Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Selama ini aku hanya merasakan kewujudan kumpulan Wali Band bakal mengisi lagi barisan tipikal dunia muzik Indonesia. Tapi setelah aku menyaksikan, menonton serta menghayati pendekatan mereka, aku sedikit kagum dan hormat Wali Band. Jika sebelum ini, Ungu menyelitkan unsur-unsur dakwah di dalam lagu mereka, Wali Band menyusul dengan lagu berunsur dakwah serta ketuhanan.

Sepanjang hari ini, aku memainkan lagu 'Aku Cinta Allah' berulang-ulang kali di Youtube dan berjaya download klip video lagu tersebut. Sesungguhnya, jika kita mengahayati dan mendalami maksud lirik lagu tersebut, maka kita akan dapat 'peringatan' sebagai hamba yang lemah di sisi Allah.


Mari saksikan video LIVE 'Aku Cinta Allah'



Wali - Aku Cinta Allah

Lirik lagu Aku Cinta Allah

Andaikan diriku bisa
Seperti yang lain
Yang Kau sayang
Yang Kau rindukan
Yang Kau cintai

*
Aku lemah tanpaMu aku lelah
Aku sungguh tak berdaya
Tolongku
Tolongku
Yaa Allah

Reff:
Setiap air mataku mengalir
Allah aku lemah dan tak berarti
Setiap derai tangis membasahi
Allah jangan tinggalkan aku lagi

**
Aku sayang Allah
Aku rindu Allah
Aku Cinta Allah


Wali Mari Shalawat

Tahniah buat pasukan Malaysia yang berjaya mendapat kalungan emas bagi acara bola sepak di sukan SEA Laos 2009. Penantian selama 20 tahun akhirnya terungkai, menutup segala kritikan dan tohmahan yang diterima bertahun-tahun.

Kemenangan 1-0 sudah cukup untuk memberi azab kepada pasukan Vietnam yang kali ke empat berturut-turut kempunan emas di perlawanan akhir sukan SEA.

Malaysia boleh!


Jangan guna telefon bimbit di stesen minyak: Petronas

KUALA LUMPUR: Kebakaran membabitkan dua kereta berlaku di Stesen Petronas Bandar Indera Mahkota di Kuantan semalam mengakibatkan kecederaan ringan terhadap pemandu kereta berkenaan.

Kenyataan dari Petronas Dagangan Berhad hari ini menjelaskan bahawa kemalangan jam 9.15 pagi itu berlaku di pam stesen itu dan api segera dipadamkan oleh kakitangannya.

Pemandu kereta pertama cedera ringan dan diberi rawatan pesakit luar di Hospital Besar Tengku Ampuan Afzan sementara penumpang kereta kedua masih di bawah perhatian di hospital itu.

Pihak berkuasa dan wakil Petronas Dagangan ketika itu berada di tempat kejadian untuk membantu dan menjalankan siasatan lanjut tentang sebab kejadian itu.

Stesen itu kini ditutup sementara, kata kenyataan itu.

Dalam pada itu, Petronas Dagangan Berhad menasihatkan pelanggan mematuhi peraturan keselamatan di semua stesennya yang melarang keras penggunaan telefon selular, merokok dan membiarkan enjin hidup semasa mengisi minyak.

"Kami ingin menegaskan bahawa kami menganggap keselamatan pelanggan, pekerja, kontraktor dan orang awam sebagai amat penting di semua kawasan operasi kami," kata kenyataan itu.

- Bernama

Punca kejadian masih dalam siasatan. Tapi aku memang rasa nak tempeleng sesetengah orang yang bukan setakat menghisap rokok, tapi menyalakan api rokok semasa mengisi minyak, tak kira petrol, mahupun diesel. Bukan rekaan dan mengada-adakan cerita. Memang satu masa dulu aku selalu menyaksikan perkara ini di kawasan Chendering dan Marang (sebab aku selalu berulang alik dan isi minyak hampir setiap hari - maaf kalau ada yang tersinggung). Sekarang aku kurang menyaksikannya sebab isi minyak seminggu sekali je.

Tak kisahlah kawasan mana dan bila kita menuang petrol. Sedarlah risiko nyawa yang terpaksa kita ambil, beserta anak-anak, isteri isteri, dan juga pelanggan lain di stesen minyak itu. Tambah menyusahkan bila stesen minyak terbabit terpaksa ditutup untuk siasatan dan pembaik pulih. Kan itu semua sudah menyusahkan orang lain serta menjejaskan pendapatan tokey serta pekerja-perja mereka.

Gunakan akal, fikirlah buruk baik sesuatu perkara sebelum melakukannya.

Sekalung tahniah buat skuad Sukan SEA Malaysia yang berjaya menundukkan Laos, 3-1 malam tadi, seterusnya menempah tiket ke perlawanan akhir (selepas 8 tahun tidak merasa 'final'). Skuad bolasepak negara kali ini mantap dan berjaya menepis segala tohmahan serta cemuhan, apatah lagi ketika membenamkan skuad Thailand yang menjadi igauan buruk kita selama ini.

Walaupun Sukan SEA menampilkan pelbagai acara sukan, tapi nampaknya bola sepak menjadi acara utama serta buah mulut peminat dan rakyat. Bola sepak juga menjadi seperti satu 'religion' bagi sesetengah peminat, dan ia adalah sebagai satu maruah yang perlu dijaga bagi mengelakkan aib.





Baddrol Bakhtiar memuncakkan prestasi tepat pada masanya untuk menjaringkan dua gol ketika Safiq Rahim - perencana gerak yang diberi ruang bebas oleh jurulatih, K Rajagobal - menjamin kejayaan dengan gol pada lewat permainan.


Biarpun bingit dengan sorakan penyokong tuan rumah, skuad negara cepat menyesuaikan diri dan mula mengawal rentak aksi. Hasilnya ialah cubaan cantik Norshahrul Idlan Talaha pada minit kesembilan, hasil bola umpanan lolos Safiq yang memaksa penjaga gol lawan, Souvanpheng Phanthavong melayangkan diri buat menepis keluar.

Penantian gol negara dinoktahkan pada minit ke-13. Gerak pantas dari sayap kanan menyaksikan Abdul Manaf Mamat melintangkan bola yang cantik disambung dengan sepakan libas Baddrol Bakhtiar yang terus menerjah jaring gol lawan. 

Berita penuh Malaysia ke final



SENARIO 1

Jam menunjukkan lebih kurang pukul 2 pagi. Terlihat kelibat anak-anak muda berdarah satria (mungkin berketurunan Hang Tuah) sedang bersidai di atas motor masing-masing di sepanjang jalan Tangjung Gading Muar.
Aku yang tak mahu melihat anak bangsa mati katak tanpa perlindungan insurans takaful, menelefon operator untuk meminta nombor balai polis Muar.

Aku : Encik, sekarang saya ada di Tanjung Gading, saya nak laporkan bebudak motor ni dah siap sedia nak merempit.
Orang yang jawab telefon : Oh, itu kawasan Sungai Mati.
Aku : Boleh bagi no telefon Sg. Mati (aku yang kena minta).
Orang yang jawab telefon : 06- ....bla. bla..

Niat aku terputus...



SENARIO 2


Aku baru sahaja masuk ke lebuh raya dari tol Sg. Besi menghala ke arah Selatan. Sampai di hentian R&R Seremban (arah selatan), aku berhenti sekejap untuk makan tengahari. Bila nak keluar dari kereta, ada sorang mamat bertindik sebelah telinga menghampiri aku sambil menghulur telefon Nokia N95. "Berapa?" aku bertanya. "700 bang", jawabnya ringkas.

Aku termenung, memikirkan bahawa telefon tersebut berkemungkinan besar 'barang panas'. Kesian mangsa yang hilang telefon bimbitnya itu. Kemungkinan lain pula, barangkali telefon tu barang tiruan dan tak boleh digunakan langsung, walaupun mamat tu suruh aku masukkan 'sim kad' untuk menguji. Aku mengatakan kepadanya supaya bagi aku masa berfikir ketika makan, dengan alasan aku ada hutang nak kena kira dulu.

Ketika makan, aku menelefon balai polis Seremban, kemudian Seremban menyuruh aku menelefon balai polis Nilai. Nilai pula menyuruh aku telefon balai polis Labu.

Kredit aku dah habis....

Sumber fwd emel daripada ex-smsj '93 yahoo groups, semoga sama-sama kita mendapat manfaat:


Seorang lelaki telah berumahtangga dengan seorang wanita solehah. Hasil dari perkahwinan ini pasangan tersebut telah dikurniakan beberapa orang anak lelaki dan perempuan. Kehidupan mereka sekeluarga sungguh bahagia dan sejahtera.

Si isteri sewaktu hidupnya, adalah seoarang wanita yang beriman dan bertaqwa, berakhlak mulia dan rajin beri bad ah, dia juga adalah isteri yang setia dan taat kepada suaminya, seorang ibu yang penyayang dan sebaik-baik pendidik kepada anak-anaknya.

Rumah tangga yang indah ini kekal selama 22 tahun, sehinggalah si isteri meninggal dunia. Setelah jenazah si isteri diuruskan dengan sempurna, disolatkan dan dikebumikan, maka semua ahli-keluarga, saudara-mara dan kaum-kerabat berhimpun di rumah si suami untuk mengucapkan takziah. Kesemua yang berhimpun itu mahu mengucapkan kata-kata yang boleh meringankan dan mengurangkan rasa pilu dan kesedihan si suami kerana kehilangan isteri yang paling dikasihi dan dicintai.

Namun demikian, sebelum sempat sesiapapun berkata-kata, si suami telah berkata: "Semoga tidak ada sesiapa pun dari kamu yang mengucapkan takziah kepadaku sebaliknya dengarlah kata-kataku ini."

Semua yang berhimpun terkejut dan terdiam dengan kata-kata si suami itu..

Si suami meneruskan kata-katanya: "Demi Allah yang tiada Allah yang berhak disembah melainkan-Nya, sesungguhnya hari ini adalah hari yang paling bahagia dan gembira bagiku, lebih gembira dan bahagia dari malam pertamaku bersama isteriku itu.

Maha Suci Allah, sesungguhnya isteriku itu adalah sebaik-baik wanita bagiku, kerana dia sentiasa mentaatiku, menguruskan diriku dan anak-anakku dengan sebaik-baiknya dan juga telah mendidik anak-anakku dengan sempurna. Aku sentiasa bercita-cita untuk membalas segala jasa-baik yang dilakukannya kepada diriku. Apabila ia meninggal dunia aku teringat sebuah hadith Nabi SAW.

"Mana-mana wanita yang meninggal-dunia sedang suaminya redha kepadanya pasti akan masuk ke dalam Syurga."

Sebelum meletakkan jenazahnya di dalam lahad, aku telah meletakkan tanganku di kepalanya dan aku berkata: "Wahai Allah, Aku sesungguhnya redha kepadanya, maka redhailah dia."

Kulang-ulang kata-kataku itu, sehingga tenang dan puas hatiku.

Ketahuilah sekalian, sesungguhnya aku, di saat ini amat berbahagia dan bergembira, tidak dapat kugambarkan kepada kalian betapa hebatnya kebahagian dan kegembiraan yang kurasakan ini.

Maka barang siapa yang telah bercadang untuk mengucapkan takziah kepadaku atas kematian isteriku itu, maka janganlah kamu melakukannya. Sebaliknya ucapkanlah tahniah kepadaku, kerana isteri telah meninggal dunia dalam keadaan aku redha kepadanya.. Semoga Allah menerima isteriku dengan keredhaan-Nya. "

MasyaAllah.. .alangkah bahagianya mendapat keredhaan suami seperti ini. Adakah anda mampu lakukan seperti yang dilakukan sang isteri terhadap suaminya sehingga pemergiannya diredhai dan membahagiakan suaminya.

Wallahu’alam.

Sebarkanlah ilmu, walau pun sepotong ayat.

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki