani.

Adakala hidup ini dilalui dengan pelbagai himpitan, masalah, ujian namun kita tidak keseorangan dalam menghadapinya. Allah itu kan ada, mendengar rintihan kita.

Jika anda rasa, anda susah betapa ramai lagi yang tak pernah kenal erti apa itu lampu, pendingin hawa atau makanan enak menjilat rasa.

Atau sekadar menjamah pucuk-pucuk paku di belakang rumah atau sayur ulaman di kaki longkang. Baju lusuh bertukar warna, menjadi teman di Hari Raya. Mereka lebih derita dan lara.

Jikalau anda rasa hebat, sebenarnya ramailah lagi, jauh lebih hebat daripada anda. Esok anda hebat, lusa mungkin anda merempat. Belum tahu, justeru pintalah pada yang Esa agar perjalanan hidup anda sentiasa
direstu dan dilindungi selalu.

Terus- terang saya katakan, di sebalik cabaran, dugaan dan asakan yang mendatang, adakalanya saya juga ‘frust’ dan tewas. Kecewa umpama ‘mati’ sebelum mati. Api juang adakala naik menjulang namun lazimnya padam dan kecundang.

Di sebalik tulis-tulisan saya dan rintangan yang dihadapi, mahu sahaja saya berhenti daripada mencebis kata-kata namun surat-surat pembaca dan puluhan email yang saya terima, ‘menghidupkan’ saya semula. Semua ini dengan hidayah dan kekuatan yang tuhan berikan.

Kata seorang tua kepada saya, sebanyak mana orang menyukai kita, mungkin sebanyak itulah orang membenci kita. Justeru janganlah kita mendabik dada, kerana dunia ini pinjaman semata-mata.

Ada pembaca yang menceriakan saya, ada yang lebih susah hidupnya dan lebih hebat pengorbanannya malah tidak kurang juga yang menegur dan mengkritik saya.

Sesungguhnya, pandangan, dan teguran pembaca dan cerita-cerita mereka, menyuntik semangat di dada yang adakalanya kecundang secara tiba-tiba.

Syukur kepada Allah, memberi kekuatan kepada saya dan terima kasih kepada pembaca, peminat dan pengkritik yang telah menyedarkan lena dan duka saya yang panjang…

“Dan Kami pasti akan menguji kamu dengan sedikit ketakutan, kelaparan, kekurangan harta, jiwa dan buah-buahan. Dan sampaikanlah khabar gembira kepada orang yang sabar. (iaitu) orang-orang yang apabila ditimpa musibah, mereka berkata “innalillahi wa inna ilaihi raji’un” (sesungguhnya kami milik Allah dan kepada-Nyalah kami kembali).” (Al-Baqarah: 155-156).

Kalau yang dah kahwin, boleh peluk bini. Kalau belum kahwin, mengiring ke kanan, mengiring ke kiri.. pun masih belum boleh tidur.

Ada yang pergi dapur - makan.
Ada yang pergi hisap rokok.
Ada yang minum milo, baru mengantuk.
Ada yang terus tonton tv / cerita.
Ada yang capai pc / laptop - surfing internet, blogging (macam aku).

Abis, apa korang buat bila susah nak tidur ek?

Tutup mulut dan hidung anda

| , , , , | Comments

Malaysia kini berada dalam keadaan tahap berhati-hati berikutan cuaca jerebu yang agak teruk kebelakangan ni serta kes H1N1, selesema babi yang mula merebak menjadi lebih serius.

Di mana-mana orang nampaknya lebih perihati dengan tahap pencegahan - memakai topeng mulut / hidung bagi 'mencegah lebih baik daripada mengubati'. Alhamdulillah rakyat Malaysia makin sedar tentang kepentingan kesihatan diri masing-masing.

Adik aku yang bertugas sebagai jururawat pelatih di Hospital Muar sudah masuk 2 minggu dikuarantin bersama rakan-rakannya yang lain. Nak buat macam mana, dah mereka adalah kumpulan berisiko tinggi dijangkiti penyakit H1N1 ni.

Lebih menakutkan, akbar Utusan hari ni melaporkan 8 rekod kematian dicatat akibat wabak Influenza A (H1N1). Masjid-masjid diselurh negara digesa mengadakan solat hajat selepas solat Jumaat akan datang bagi memohon dijauhkan dan dihindarkan daripada wabak selesema babi ni.

Nampaknya babi memang tak sesuai langsung untuk dimakan oleh sesiapa sahaja untuk waktu ni.

bacaan lain :

H1N1 : Mesej dari seorang Dr untuk DIFIKIRKAN bersama

Setakat mana kita kenal Influenza A (H1N1)

Influenza H1N1, Semakin Hari Semakin Membimbangkan!




Tahniah buat Les Copaque kerana produk animasi Upin dan Ipin telah berjaya memecah arena pasaran antarabangsa. Upin dan Ipin yang sinonim dengan 'tagline' betul, betul, betul bukan sahaja lagi memukau dan menjadi idola kanak-kanak di Malaysia, tetapi bakal memikat jutaan penonton di seluruh dunia. Ini berikutan perbincangan akhir antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan Disney.


Disney minat pasarkan animasi Upin & Ipin
Les' Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.


Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin.

"Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka," katanya.

Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.



Aku sebagai anak Malaysia tumpang bangga dengan produk Buatan Malaysia ini yang setaraf dengan 'produk import',malah tak keterlaluan jika mutu dan kualiti Upin & Ipin mengatasi sesetengah kartun animasi terbitan syarikat produksi luar negara.

Semoga kejayaan ini bakal mengangkat martabat filem animasi Malaysia dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua, khusunya generasi muda-mudi remaja masa kini.

Apa yang pasti, kejayaan tidak datang dengan jalan mudah. Setiap pengorbanan, usaha dan penat lelah pasti membuahkan hasilnya. Tiada jalan pintas untuk berjaya...

Tahniah sekali lagi buat Les Copaque serta Upin dan Ipin!


Contest Weblog Popular 1Malaysia
Denaihati ingin mencari Weblog Popular 1Malaysia untuk membantu menambah ilmu menguruskan blog dengan lebih baik daripada weblog yang hebat yang mungkin belum terjumpa dalam jutaan weblog di Malaysia. Untuk mencari Weblog Popular 1MalaysiaWeblog Popular 1Malaysia. aku perlukan bantuan teman-teman. Hadiah yang menarik disediakan kepada teman-teman yang membantu aku mencari


Salam,

Ini adalah entry khas pencalonan kepada http://www.kujie2.com bagi merebut anugerah Weblog Popular 1Malaysia di dalam Peraduan Weblong Popular 1Malaysia anjuran Denaihati.

Kenapa aku mencalonkan Kujie2.com untuk anugerah ini? Sememangnya blog beliau layak untuk memenangi anugerah Weblog Popular 1Malaysia berdasarkan kategori berikut:

1. Kebanyakan kata carian 'keyword' utama daripada blog Kujie2.com menduduki muka pertama google atau yahoo.
2. Gaya penulisan bersahaja dan santai
3. Menjadi rujukan kepada pelbagai golongan peringkat umur dan pangkat.
4. Penulisan yang bukan hentam kromo - ada rujukan, dan juga berdasarkan pengalaman serta pembacaan beliau.
5. Sentiasa peka dengan isu semasa serta membuat analisa sebelum meberi satu-satu kesimpulan.
6. Up-to-date (sentiasa mengikuti perkembangan semasa)

Hadiah-hadiah lumayan menanti bagi peraduan Weblog Popular 1Malaysia:

1. RM1,000.00 : 1 Weblog yang mendapat pencalonan terbanyak dari teman-teman blogger akan dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia.
2. RM1,500.00 : Weblog yang paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
3. RM1,000.00 : Weblog kedua paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
4. RM500.00 : Weblog ketiga paling banyak menjadi reference atau rujukan peserta contest Weblog Popular 1Malaysia.
5. 4 x RM250.00 : Hadiah khas - Ranking no 1- 4 di google.com.my dengan keywords "Weblog Popular 1Malaysia" pada jam 12.00 am 30/9/2009.



Sponsor / penaja pertandingan pertandingan Weblog Popular 1Malaysia:



Jadi.. siapkah yang bakal dinobatkan sebagai Weblog Popular 1Malaysia?

Anda sebagai barisan blogger yang menentukannya. Cara untuk mengundi Weblog Popular 1Malaysia

adalah dengan membuat 'post' tentang Weblog Popular 1Malaysia di blog masing-masing...

Pernah ke dengar program buat duit online dengan cara paling mudah melalui enjin carian? Mungkin ramai yang dah cuba dan aku tahu ramai lagi yang belum tahu.



Klik banner untuk mendaftar


Bunyinya agak pelik! Tapi memang program ini sebenarnya tidak memerlukan promosi ataupun apa-apa jualan, hatta mencari 'downline'. Anda hanya memerlukan hanya sekali 'installation' untuk memastikan 'search box' diruangan 'toolbar' mempunyai satu lagi enjin carian supportingfriends.com . Tapi kalau ada refferals, anda dibayar GBP1.00, apabila mereka memulakan enjin carian tersebut.

Program ini merupakan kerjasama antara Yahoo dan Supportingfriends.com . Setiap kali anda ingin mencari, pastikan anda beralih kepada carian ini, bukan google, bukan msn, dan lain-lain lagi.

Yang menarik lagi, bayaran adalah dalam bentuk GBP (Great Britain Pound Sterling) dengan jumlah minimumuntuk bayaran sebanyak GBP 20.00. Tapi, pastikan anda mempunyai akaun paypal, atau mana-mana akaun Bank UK.

Cubalah!

Video Youtube Bantah ISA

| , , | Comments



Laporan malaysianmirror seramai lebih 20,000 orang menghadiri perhimpunan aman bantah ISA yang dimulakan di Masjid Negara dan berjaya dipatahkan hanya beberapa ratus meter sahaja selepas perarakan bermula.



Macam biasa, ada bom asap tak pedihkan mata, meriam buluh air, ada tarik-tarik, tolak-tolak, rebah ke bumi... Anda saksikan sendiri gambar video perhimpunan aman untuk kebebasan bersuara di Malaysia.

Dengarkan juga pendapat dan pandangan media luar tentang rally anti ISA ini.


Adam Harith,
3 Ogos 2002, jam 3.00 pagi +0 GMT, kau menatap dunia buat pertama kalinya. Aku berbangga denganmu, penyambung warisan, pewaris 'tahta'.

Adam Harith,
Tiada kata seindah rupa, tiada bicara mengungkai rasa. Hadirmu membawa seribu erti. Kau datang membawa semangat, kau di sisi memberi inspirasi.

Adam Harith,
Kutahu, diriku hanyalah insan biasa. Salah dan silapku tetap ada. Aku bukan sesempurna manusia untuk bergelar bapa mithali, tapi ku cuba jadikan kau anak yang soleh.

Adam Harith,
Hari ini genap 7 tahun kau bernafas di atas muka bumi Allah. Maafkan aku kerana tak dapat menyambutnya bersama-sama. Bukan hari ini, tapi mungkin lain kali.

Adam Harith,
Pecayalah pada takdir, redhalah dengan qada' dan qadar. Segala kejadian, datangnya daripada Allah, semuanya ada hikmah. Semoga kau dapat harungi hari yang mendatang sebagai mukmin yang sejati, manusia beriman dan anak yang soleh. Insyaallah.

Adam Harith,
Sempena hari ini, ingin ku ucapkan, " Selamat Hari Jadi"....

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki