Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Salam semua,

Lama juga aku tak update blog ni. Terdapat kekangan masa dalam menjalankan perniagaan tudung dan jubah. Tambahan pula, isteri aku baru sahaja melahirkan anak semalam (Khamis) dan bayi masih lagi berada di ICU. Doakan 'baby' selamat ye.

Aku baru sahaja selesai menulis journal (entry blog) bagi tugasan Blogsvertise. Alhamdulillah, baru saja aku daftar, dah ada 2 tugasan yang bernilai usd$9 setiap satu. Kalau 2 dah jadi usd$18, kali dengan RM3.40 = RM61.20 dah dapat dengan hanya menulis 'entry' untuk 3 perenggan setiap satu. Setakat ni, satu entry dah dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan manakala satu lagi tengah menunggu.

Aku dapat rasakan tak susah nak dapat tugasan buat duit dengan Blogsvertise ni berbanding Sponsoredreviews (kena bid job), LinkWorth dan ada beberapa lagi. tambahan pula aku hanya buat permohonan menggunakan 'blogger' (blogspot) dengan PR 2. Alhamdulilah dalam masa aku kelam kabut dan terkejar ke sana kemari, tetiba masuk emel mengatakan ada 'job'.

Jadi, kalau aku yang tak 'terer' blogging boleh dapat duit dengan blog, kenapa korang tak boleh? Mesti boleh punya....

http://lh6.ggpht.com/_GM0kTqLQ9eI/Susv_mpgWPI/AAAAAAAADZ8/PagUyQLjnec/150x150f.jpg

klik , jangan tak klik

Aku rasa angin, menyampah dan meluat sebab saban hari inbox atau spam box emel aku akan dipenuhi emel-emel bodoh (spamming) yang dilakukan oleh ntah siapa yang baru nak kenal dunia perniagaan internet. Nak buat duit, tapi kalau dah hari-hari kena sumpah pasal hantar emel sesuka hati kepada orang yang tak dikenali.. apa barang? Berkat ke hidup korang sebab kena maki hamun? Ingat aku dan orang-orang lain suka ke dapat emel menyemak. kalau dah berpuluh-puluh emel masuk ke dalam 'inbox', aku terpaksa periksa satu demi satu untuk pastikan yang mana penting, dan yang mana tidak. Ditambah pula dengan emel sampah macam ni... buang masa aku!

Ni 2 contoh emel yang aku dapat.


Emel 1


Baru Lancar Jadi Yang Terawal

Sistem Penjana Wang Terpantas!

Keistimewaan Speedy Matrix


Modal kecil hanya sekali RM30
Matrix 3 x 9, menghasilkan spillover yang pantas
67% Bonus Direct Sponsor ( RM20 )
Bonus direct Sponsor RM20 terus masuk ke akaun bank anda, tanpa melalui admin
Terima SMS duit RM20 Masyuk!!!
Peluang mendapat limpahan spillover downline dari upline yang aktif
Randomizer
2 Plan Pendapatan Komisyen
Bonus 1 - 67% Bonus Direct Sponsor
Peserta baru terus bank in RM20 ke akaun bank anda TANPA HAD
Bonus 2 - Bonus matrix ( 3 x 9 )
Klik Sini Daftar Segera




Emel sampah 2

PROGRAM TERBARU.....
ANDA ADALAH YANG TERAWAL

Pendapatan mudah dan beroperasi 24 jam Tanpa Henti dan 100% automatik.

Terbuka kepada sesiapa sahaja di Malaysia, Brunei dan Singapura.

Pendapatan TANPA HAD.

TANPA perlu menjual produk.

TIDAK PERLU mencari downline.


VV Segalanya bermula di sini VV
http://www.xxxxxxxx/wang


Komisyen diberi kerana mempromosikan laman web ini.

Pendapatan dibayar secara TUNAI terus ke akaun anda.

MAKLUMAT LANJUT KLIK SINI


JOM JADI TERAWAL JANGAN LEPASKAN PELUANG TERBAIK INI

Betulkah Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang rakyat Malaysia?

KAJANG 7 Okt. Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.

Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.

Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya, kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini.

- Bernama

Harapan aku dan juga seluruh rakyat Malaysia agar berita ini benar-benar sahih dan tiada ancaman daripada gerakan bawah tanah dari Indonesia ini. Pihak berwajib di negara ini juga perlu mengambil tindakan yang lebih dalam mengawal keadaan keamanan serta sempadan perairan Malaysia dan Borneo.

Dalam keadaan huru hara selepas gempa bumi di Padang, Sumatera, pihak kerajaan Malaysia dengan ikhlas menghulur bantuan perubatan dan makanan kepada semua mangsa. Jangan ada yang cuba mengeruhkan keadaan mengatakan makanan sudah luput tarikhnya dan pelbagai lagi tohmahan.

Belajarlah daripada kesilapan, muhasabahlah diri bila ditimpa bala dan bencana. Semua itu adalah ujian dan juga pesanan daripada Allah. Segala aturanNya itu, pasti ada hikmah. Mungkin itu cara yang dapat memulihkan keadaan hubungan Malaysia-Indonesia yang keruh dan tegang.

Bagi rakyat Malaysia, buat bodo je dengan isu-isu remeh dan picisan ini. Jangan pula bagi komen 'bikin panas' dalam blog-blog yang ada. Mereka manusia, kita pun manusia. Apatah lagi kita sama agama dan anutan. Jangan menghina dan mencaci cerca 'Orang Indon'. Kita bukannya tuhan nak jatuhkan hukuman.

1. Felicia Tang : Pelakon kelahiran Singapura yang mati dibunuh dalam apartmentnya - di Southern California pada 11 September 2009. Gambar video you tube dia tak payah tengok ekk..

2. Ris Low : Si manis berumur 19 tahun yang merangkul gelaran Miss Singapore 2009, tiba-tiba menghantar surat perletakan jawatan sebagai Miss Singapore selepas pendedahan penyalah gunaan kad kredit (credit card fraud). Kita tengok Ris Low dalam video pendek ini..



3. Bruno : Rakyat Malaysia akan kepingin menyaksikan aksi panas Sacha Baron Cohen (Ali G) akibat cerita itu yang tidak mendapat pelepasan badan penapis filem.

4. Yoshito Usui : Kartunis yang mencipta watak Carayon Shin-Chan dan manga serta siri anime, ditemui mati di atas kawasan pergunungan.

5. Mackenzie Philips : Anak perempuan kepada John Phillips (pemilik asal The Mamas and the Papas), mengaku... sila search kat kotak google di atas.. sensor sikit part ni.

6. Jus Mate 5 : nampaknya semua orang kalut untuk kurus selepas balun kuih raya dan ketupat berkilo-kilo. Masing-masing cari jalan cara kuruskan badan untuk kembali kepada bentuk asal.

7. Miyabi (Miyabi Maria Ozawa) : Para ahli agama di Indonesia membidas cadangan para penggiat filem untuk menerbangkan pelakon 'cerita untuk tontonan dewasa' dari Jepun untuk berlakon di sana bagi flemnya yang terbaru.

8. Kelate.net : nampaknya peminat dan penyokong pasukan bola sepak negeri Kelantan sangat-sangat optimis dengan pasukan mereka ini.

9. Beyonce : Isu hangat tentang rancangan konsert penyanyi ini di Malaysia, dikhuatiri menjejaskan moral dan akidah bebudak Melayu.

10. G-Force : Aku baru je menonton cerita ni 2 hari lepas kat Dataran Pahlawan GSC. Aku bagi 3.5 bintang. Tak cukup untuk menggeletek hati aku macam Alien in the Attic. Mari tengok sedutan 'trailer' cerita keluaran Disney ni..


Sumber NST

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki