Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor telah wujud di laman sosial Facebook, rentetan rasa tidak puasa hati terhadap Aduka Taruna.
17,255 keahlian dicatat pada jam 4.52 pagi, 27 Januari 2010, menunjukkan rasa taat setia warga anak Johor terhadap Almarhum Sultan Johor.
Sila ke sini untuk mengetahui isi kandungan blog Aduka Taruna yang menghina Almarhum Sultan Johor (dibacakan semula dalam video bantahan).
Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor
| berita, bloggers, panas, terkini, video | 4 comments »Aduka Taruna yang secara tiba-tiba menjadikan suasana panas, berjaya menempatkan blognya atara yang dilayari oleh pengguna internet Malaysia tak kira di dalam negeri, mahupun di luar negara. Blog ni sahaja selama 2 hari ini dihujani dengan carian 'blog hina Sultan Johor'. Dan semuanya bernasib baik sebab aku ada letak link url pada entry terdahulu. Cuma yang kurang seronok sebab bila masuk ke blog Aduka Taruna, hanya dapat baca entry tentang 'permohonan meminta maaf' beliau, manakala entry asal tentang kutukan terhadapa almarhum Sultan Johor telahpun dipadam.
Berita terkini pula menyatakan Aduka Taruna telahpun ditangkap di Kota Bharu (bukan menyerah diri), selepas 2 hari menyembunyikan diri dan dibawa ke IPD daerah Muar. Petikan Berita Harian;
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Berita Harian
Keputusan Google Search bagi carian "BLOG HINA SULTAN JOHOR"
Results 1 - 10 of about 44,500 for blog hina sultan johor
Ramai yang tercari-cari siapa yang membuat onar dan dalang disebalik kata-kata kesat dan menghina terhadap Almarhum Baginda Sultan Johor. Yang pergi takkan kembali, biarlah ia pergi dengan tenang dan kita sebagai sesama Islam perlu mendoakan kesejahteraannya.
Urusan kita di atas dunia sudah selesai selepas jasad bersemadi di liang lahad. Apa yang berlaku selepas itu bukan urusan kita. Dan bukan kuasa kita untuk menjatuhkan hukum. Allah jua lagi Maha Bijaksana untuk memberi pembalasan kepada setiap hambanya.
Apatah lagi jika kita mengata, mengeji dan menghina seseorang yang telah mati. Maka kita pula akan berhutang dengan si mati, hutang sesama manusia yang mana kita perlu meminta maaf hatta hingga ke padang mahsyar nanti.
Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya...
Lagi tentang Aduka Taruna:
Aduka Taruna ditahan polis
Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor
‘I Hate Fasha Sandha’ : Pengurus saya kata mungkin ambil tindakan undang-undang
| berita, info, panas | 6 comments »Fasha yang kini sibuk menjalani penggambaran drama bersiri Spa Qistina berkata, tindakan itu tidak menggugat kerjayanya dan dia berterima kasih kepada pihak terbabit kerana masih mahu membicara hal dirinya walaupun berunsur negatif.
Pemantauan Metro Ahad mendapati paparan ‘I Hate Fasha Sandha’ juga menggunakan gambar profil Fasha ketawa hingga menampakkan lidah pelakon berkenaan bertindik, tetapi tidak dapat ditentukan kesahihan gambar berkenaan.
Berdasarkan kepada info tertera, ‘I Hate Fasha Sandha’ diwujudkan pada 25 Disember tahun lalu dengan misi mengumpul sejuta orang. Setakat ini lebih 40,000 pengguna Facebook menyertai kumpulan itu.
Sementara itu, pengurus Fasha, Nik Yasmin Nik Abdul Rahman, berkata pihaknya mungkin membuat laporan polis dan mengambil tindakan undang-undang terhadap kewujudan ‘I Hate Fasha Sandha’ kerana menyifatkan ia bertujuan memburukkan imej Fasha.
“Kami akan mendapatkan nasihat pihak yang lebih arif dalam bidang undang-undang untuk mengambil tindakan terhadap pihak tidak bertanggungjawab itu,” katanya.
.. Harian Metro.
Aku tak terlibat, nanti kena masuk mahkamah, sia-sia je nanti. Tak pasal-pasal nanti yang terbabit glamour masuk akbar. nak tau cerita, baca sini.
Berikutan kemangkatan Almarhum, Tunku Ibrahim Ismail dimasyhurkan secara rasmi sebagai Sultan Johor dalam satu upacara yang diketuai Menteri Besar, Datuk Abdul Ghani Othman di Istana Besar, jam 10.21 pagi ini.
Abdul Ghani berkata jenazah Almarhum Sultan akan dibawa dari Istana Besar 1.30 tengah hari untuk upacara pemakaman di Makam Diraja Bukit Mahmoodiah, di sini, jam 2 petang.
Mengenai peraturan berkabung, beliau berkata:
- Orang-orang Melayu perlu memakai tanda perkabungan kain putih selilit saja selebar dua inci pada songkok.
- Bagi lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri dan bertali leher warna hitam.
Katanya, bagi yang memakai uniform dan memakai uniform pada majlis tertentu, mereka perlu melilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri.
"Bagi perempuan Melayu, mereka hendaklah memakai tudung kepala warna putih manakala bagi orang perempuan lain bangsa dan agama, mereka perlu memakai selilit kain hitam selebar tiga inci di lengan kiri," katanya. - Bagi upacara pemakaman pula, lelaki Melayu perlu memakai baju Melayu teluk belanga serba hitam dan lilitan kain putih di songkok hitam manakala lelaki bukan Melayu perlu memakai lounge suit warna hitam, tali leher hitam dan selilit kain hitam tiga inci di lengan kiri.
- Bagi yang memakai uniform, mereka perlu melilit kain putih berukuran dua inci di songkok. Segala darjah dan pingat juga hendaklah dipakai, katanya.
Sumber Berita Harian
Semoga roh almarhum baginda dicucuri rahmat dan ditempat dikalangan orang-orang yang beriman.. Amin.
Tirai di dalam sebuah surau di Jalan Ismail, Muar ditemui terbakar awal pagi, manakala cermin tingkapnya turut pecah.
Kejadian itu disedari oleh tiga orang yang kebetulan di situ pada kira-kira jam 2.30 pagi tadi.
Menurut Ketua Polis Daerah Muar, ACP Mohd Nasir Ramli, apabila ternampak kebakaran tersebut, mereka bergegas untuk memadamkannya.
Mengenai sama ada ianya satu bentuk serangan ke atas surau tersebut, beliau berkata, pihak polis masih menyiasatnya.
Dekat je surau ni dengan rumah aku! Hmm.. tak tau la nak kata lebih-lebih sebab polis tengah jalankan siasatan. Kalau kes khinat atau sabotaj, semoga yang membuat onar mendapat balasan setimpal.
Masa raya Haji tempohari, JPJ Muar terbakar. Beberapa minggu lepas, van terbakar, 100 meter dari rumah aku, menyebabkan 3 orang mati rentung. Banyak sangat yang terbakar sekarang ni. Aku terkesima...
Update 21 Januari 2010 8.00pm
2 surau di Muar terbakar, dipercayai perbuatan khianat
MUAR: Dua surau, iaitu satu di Jalan Ismail Omar dan satu lagi di Jalan Salleh di sini mengalami kerosakan kecil selepas terbakar, yang dipercayai akibat perbuatan khianat, awal pagi tadi.
Timbalan Ketua Polis Johor, Datuk Jalaluddin Abdul Rahman, berkata kebakaran di Surau Silaturahim di Jalan Ismail Omar dan Surau Parit Beting di Jalan Salleh yang jaraknya kira-kira dua kilometer berlaku pada waktu lebih kurang sama iaitu kira-kira 2.30 pagi.
"Kebakaran di Surau Silaturahim disedari oleh tiga lelaki yang sedang menaiki sebuah kereta (yang melalui kawasan itu) pada kira-kira jam 2.30 pagi, dan lalu memadamkan kebakaran tersebut sebelum membuat laporan polis," katanya di Ibu Pejabat Polis Daerah Muar, di sini, hari ini.
Jalaluddin berkata, kebakaran di surau itu membabitkan sebahagian tingkap dan langsir yang terletak di ruang legar surau berkenaan dan polis menemui kesan "cetusan api dari simbahan minyak tanah di kawasan tingkap tersebut."
“Sementara kebakaran yang membabitkan pintu masuk ruang solat Surau Parit Beting, pula disedari pada jam 11 pagi apabila seorang ustazah yang datang untuk mengajar agama di surau tersebut, sebelum membuat laporan polis pada jam 1.30 tengah hari tadi,” katanya.
Jalaluddin berkata, polis percaya kebakaran di Surau Parit Beting, yang terletak kira-kira dua kilometer dari Surau Silaturahim, dipercayai berlaku lebih kurang pada waktu yang sama.
"Punca kebakaran di kedua-dua surau itu masih dalam siasatan dan dianggarkan setiap satu surau tersebut mengalami kerugian kira-kira RM300," katanya. - Bernama
Update hari ini (20 Januari 2010):
30,940 fans and rising! Next target is 50,000 fans!Begitulah statistik pengikut I Hate Fasha Sandha fan di dalam facebook. Aku tak tahu apa yang dibencikan dan aku tak tahu kenapa orang benci pada Fasha Sandha. Adakan kerana fasha Sandha gedik, poyo, atau macam bagus? Tengoklah sendiri pada jumlah 'fan' yang semakin hari semakin meningkat dengan amat pantas sekali.
Selama ni, ramai yang masuk blog ini sebab nak cari gambar Fasha Sandha mandi je. Aku bukan tuhan untuk jatuhkan hukum, dan aku bukannya malaikat untuk tidak mengata. Terserah pada anda semua.
Ini adalah 'forwarded email' yang aku dapat melalui group SMSJ '93. Kalau dilihat dari dari gambar, tahap kecederaan melampau tu. Ngeri.. ngeri.. Ok,tak mau cakap banyak, tengok sendiri gambar-gambar lagak aksi ngeri kesan gigitan buaya @ ulung-julung di Corus Paradise, Port Dickson dan aku sertakan sekali emel yang dihantar;
Kawan aku bersama keluarganya pergi menghabiskan cuti persekolahan di Corus Paradise Rasort Port Dickson hari Sabtu lepas, pada petang itu dia bersama dengan anak perempuannya mandi manda ditepi pantai berdekatan resort, ketika sedang mandi tiba tiba kakinya seakan digigit sesuatu dan menariknya ke laut. Beliau melepaskan anaknya dari pelukan sambil menjerit meminta tolong. dan anak tersebut sempat diambil oleh ibu kawan aku itu.Dengan pantas seorang lelaki pergi mendapatkan kawan aku nih yg terus dibawa kelaut. Dalam keadaan cemas itu, lelaki tersebut terus menarik kawan aku itu dengan kuat, kemudian dia sempat melihat apa yg telah menarik kaki kawan aku itu...seekor BUAYA!!...
Kawan aku terus dibawa ke klinik (tidak ke hospital port dickson kerana gak jauh dan kakinya mengalami pendarahan teruk) selepas itu kawan aku terus dibawa balik Hospital Melaka. Di hospital Melaka beliau dimasukkan ke ICU. Sekarang keadaan kaki beliau agak serius kerana urat kaki byk yg putus dan jari2nya tidak dapat digerakkan. Persoalannya disini...macamana buaya boleh ada ditepi pantai, kalau seorang dewasa boleh ditarik kelaut, apa cerita pulak kalau budak2?? bila aku dapat tau cerita ini..hati jadi kecut untuk mandi manda di pantai port dickson.. Ada sesiapa lagi yg tahu cerita ini? Dengarnya perkara BUAYA bukan perkara baru di pantai Port Dickson..kenapa perkara2 ini perlu disembunyikan??
Itu adalah kandungan emel. Apa pula kata Menteri Besar Negeri Sembilan:
Luka di kaki seorang pengunjung ke pantai Port Dickson yang heboh dilaporkan di akhbar dan internet kebelakangan ini bukan akibat serangan buaya atau ikan, kata Menteri Besar Datuk Seri Mohamad Hasan.
Beliau yang menerima laporan dari pakar-pakar perubatan menyatakan, kesan luka tersebut mungkin disebabkan oleh punca lain tetapi bukan dari haiwan ganas.
“Ini bukan saya kata tapi menurut pakar yang meneliti kes itu, kita tidak pasti apa yang menyebabkan luka itu tapi macam-macam kemungkinan, mungkin terumbu karang,” katanya kepada pemberita selepas mesyuarat exco kerajaan negeri di Seremban hari ini.
Katanya, belum pernah berlaku dalam sejarah Port Dickson, pengunjung diserang oleh binatang liar seperti buaya atau ikan yu.
Beliau berharap orang ramai bertenang dan tidak membuat pelbagai andaian berdasarkan spekulasi.
Beliau berkata, pada umumnya, Port Dickson merupakan pantai peranginan yang selamat dikunjungi.
“Kita ada membuat pemantauan, di pantai-pantai awam kita ada menara kawalan, kita dibantu oleh St John Ambulance, Jabatan Pertahanan Awam dan RELA,” katanya.
Sama ada duduk di hotel atau mahu berkhemah di tepi pantai, orang ramai dan pelancong tidak perlu risau dengan keselamatan mereka, katanya.
Beliau mengulas laporan mengenai seorang lelaki yang mendakwa dirinya diserang dan kakinya digigit hingga parah oleh seekor binatang dipercayai buaya.
Lelaki itu, dipercayai seorang posmen, mendakwa waktu diserang, melihat lembaga seperti buaya dengan bentuk badannya yang leper, keras dan kehitaman dalam air di pantai berkenaan.
sumber BERNAMA
Mana satu yang nak kita percaya? Berita sebaran am penulis emel, atau kesahihan berita. Ada juga yang m,engatakan buaya ini mungkin tersesat dari Sungai Linggi?
Apa kata anda? FAKTA atau AUTA?
Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul
| amanah, berita, bloggers, doa, info, muhasabah, renungan | 2 comments »Mungkin Ribbon khas : Blogger, We Care ini dapat sekurang-kurangnya membantu dalam meringankan beban Megat. Sama-sama kita berdoa dan menolong ikut kemampuan. Insyaallah.
Radio Internet : FuhyooFM.. boleh layan ke boleh blah?
| hiburan, info, internet, percuma, review | 7 comments »Untuk mendapatkan player FuhyooFM seperti di atas, sila download dan paste`kan CODE di bawah dan letakkan di bahagian “sidebar” blog anda:
<object classid="clsid:6bf52a52-394a-11d3-b153-00c04f79faa6" width="300" height="150" codebase="http://activex.microsoft.com/activex/controls/mplayer/en/nsmp2inf.cab#Version=5,1,52,701"><param name="stretchtofit" value="true" /><param name="url" value="http://174.120.183.111:8000" /><param name="src" value="http://174.120.183.111:8000" /><embed type="application/x-mplayer2" width="450" height="150" src="http://174.120.183.111:8000" url="http://174.120.183.111:8000" stretchtofit="true"></embed></object>
Apa benda yang yang dirapikkan ni Sam??? Owh.. aku
Code yang di atas tu jika anda ingin meletakkan plugin player FuhyooFM di 'sidebar' blog anda. Yang pasti, ia mempunyai butang STOP / PLAY jika nak matikan bunyi ketika azan kedengaran di masjid, atau sebagainya...
Apa yang bagus sangat pasal FuhyooFM kalau dibandingkan dengan ERA, HotFM, HitzFM, FlyFM dan lain-lain lagi?
FuhYooFM Dot Com adalah sebahagian dari rangkaian Fitrah Media Enterprise. FuhyooFM merupakan radio internet PERTAMA di Malaysia yang mempelopori bidang pendidikan sebagai landasan utama dalam mencungkil bakat-bakat muda khususnya bagi mereka yang minat dalam bidang penyiaran. Adakah anda sudah mengenali kami?
Info sepenuhnya di sini.
Status halal : White Coffee (Oldtown Kopitiam) ada bran?
| agama, amalan, info, isu, muhasabah, panas, renungan, semasa | 8 comments »`Makanan itu menjadi DARAH & DAGING yang kita usung setiap hari.' Tidak hairanlah apabila kita mudah terpedaya dalam hasutan syaitan & musuh islam.. Lalai dan malas dalam mengerjakan perintah Allah sbn seterusnya tidak terdaya mencegah amar mak'aruf nahi mungkar. Apakan tidak, apabila darah yang mengalir & daging yang membesar kita sirami dengan makanan yang tidak diberkati seterusnya 'HARAM' untuk dimakan. WHITE COFFEE Oldtown Kopitiam 'WCOK' telah beroperasi bermula sekitar tahun 1999. Dimana diawal penubuhan status HALAL sebenarnya telah diragui lagi.
Petikan utama blog beliau:
Beberapa produk yang harus diragui STATUS HALAL & dikenalpasti HARAMnya ialah:-
- -Nissin Noodles (Mee Segera Nissin Noodles) yang diimport dari Hong Kong (tertulis dipaket bungkusan).
- -Daging Salai yang digunakan pada hidangan Sandwish & Nissin Noodles juga diragui status halalnya. Ini kerana pada waktu awal penubuhan White Coffee Oldtown Kopitiam 1999 tiada dipasaran Malaysia yang menjual Daging Salai HALAL. Perkara ini anda boleh rujuk kepada para penyelidik, pensyarah & pelajar di Fakulti/ Jabatan Perhotelan @ F&B / Food & Beverages.
- -Minyak yang digunakan didalam penyediaan menu 'Ipoh Ho Fun @ Ipoh Kuew Teaw Sup'. Minyak tersebut dihasilkan sendiri oleh WCOK dan tidak terdapat dipasaran. Hanya diberitahu ianya minyak udang. Tetapi adakah ianya benar & tiada campuran lain?
- -Herbal Jelly adalah produk yang diimport daripada China . Diberitakan, antara isi kandungannya adalah kulit kura-kura. Khasiatnya dikatakan dapat memanaskan anggota dalaman badan (persoalannya - bolehkan UMAT ISLAM makan yang terhasil daripada KURA-KURA) Apa yang membuatkan UMAT ISLAM diMalaysia TERPEDAYA dengan status HALALnya ialah salinan sijil HALAL yang dikeluarkan oleh JABATAN AGAMA ISLAM PERAK @ 'JAIPK' pada beberapa produknya dijaja dengan mengatakan JAIPK akan memberi STATUS HALAL pada semua produknya yang sehiingga kini (dari awal penubuhnnya- dekat 10tahun dah) masih lagi tidak diperoleh Sila layari laman Web WCOK. Hanya sijil halal bagi beberapa produk yang disahkan oleh JAIPK yang dijajanya. Berbagai anugerah telah diperolehi, namun STATUS HALAL BAGI RESTORENNYA masih lagi TIDAK BERJAYA DIPEROLEHI. KENAPA dan MENGAPA? Maka itulah umat islam dinegara ini terpedaya dengan helah apabila nama JAIPK digunakan.
Buat duit dengan main kutu pintar wang pos online? Masyuk beb!!!
| buat duit, info, panas, pelaburan, renungan | 3 comments »Saban hari aku mendapat sampul surat beserta risalah tentang main kutu wang pos online. Aku sebenarnya dah agak lama mendapat maklumat tentang kutu pintar ini. Sejak zaman ala-ala surat berantai (dengan tajuk sumbangan ikhlas), hinggalah zaman IT - promosi menggunakan medium internet semakin rancak dan popular kebelakangan ini.
Dulu, aku pernah mempromosikan main wang kutu ini kepada rakan-rakan SAJOHA, hinggalah aku tertampar dengan nasihat salah seorang sahabat yang mengatakan tentang keburukan main wang kutu berantai ini. Beliau mempersoalkan tentang apa akan jadi bila sampai satu tahap tepu (bila yang dah jadi downline 'last-last kopek' ).
- Dari mana mereka nak kutip duit lagi?
- Pada siapa nak mereka hantar surat sumbangan wang ikhlas ini?
- Adilkah jika kita mengatakan rebut peluang, jadilah yang terawal?
Setiap permulaan, pasti ada penghujungnya. Yang awal, akan ketemu akhirnya. Bayangkan sistem berkonsep piramid ini memberikan keuntungan kepada si raja di atas. Ya, betul, kita perlu jadi yang terawal. Kalau semua jadi yang awal, siapa yang jadi terakhir. Mana nak campak orang-orang di bawah? Yang di atas sudah kekenyangan seperti kutu baru lepas menghisap darah...
Mari kita tengok diskusi hangat di blog AbdFatah : Kutu Pintar Wang Pos Online.
Antara komen, komen panas disitu:
hang kebun says:April 2nd, 2009 at 1:43 pmnie program anaye org..yg aku knl penyangak plg bsr mengebas duit org..abdul rasid talib..hrp name ckgu..rupe2nye pak badut y smata2 kejar harta dunia dgn cara menipu sana sini menggunakn ayt perangkp “sumbangan ikhlas” rupe2nye”kaki kebas duit org..jgnla klabu mata nie smua bkn kutu pintar tp kutu babun,yg pintar dieorang…yg menyumbang 2 terkeras jd kutu babun
aku la! says:
April 15th, 2009 at 7:29 pm
nak duit, tp malas…pastu sibuk ckp skim menipu tanpa usul periksa..nk harap subsidi kerajaan smp mati pon idop tak kaya..sdgkan bill gates yg kaya tu pon keje,ni lak yg pkai modal rendah,maen kutu lak tu..tak nk cari org,malas,baek jgn maen,jgn keje…dok umah buat kutu sndri je…idop kalo mls mmg tak kaya..tgk indon yg dok keje kt Malaysia ni, da beli banglo bebijik-bijik..kite kt malaysia mgharap duit bergolek dtg kt kaki…miskin di negara sndri..sy seorg yg ssh, tp sy brusaha nk brubah..bkn cam sstgh org, nk bruba tp swoh org keje utk die…(sape yg malas la yg terasa,sape mkn cili die yg terasa pedasnya….) ;p
azim says:
May 4th, 2009 at 6:23 pm
saya cuma confuse ngan kutu pintar…niat kita baik nak bantu org dengan ikhlas..tapi kenapa kita perlu mengikut turn kita nak dapat kan keuntungan balik..contohnya kita buat sedekah nak buat masjid..dah sedekah ikhlas sedekah jer ler kenapa perlu atau mengharapakan balasan atau keuntungan di kemudian hari..??..habis kalau org yang tak miskin sangat..dari mana mereka nak dapatkan duit modal rm 121 untuk memulakannya??..maksudnya disini no money no talk..no money tak boleh terima sumbangan ikhlas dari org lain…seolah – olah kutu pintar ini adalah satu program untuk mencari pendapatan sahaja bukannya membantu org…niat baik tidak menghalalkan perbuatan..ada satu lagi program kutu yang baru lagi pelik nawaitunya..nak join siap ada pakej sehingga seribu lebih..org miskin takkan nak bayar utk join..org miskin cuma dapat bantuan saja..boleh duduk diam dapat duit…ada SOMETHING WRONG dengan kutu pintar nie sebenarnya..KITA CUMA HENDAK KEBERKATAN REZEKI SAHAJA..FIKIR-FIKIRKANLAH…
Sila lihat contoh-contoh soal jawab agama berkaitan hukum main kutu:
Permainan Kutu Dan Cabutan Gilirannya : www.iluvislam.com
Menambah pendapatan secara skim main kutu : soal jawab agama JAIS
Hukum main kutu : Blog Ustazah Azimah
Status Program Derma Wang Pos : Zaharuddin.net
Program kutu wang pos dari sudut fiqh Islam : HarakahDaily.net







