RM 2 untuk setiap 'download' laporan percuma Mawardee. Hmm menarik bunyinya. Kalau ada 500 orang kawan dan saudara mara (dalam senarai emel kita) muat turun laporan ini, bayangkan RM 2 x 500 = RM 1000 beb! Percuma, tak payah nak keluar duit. Hantar emel untuk diaorang download je. [poyo je ayat... ngehehhe]
'Report' percuma ni menceritakan tentang teknik-teknik jana wang dengan ClickBank, sumber buat duit yang tidak asing lagi bagi para super affiliate seluruh dunia. Laporan percuma ni dimulakan dengan , KENAPA masih ramai gagal menghasilkan pendapatan melalui ClickBank. Kemudian Mawardee mula menceritakan kejayaan otai-otai menghasilkan duit beratus-ratus, malah ada yang beribu-ribu dolar sehari. Mereka menggunakan pelbagai teknik dan kaedah. Report ini juga berkongsi pengalaman Mawardee sendiri mengeksploitasi teknik-teknik yang beliau praktikkan.
Aku sendiri teruja baca laporan percuma ni. Memang banyak juga yang aku dah tahu, dan masih banyak lagi yang belum tahu. Tapi, sebab percuma, memang berbaloi download dan baca report ni.
Kesimpulannya, pergilah klik link ni, download cepat, sebelum tempoh tamat. PERCUMA.. tak payah bayar.
Pengertian Halal sebenarnya bukan sahaja terhad kepada makanan dan minuman sahaja seperti yang lazim kita ketahui. Namun ia juga meliputi setiap perbuatan atau perbuatan manusia. Jawapan ini walaupun akan lebih menekankan kepada konsep halal dari sudut persijilan halal iaitu dari segi makanan, minuman dan bahan gunaan orang Islam.
2. PENGERTIAN HALAL 2.1 Takrif Segi Bahasa Halal berasal dari kalimah atau perkataan Arab yang bermaksud dibenarkan atau dibolehkan
2.2 Takrif Dari Segi Syara’ Sesuatu perbuatan atau benda yang dibenarkan menurut Hukum Syara’ (Undang-Undang Islam).
Pada hakikatnya perkara-perkara yang haram atau dilarang menurut syariat Islam adalah sedikit atau sempit, dan perkara yang halal adalah malah banyak dan malah lebih meluas. Ini kerana nas-nas yang sahih dan tegas dalam hal haram adalah dalam jumlah yang minima manakala sesuatu yang tiada keterangan yang menyatakan halal dan haramnya adalah dirujuk kepada hukum asalnya iaitu halal atau mubah atau termasuk dalam kategori yang dima’fukan (dimaafkan) oleh Allah.
Pihak polis akan melancarkan ops sikap bermula dari 13 Sept sehingga 29 Sept 2009. 5 kesalahan trafik yang serius (Saman mandatori RM 300 untuk setiap kesalahan!) adalah :
1. Memecut (Speeding)
2. Langgar lampu isyarat (Beating the traffic lights)
3. Menggunakan laluan kecemasan (Using the emergency lanes)
4. Memotong di 2 garisan (Overtaking at double lines)
5. Tidak berhenti di simpang (Not stopping at junctions)
Pesanan daripada PDRM :
Nasihat Kepada Pengguna Jalan Raya
1. Rancang perjalanan anda. Jika anda berasa letih, mengantuk,dibawah pengaruh alkohol atau berada dalam keadaan yang tidak tenteram, tangguhkan perjalanan anda.
2. Sentiasa patuhi had laju yang ditetapkan
3. Berikan isyarat dan patuhi semua peraturan keselamatan semasa menukar lorong. Periksa cermin sisi dan cermin pandangan belakang sebelum melakukan pergerakan yang boleh membahayakan seperti petukaran lorong
4. Sentiasa patuhi peraturan jalan raya di simpang dengan berhenti apabila lampu isyarat merah atau kuning dan beri keutamaan kepada pejalan kaki
5. Jangan mengikut kenderaan hadapan terlalu rapat kerana ini sering menjadi punca kemalangan serius.
6. Patuhi garis panduan keselamatan semasa memotong. Jangan memotong jika teragak-agak.
7. Jangan memotong barisan atau menyalahgunakan laluan kecemasan kerana ia bukan sahaja biadap tetapi membahayakan semua pengguna
8. Elakkan daripada mencelah-celah antara kenderaan kerana ia boleh membahayakan keselamatan anda dan juga orang lain.
9. Sebelum memulakan perjalanan, ingatlah penumpang supaya memakai talipinggang hadapan dan juga belakang
10. Pakailah topi keledar untuk pengguna motosikal, tidak kira berapa dekat perjalanan anda - ia mungkin menyelamatkan nyawa anda
11. Menanamkan sikap berhati-hati dan menganggap "Risiko" sentiasa ada di atas jalan raya setiap masa.
Pengguna jalan raya hendaklah mematuhi "Cadangan Waktu Perjalanan" (Travel Time Advisory) Pengguna-pengguna akan diberi maklumat atau jadual yang sesuai untuk membuat perjalanan semasa musim perayaan. Ini akan dibuat melalui penyiaran Radio Astro dalam perjalanan menggunakan Lebuh Raya dan Jalan Persekutuan.
Untuk info maklumat, sila layari www.PanduCermat.org.my
Jadi, beringatlah ketika pulang ke kampung dan beraya. Jangan ikut rasa, bertimbanglah mengikut akal. Jangan tergopoh gapah semata-mata hendak cepat 5 minit, tapi menderita seumur hidup. Lagi teruk kalau ada nyawa yang melayang. Jom kita layan video YouTube "Perjalanan yang Tertekan".
Akhir kata, ucapan selamat hari raya Aidilfitri buat semua, terutamanya pembaca blog ini. Mohon maaf atas segala kesilapan dalam tutur kata dan penulisan kiranya ada menyinggung perasaan. Selamat berhari raya, semoga berjaya sampai dan pulang dengan selamat.
Semalam dapat satu bungkusan pos laju, boleh tahan besar juga rupanya. Alamat pengirim, dari Perlis, daripada Kuina. Tengok alamat pengirim je dah tahu apa bendanya. Terima kasih Kak Jie. Sebab bagi periuk.
Tu yang dinamakan rezeki. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ada satu pesanan kawan aku yang aku pegang dalam konsep rezeki / berniaga. Katanya, "rezeki tu kita tak boleh nampak!" Aku terdiam dan mengiyakan kata-katanya. Memang betul apa yang dikata. Kalau kita tahu rezeki kita, senang jadinya. Nak pergi berniaga pasar malam boleh pilih waktu. Contohnya kalau hari hujan (kurang orang) atau waktu gaji (ramai orang). Tapi itu semua bukan kerja kita, Allah yang tentukan.
Yang penting kita yakin, usaha, berdoa dan tawakal.
p/s - nanti esok nak ambil gambar periuk, ni awal pagi, kurang cantik ambil gambar dengan SonyEricsson.
KUALA LUMPUR: Indonesia menyifatkan beberapa kejadian yang dilakukan segelintir rakyat negara itu berhubung isu kebudayaan adalah kes terpencil dilakukan oleh golongan kurang pemahaman dan tidak menggambarkan pendirian rakyat negara terbabit.
Pengerusi Kumpulan Tokoh-Tokoh Terkemuka (EPG) Indonesia, Tan Sri Try Sutrisno, berkata kerajaan Indonesia sangat komited mengenai hubungan baik dengan negara ini dan tidak mahu ia dirosakkan oleh isu kecil.
“Itu bukan pendirian masyarakat Indonesia ...itu dilakukan segelintir saja yang kurang pemahaman, tapi kita akan mencari jalan bagi menyelesaikan masalah ini mudah-mudahan pertemuan ini memberi maklumat kepada masyarakat dan ketenteraman dua negara.
Ini adalah video dari Youtube dengan ulasan, "Malaysia menggunakan tari pendet sebagai ikon budayanya melalui promosi Enigmatic Malaysia di Discovery."
Sesungguhnya susasana keruh yang berlaku sekarang amat 'panas' jika kita hendak menyalahkan atau menunding jari masing-masing. Berita yang digembar-gembur oleh sesetengah pihak menaikkan kemarahan sebilangan rakyat Indonesia yang cukup sensitif dengan pelbagai isu yang melanda antara kedua-dua negara kebelakangan ini.
Aku sebagai salah seorang manusia yang cuba tidak bermain api dengan 'racist' atau perkauman, berharap agar isu ini dapat dipadam. Syawal bakal menjelma. Usahlah lebaran ini diraikan dengan pertumpahan darah. Bagi warga Indonesia, kawallah nafsu kemarahan anda. Ramdhan ini mengajar kita bersabar dan beramal ibadah, bukannya mencari balah. Berfikir dan bertindak dengan waras.
Untuk rakyat Malaysia pula, janganlah mengeruhkan keadaan. Berhati-hati dalam memberi komen samada di blog ataupun youtube. Tiada yang untung jika kita terus-terusan mencaci dan memaki hamun dengan kata-kata nista. Yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
Hari ini 17 Ramadhan, sudah hampir mencecah 2/3 hari daripa sebulan tempoh kita berpuasa. Keghairahan melayan nafsu ketika membeli juadah berbuka sudah mula berkurangan, berbanding ketika minggu pertama berpuasa. Alhamdulillah, ramai daripada kita mungkin sudah mula beringat untuk berjimat dan berbelanja secara bijak. Tidak terlalu membazir dalam menangani 'rambang mata' membeli juadah dan lauk pauk untuk santapan berbuka.
Mungkin di kalangan kita masih berjaya mengawal nafsu, diimbangi dengan akal. Maklumlah tahun ini hari raya puasa jatuh dalam bulan Oktober, bermakna tidak ramai yang akan mendapat bonus untuk berbelanja sakan. Tambahan pula harga minyak yang baru sahaja naik, memungkinkan bahana pelbagai barangan runcit, basah dan kering akan turut terkena tempias kenaikan harga.
Negara kita Malaysia apabila memasuki penghujung tahun pula biasanya akan memasuki fasa musim tengkujuh, seterusnya banyak aktiviti ekonomi akan terjejas dengan kedai makan serta gerai-gerai kecil merudum jumlah pengunjungnya. Bagi penoreh getah dan nelayan, musim hujan adalah waktu yang menggugat keimanan mereka dengan ujian Allah. Mungkin ini hikmahnya bagi kita mencari alternatif lain untuk mencari sesuap nasi. Mungkin juga menyuruh kita meluangkan lebih masa bersama isteri dan anak-anak tercinta di rumah.
Bagi yang makan gaji, musim hujan mungkin tidak memberi impak yang besar kepada mereka. Walau bagaimanapun, harus diingat, berbelanjalah mengikut keperluan, jangan ikut nafsu. Buatlah pertimbangan sewajarnya dalam membeli belah untuk persiapan hari raya Aidilfitri. Mana-mana set kerusi sofa dan langsir atau cadar yang masih elok, kenapa tidak kita gunakan kembali? Jangan membazir dan fikir untuk jangka masa panjang.
Bagi pemegang kad kredit, waspada dengan helah 'wang plastik' ni. Memang seronok mebeli belah tanpa membawa wang sesen pun. Tapi awas, pastikan anda mampu membayar semula tanpa dikenakan faedah (interest) dari pihak bank pengeluar kad kredit @ kad hutang. Zaman ini bukanlah zaman bermegah dengan kad kredit berstatus 'gold' atau 'platinum'. Ubahlah persepsi minda anda. Penggunaan kad kredit tidak menguntungkan, malah membawa padah.
Pemegang kad kredit atau debit, pastikan anda tidak terpedaya dengan:
*Ada sesetengah peniaga mensyaratkan pembelian minima (sekurang-kurangnya RM 50) - sedangkan anda ingin membayar harga barangan untuk RM35, terpaksa beli barangan lain pula untuk membolehkan anda menggukan kad debit / kredit.
*Bagi pemegang kad debit, asingkan jumlah baki tertentu sahaja untuk belanja bagi petrol atau barangan lain bagi bulan itu. Simpan lebihan wang di dalam akaun berasingan bagi mengelakkan terlebih belanja (over spent).
*Pastikan anda dapat membayar 'minimum payment' apabila tiba masanya. Jika tidak, anda akan dikenakan denda yang bisanya sebanyak RM50 bagi denda lewat bayar.
*Disiplinkan diri untuk menggunakan kad kredit pada waktu-waktu kecemasan sahaja. Penggunaan wang tunai yang terkawal adalah lebih baik darpada kad kredit yang kita akan sedar pengeluarannya.
Semoga dapat meneruskan ibadah puasa dengan jayanya.
Hari ini aku berkira-kira, berfikir dan mengkaji peluang menjana pendapatan melalui medium blog. Beberapa blog aku terjah dan kaji bagaimana mereka buat duit dengan blog. Seperti biasa, aku menerjah blog Rohaizad, Kujie2, Titan, Nuaeman dan beberapa blog lain, meninjau-ninjau serta menimba sedikit sebanyak pengalaman mereka.
Dalam banyak-banyak blog yang aku singgah, aku terjebak masuk ke Azizwan(dot)com dan terjumpa cerita tentang Advertlets. Disitu juga beberpa blogger lain mengemukakan pendapat serta berkongsi pengalaman pro dan kontra antara Nuffnang dan Advertlets.
Sebenarnya aku memang dah lama menyertai Advertlets ni, cuma terperangkap dengan status "Glitterati" yang diberikan oleh Nuffnang jika tidak mencampurkan pengiklan lain (dari Asia Tenggara) ke dalam blog yang sama. Jadi dah lama aku tinggalkan Advertlets. Kali ini, edisi sisasat Azizwan telah membuka mata aku untuk kembali menyertai Advertlets (tengok kat atas tuuu!!!)
Agak lama aku tak menulis dalam blog 'aku menulis bukan kerana nama' ini. Kebelakangan ni agak sibuk sedikit dalam mempromosikan jubah dan tudung di blog Muhasabah Trading dan ebay store.
Aku sekadar nak kongsikan kegembiraan aku pada hari ini dengan korang semua. Maghrib tadi sebelum berbuka, macam biasa aku layari internet sekejap dan jenguk-jenguk pada akaun ClickBank. Tiba-tiba mata aku terpaku pada skrin laptop dan sempat tersenyum kambing sorang-sorang. Alhamdulillah, tak terhingga gembira aku dibuatnya. Mana tak, ada satu 'sales' masuk. Yang pertama dalam sejarah sejak aku melibatkan diri mempromosikan produk affiliate.
Aku akui, USD $24.00 tu tak banyak mana jika nak dibandingkan dengan otai-otai di luar sana. Tapi, pada aku yang bertaraf amatur ni, memang itu adalah sesuatu yang menggembirakan. Jualan pertama, atau dipanggil 'pecah telur' di kalangan orang-orang berniaga.
Setiap kejayaan bermula dengan langkah pertama. Yang besar bermula dengan yang kecil. Tiada kejayaan datang bergolek, dan tiada kesenangan tanpa pengorbanan. Bukan semua orang mempunyai bakat untuk berjaya dengan jalan singkat. Macam aku, banyak masa dan duit aku keluarkan untuk menghadap internet saban hari serta membeli ebook dan membaca tips-tips dalam blog-blog otai.
Hanya satu yang aku pegang, "usah berputus asa" atau NEVER GIVE UP (ini adalah poster kecil yang aku tampal dalam bilik).
Usaha, usaha, usaha dan terus berusaha. Itu yang aku lakukan. Banyak teknik yang aku gunakan dalam mempromosikan ClickBank dan juga program affiliate ni. Dalam banyak situasi, aku menggunakan strategi serampang 2 mata. Affiliate aku promosikan, Google Adsense juga dapat tempiasnya. PPC, pemasaran Video marketing (youtube), blogging, SEO banyak yang aku cuba.
Secara jujur, affiliate dan Google Adsense bukan kepakaran aku. Cuma aku cuba juga untuk menembusi tembok penghalanganya. Sebab kenapa aku tak putus asa? Aku yakin dan kalau newbie lain boleh buat, kenapa aku tak boleh? Dia orang makan nasi, aku pun makan nasi.
Kelantan terus gagah kuasai Liga Perdana
-
KUALA LUMPUR – Kelantan terus mengukuhkan cengkaman di persada Liga Super
dengan diikuti rapat dua pasukan, Terengganu dan Perak apabila
masing-masing berj...
Adakah kita benar-benar ‘cintai’ Rasulullah?
-
Timbul rasa bersalah selepas 32 tahun hidup, saya masih tidak mengenali
dengan dekat Rasulullah s.a.w… - Padahal awal nama saya pun bersumberkan
nama...
Impak pemain import dalam Liga Super
-
Assalamualaikum dan salam sejahtera semua hosting images Nampaknya telah 5
perlawanan Liga Super telah selesai berlangsung. Pada musim ini setiap
pasukan d...
Kenangan di Kota Kinabalu Sabah November 2011
-
Salah satu sebab kenapa blog ni dari penghujung tahun lepas sehingga
sekarang tidak ada entri terkini adalah tidak lain tidak bukan tuan punya
blog ini asy...
Air Terjun Serendah Dan Perigi Tujuh Serendah
-
Air Terjun Serendah. Terletak di bandar di Daerah Hulu Selangor, lebih
kurang 35 kilometer dari Kuala Lumpur. Kalau ikut Selayang, selepas
melepasi Rawang ...
Bumi berhadapan dengan ancaman asteroid
-
Belumpun reda kisah Suara Aneh dari Langit dan Ribut Solar Terbesar yang
menjadi fenomena global masa ini, masyarakat dunia mungkin bakal dikejutkan
pula d...
The Planner
-
*Assalamualaikum.. Hello dear readers.. Looks like Saturday is going to end
very soon and here comes Sunday.. And the day after? Our daily routine will
beg...
Tarikh dan Lokasi PIKOM PC Fair 2012
-
PIKOM PC Fair 2012. Bagi pengemar barangan komputer dan gajet, sudah pasti
PIKOM PC Fair merupakan sasaran anda selain Plaza Low Yat di Kuala Lumpur.
Maklu...
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah.
-
Pengalaman Kena Denda Di Sekolah Pengalaman Kena Denda Di Sekolah .
Pengalaman Kena Denda di Sekolah ni memang merupakan pengalaman yang paling
susah buat ...
Bagaimana Menggunakan Tags Untuk SEO?
-
Assalamualaikum dan salam 1Dunia, entri ini ditulis oleh penulis
jemputan Ariff Shah tuan punya blog Ariffshah.com semuga perkongsian ini
akan menambah lag...
Jangkitan Virus Nobita
-
Aku bagi gambar aje dulu. Korang layan aje dulu gambar-gambar ni. Malas aku
nak terang. Esok baru aku terangkan kat blog lelaki kacak aku tu.
Pepandailah k...
Apa perlu buat jika dapat tiket saman laju
-
Bila kena saman laju, panas punggung tak menentu. Hilang duit begitu. Akhirnya
terpaksa menguntumkan senyum dan berniat sedekah. Kononnya berkhidmat untuk
...
Chest freezer for EBM…
-
wiiii! hidup bahagia tak dengan berpantang? ada yang twit tanya aku kak red
ko ni steady je lam pantang, cam best jer, buat faciallah, buat mask lah,
shopp...
Web Copy Untuk Pemilik Perniagaan B2B
-
Sepanjang saya memberikan perkhidmatan penulisan web copy, pelanggan yang
sering menempah adalah terdiri daripada peniaga dan usahawan yang ingin
menjual p...
Dah Jadi Tunangan Orang
-
Assalamualaikum.. Alhamdulillah, urusan meminang anak orang dah pun
selesai. Dengan rasminya aku dan si dia dah pun mengikat tali pertunangan
pada 24 Janua...
Islam Tidak Suruh Umatnya Jadi Kaya!
-
Garu kepala. Bukan sekali dua. Dah banyak kali terbaca dan terdengar. Islam
tidak pernah menghalang kita semua mencari harta kekayaan asalkan melalui
cara ...
Oranges make Malaysians smile
-
Oranges make Malaysians smile: See how Malaysians react to unattended boxes
of oranges on the street. They are all sharing it with each other! Have a
safe ...
LOGO HALAL TIDAK DI IKTIRAF JAKIM
-
sumber : TV3Memakan makan halal adalah suatu kewajiban bagi semua umat
Islam, satu cara untuk membuat pilihan makanan halal adalah dengan
memastikan produk...
Lakukan apa yang anda suka
-
Alhamdulillah, bersyukur kepada ALLAH kerana diizinkan untuk mengemaskini
blog ini. Jujur saya mengaku ini adalah perkongsian pertama saya untuk
tahun 2012...
Healthy Snaps Photography contest 2012
-
Contest : Capture: In conjunction with the 1st World Congress on Healthy
Ageing 2012 happening this March, the Malaysian Healthy Ageing Society
(MHAS) ...
Selidiklah Kebenarannya
-
Bismillah Assalamualaikum wbt Berada di tanah air sendiri, kadang² terasa
lemas dengan berita² yang dihidangkan tanpa kesahihan, malah lebih buruk,
sengaja...
Tabung Derma Kilat
-
Assalammualaikum w.b.t. & Salam Sejahtera
Selepas berbincang dengan Dato Presiden dan beberapa ahli Sajoha, bagi
pihak SAJOHA, kita akan melancarkan "tabun...
Public Talk
-
As Salam...lama dah menyepi..kali ni LM mai pulak...bawa program ni...jemputlah yer...jemput2 semua...adik kakak abang pakcik makcik..yang baru islam, dah la...
KELAS SENI LUKIS Bermula Febuari 2012
-
Kelas Bimbingan Pendidikan Seni setiap hari
Ahad dari 9.00pagi-11.30pagi
Hanya RM 5.00 seorang setiap sesi yang dihadiri.
Para Pelajar Akan dapat Pelajari :...
Masih ada?
-
Masih ada lagi anak anak terpinggir di kota kuala lumpur ini. Walaupun
mungkin bukan dari warga negara Malaysia, adakah kita ingin membiarkan
mereka hidup ...
Korban dan aqiqah di Kemboja bersama eQurban
-
Salam semua,
Terlalu lama saya tak uppdate entri blog kambing jamnapari ini. Terlalu
sibuk dengan urusan kerja yang lain. Alhamdulillah, kali ini ada ses...
Penenang Hati
-
Salam..
Semenjak beberapa hari ni, tiba-tiba rasa touching pulak .. tak tau kenapa~
jiwa rasa kosong, ada something yang tak kena ni ... ohhhhhhh~ nak ba...
Theory and concept in Research Study
-
Another essential element in understanding research method is the ability
to explore what is a theory and concept in any particular research and
study. Ary...
Zikri – Kematian sebelum kelahiran
-
Dah beberapa minggu post ini berada dalam draf, nak publish rasa serba tak
kena, namun hari ini aku kuatkan juga jari jemariku untuk edit dan publish.
Muda...
WP Comment Plugin Ninja yang power ranger
-
Dalam kesibukan kerjaya saya dan juga menjalankan perniagaan online saya,
saya terjumpa satu plugin wordpress baru yang hebat. Saya tak mengambil
masa yang...
Ahmad IQbal, baby formula food, breast feeding
-
Ahmad Iqbal will be 2 years old (24 months) by end of this month. He is
growing and I’m proud of him. He is now very talkative and start repeating
almost...
3 artikel berpengaruh earcent.com
-
Aku suka baca blogserius. Aku rasa cara aku tulis sekarang nie pun ada
sikit-sikit pengaruh serius nak mampos. Tapi, selain blogserius, blog yang
aku still...
Blog ni
-
Salam.. hai.. sebenarnya pemilik blog dah delete blog ni pada 22/6.. pastu
available plak utk daftar..sebab pagerank die tinggi ..aku grab lah alamat
adifs...
Ahlan Ya Ramadhan…
-
Assalamu’alaikum W.B.T dan Salam Sejahtera, Semoga kita semua berada di
dalam keadaan sihat sejahtera sentiasa, Insya-Allah.. Ramadhan datang
lagi…(ini buk...
Tolonglah..Jangan Pergi..
-
Bulan ni merupakan bulan dimana aku byk berehat dan bermuhasabah diri.
Namun, aku ingatkan dpt rehat 100% rupanya ada insan yang perlukan khidmat
nasihat d...
Selamat hari guru
-
Tiada perkataan yang dapat menggambarkan jasa dan baktimu guru. Selamat
hari guru. Related posts:Selamat Hari Merdeka selamat hari ibu Selamat Hari
Raya Ai...
Kategori Umat Islam
-
Al Quran danHadis banyak menyebut tentang orang-orang Islam yang zalim,
fasik, soleh danbertaqwa. Kalau kita teliti betul-betul, kita akan dapati
bahawa o...
baru ku tahu
-
Baru ku tahu maksud kata-kata mu itu,Nai ! Bila aku memilih tanggal
7/2/2011 sempena pertemuan pertama sejak sekian lama tak berjumpa,kamu
cadangkan 9/2/20...
Selamat Tahun Baru Cina warga Muar..
-
Salam sejahtera kepada semua warga Muo tak kira kat mane korang berada ...
selamat tahun baru cina 2011 atau dalam bahasa " english" nye Chinese New
Year t...
Kerja Kosong!
-
*Kerja Kosong bagi mereka yang masih menganggur.*
Anda masih tidak bekerja? Baru lepas graduate, tetapi kerja masih tidak
dapat-dapat? Sudah menganggur l...
Statistik Lawatan Dan HotLink Protection
-
Malam tadi aku login Nuffnang, nampaknya ada dua BE yang bermain-main di
blog milik aku dan aku lihat statistik pengunjung berdasarkan pool adalah
seperti ...
Benarkah Pertanian Sebagai Sebuah Perniagaan?
-
Entri kali ini saya ingin cuba bongkarkan suatu lagi cara mudah untuk
dapatkan duit. Iaitu melalui bidang pertanian. Bidang yang menjanjikan
pendapatan yan...
When Adsense piss you off
-
There are a lot of bloggers out there who had a decent income from Adsense.
The simplicity of Adsense make it one of the easiest method to generate
income ...
Relationships
-
Humans are essentially social beings.As countless novels,films,songs,plays
and poems testify,our ultimate happiness and despair is founded in
relationships...
Mohon Seribu Kemaafan, Selamat Hari Raya 2010!
-
Ramadan kali ini terasa terlalu singkat, terasa semakin kurang hari-hari
untuk bertaubat dan mengejar pahala Allah. Ya terasa belum cukup puas untuk
‘bers...
Blog Baru - ondscene.my
-
Untuk makluman,blog ini berpindah ke alamat baru ondscene.my .Semua entri terbaru akan diupdate di sana.Mohon pembaca untuk mengupdate link terbaru ini.
Ket...
Dsantai telah DITUTUP
-
Assalamualaikum..
Setelah sekian lama dsantai menggunakan khidmat blogger.com kini penulis
telah membuat keputusan untuk berpindah ke www.sani.my . Deng...
Happy Father's Day Abah
-
Happy Father's Day Abah... but Abah has to celebrate it at hospital.. '*Ibu,
* k*esian Abah...' *that is statement from Aish. He started having fever on
M...
Pindah
-
Salam sejahtera pengunjung yang di hargai, Saya dah pindahkan blog ini ke
directory yang lain dan akan memadam directory ini. oleh yang demikian sila
gunak...
Keputihan menggangu perhubungan seks anda?
-
Ramai mengadu sering dilanda masalah apabila ‘bersama’ suami. Ini kerana
keputihan yang mereka alami sama sekali merosakkan hubungan seksual mereka.
Mereka...
Tunai solat, rezeki jadi berkat
-
Oleh Hamizul Abdul Hamid www.hamizul.com Rezeki Kamariah Saad semakin
bertambah sejak mengusahakan kedai makan yang diusahakan di Rawang,
Selangor. FIRMAN ...
PROMOSI OLE-OLE PAKEJ PERKAHWINAN AIRIS!!
-
Anda bakal mendirikan rumah tangga?
Anak anda bakal menjadi raja sehari?
Adik-beradik anda bakal bergelar suami atau isteri orang?
Saudara-mara anda bakal...
Job with Lotus f1 team
-
Hi Guys
Malaysia are about to launch their F1 team for the next season 2010 and
they are calling all engineers from mechanical to electronic and instrument...