Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search


Salam semua,

Waktu aku menulis ini, aku sedang menyiapkan satu entry untuk niche blog. Letih juga nak mengarang, kena buat 300 patah perkataan. Dapatlah usd 8+. Tak banyak, kalau lepas ditukar kepada matawang Malaysia, adalah dalam lebih kurang RM25.00. Tapi yang ni tak susah mana, sebab arahannya adalah untuk 'blog entry', bukannya 'review'. Jadi aku terbitkan entri ni sekadar berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku nak kongsi. 'Take a break' kata KitKat.

Semalam, aku dah buat 2 entry untuk review.. jenuh nak menyiapkan, sebab benda yang ditulis bukannya skop bidang yang aku belajar kat sekolah, hatta di universiti. Nak tak nak, kena membaca dulu website yang perlukan review tersebut.  Rasa macam masuk ke dunia persekolah balik la plak.

Alhamdulillah, keputusan aku untuk bekerja di rumah dan berhenti berjaja di pasar malam / pasar tani, aku rasa tepat pada masanya. Al maklumlah menjaja pasar malam sekarang ni sangatlah menduga iman. Mana taknya, petang kerap hujan. Kalau merungut, nampak sangat tak kuat iman.

Jadi aku sekarang dapat fokus betul-betul dengan butik online, yang ada nampak peningkatan jualan, hasil 'full time marketing' yang disertai 'all out' membaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan. Kalau dulu aku memasarkan semuanya samada melalui ebay atau lelong, tapi sekarang guna website sendiri dan blog, lagi puas hati. Cuma promosi memang kena kuat untuk dapatkan trafik. Sebab 'convertion rate' perlu diambil kira, samada 1 : 100, 1: 500, atau 1: 1000 bertukar menjadi buyer. Ebay aku buat suka-suki je dalam dropshipping buat masa ni.

Antara kelemahan ketara butik muslimah aku tu adalah dari segi kaedah pembayaran yang masih kebanyakannya kurang jelas. Lagi satu perkara ialah senaraian harga yang berdasarkan USD, di mana kebanyakannya menyangka harga produk terlalu murah (RM).

Walhal, sudah terang lagi bersuluh, akan harga yang tertera simbol $.. uishh..letih juga menjawab , memberikan 'instruction' kepada 'potential buyer'. Nasib baik aku dah mula menumpukan kerja dari rumah  sahaja, maka banyak kali asyik menjawab soalan 'bakal pelanggan' samada melalui emel atau sms.

Berbalik pada tajuk, aku kadang-kadang berperang dengan diri bila kurang jualan butik online, atau tiada langsung dalam satu hari. Adakah aku tidak berusaha (maksudnya pergi masuk pasar malam). Sebenarnya keputusan aku berhenti pasar malam tu selepas aku ambil kira beberapa faktor. Aku akui aku tidak sesuai untuk menjaja begitu. Bukan sebab aku berstatus graduan universiti, tapi aku kenal pasti kelemahan aku sebagai penjaja - aku tak perlu tulis kat sini, sebab rahsia sulit woo.. untuk post-mortem je.

Sebenarnya aku sekarang cuba sebaik mungkin fokus dengan 2 kerja sahaja buat masa ini. Jualan produk fizikal, dan juga niche blogging. Terima kasih pada 2 sifu aku, Rohaizad dan Catzer yang memberikan panduan serta teguran membina dalam mengharungi bidang yang masih baru di Malaysia ini. Semoga Allah dapat memberi ganjaran kepada ilmu yang dicurah itu. Terima kasih juga buat Megat dan Bro Azam dalam membantu aku mempromosikan Muhasabah Trading.

Aku sudah berusaha dengan cara aku. Cuma kena banyakkan bertafakur, menghitung salah dan kurang kita samada kepada sesama manusia, dan juga kepada Allah. Aku cuba sebaik mungkin
untuk berpegang pada janji. Ya Allah permudahkan jalan hambaMu ini, berilah keredhaan dan tetapkanku dalam iman.

Amin.

Kenapa kita masih tak kaya tapi dah kerja kuat, overtime pagi petang siang malam?

Kenapa kita ditimpa mala petaka walaupun hari-hari solat?

Kenapa kita diuji dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan saudara-mara serta rakan-rakan?

Kenapa awek kita lari tinggalkan kita, walaupun balak baru dia lagi tak hensem daripada kita?

Kenapa.. dan kenapa?


Mungkin kau, mungkin aku, pernah bertanya soalan demikian pada diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa pelik dengan kekurangan diri. Rasa kecewa dengan ujian yang diberi.

Segala kejadian hanya datang daripada Allah. Aku yakin, kita selalu mendengar, "Yang baik datang daripada Allah, yang buruk, datang daripada kita semua". Sebagai manusia terpelajar, cuba renungkan dan fahamkan 1 ayat itu sahaja.

Ramai orang sibuk memperkatakan hikmah, dan menyeru supaya kita bermuhasabah diri. Muhasabah itu tak cukup, jika tak disertai dengan taubat. Seeloknya solat taubat dan solat syukur dilakukan setiap hari. Sessi menghadap tuhan, yang Maha Agung. Meminta maaf dan berterima kasih. KepadaNya kita meminta dan kepadNya kita berserah.


Mungkin hari ini kita tak bernasib baik, diberi ujian, ditimpa musibah. Waktu bermuhasabah itu, fikir kembali salah kita, silap kita kepada Allah. Jangan mengeluh, dan tak perlu menyesali nasib diri. Semua itu ketentuanNya. Fikir secara dalam dimana kurangnya janji kita, kata-kata kita serta perbuatan kita.

Untuk yang berada di atas, jangan fikir anda kekal bersenang-senang selama-lamanya. Mungkin esok segalanya lenyap, siapa tahu? Beringat, tawaduk serta merendah diri. Banyakkan bersedekah, jangan kikir, jangan pandang rendah manusia lain. mana tahu, tahun depan, orang yang susah itu memberi pertolongan pada anda yang tiba-tiba bankrap, muflis tak berduit.

Fikir-fikir, renung-renungkan untuk  peringatan kita bersama.


Ok, aku sebagai pakar penulis blog yang dah diiktiraf di seluruh pelusuk cakerawala ingin memberi tips terhebat maha agung bagaimana untuk menulis blog ketika tiada idea.

Untuk permulaan, kita kaji dan tanya diri sendiri apa yang nak ditulis. Kemudian, catatkan isi-isi penting atau boleh dikatakan sebagai keywords.

Kemudian, mulakan berangan, menerawang, menjelajah ke setiap otak manusia di kawasan persekitaran (waktu ini, bayangkan anda sebagai professor Xavier dalam cerita X-men). Curi idea, dan baca fikiran orang lain. Ambil apa yang mereka mahu (sebagai pembaca).

Ok, cukup.. cukup.. limitkan kepada 100 orang sahaja sehari. Jangan lebih, nanti overload la plak nak mengarang. Nampaknya isi-isi penting dah ada, cuma yang perlu sekarang ialah kemahiran anda sebagai blogger hangat untuk menambah rasa dan perisa untuk entry terbaru.

Jadi, anda rasa bersedia untuk menulis sekarang? Jangan marah ok, sekali sekala merapu bila nak menulis tapi takde idea... macam ni lah jadinya.

p/s -entry yang berbaur poyo :D


 credit to google image

Jam di laptop aku menunjukkan angka7:32am, maknanya kejap lagi akan bermulalah waktu kerja untuk hari pertama dalam minggu ini. Tak dapat lari, mesti pergi masuk ke pejabat atau tempat kerja. Mood bercuti pada hari semalam masih belum hilang, apatah lagi kalau penat seharian berjalan ronda-ronada kotaraya.

Aku masih lagi didepan laptop, bersengkang mata, menyiapkan kerja-kerja upload butik online. Sambil tu curi-curi masa update blog. Dah itu yang aku pilih, blogging dan online bisnes. Kaya? Belum lagi. Cuma aku senang bekerja dari rumah.

Kalau selama ini, aku terpaksa bekejar ke pasar malam, expo (karnival), pasar tani sambil menguruskan perniagaan online. Tapi sejalk minggu lepas, aku nekad untuk jadi blogger sepenuh masa + IM (internet marketer). Aku tak terkejar buat semua tu. Aku hanya ada 2 tangan dan 2 kaki. Tak lebih, tak kurang. Kudrat aku pun terbatas.

Isteri aku cadangkan aku untuk minta kerja di firma arkitek, sebab katanya aku dah tak perlu masuk pasar malam. Tapi aku bertegas dengan fleksibel masa yang aku ada.

Kini aku sedar, kalau dulu aku ada cita-cita nak jadi jutawan. Sekarang aku akur, biarlah hidup sederhana mewah, yang penting hati dan jiwa tenang. Tenang dalam pelbagai sudut. Tenang tanpa tekanan, tenang untuk menunaikan kewajipan hamba terhadap Allah swt.

Setiap orang ada prinsip masing-masing. Setiap manusia ada cita-cita dan tekad untuk menggapai impian. Aku pernah merasa hidup dalam kemewahan. Aku juga pernah jatuh tersungkur dan segalanya lenyap. Biarlah aku bangkit semula, tapi dalam keadaan besederhana dalam segala sudut; man-man kata orang Cina.

Untuk yang ingin masuk bekerja, selamat bekerja dengan tekun dan penuh amanah. Jangan curi tulang, jangan tuang kerja. Setiap detik dan ketika anda bekerja adalah satu tanggungjawab, kalau bukan di dunia kita ter'kantoi' mengular, di akhirat sana menjawab tak terkata.

Bagi para usahawan, peniaga serta blogger sepenuh masa. Gua respek sama lu semua. Hati kena cekal, jiwa kena kental

Bukan senang nak senang, tak susah nak susah.

Wasalam

45% belia tidak tahu 15hb Mei adalah hari belia kebangsaan. 1Belia, 1Malaysia. Belia bakal menggerakkan negara, menjana kekuatan dan kestabilan politik serta ekonomi mendatang.

Jadilah seorang belia yang mampan dan berwawasan. Boleh tengok Al-Kuliyyah kat SINI. Irfan Khairi sebagai salah seorang tetamu. Aku sendiri tak sempat tengok,internet tengah 'slow mtotion' sebab dah habis guna quota untuk 3 Gig (Maxis wireless ). Nampak gaya kena upgrade


Salam semua,

Sempena hari Jumaat yang menjadipenghulu segala hari ini, marilah sama-sama kita merenung sekejap dan bertazkirah. Luangkan 10 minit ke arah kebaikan itu 1000 kali lebih baik daripada membuang masa ke arah perkara yang lagha.

Anak seperti mana yang semua maklum adalah permata hati, penyeri hidup, buah hati intan payung. Tapi adakah kita benar-benar menjalankan tanggungjawab dan amanah dalam mendidik serta memberikan bimbingan kepada 'kain putih' itu?

Sekarang kita dengar dan saksikan sendiri di dada-dada akhbar serta di peti tv, pelbagai gejala sosial, keruntuhan moral serta akhlak di kalangan remaja. Anak siapa tu? Adakan anak-anak kita? Atau anak jiran kita? Nauzubillah.. minta dijauhkan anak-anak serta keturunan kita daripada gerbang neraka tersebut.

Anak-anak perempuan yang belum berumahtangga, menjadi tanggungjawab kedua orang tuanya, manakala anak lelaki akan ditanggung sedikit sahamnya sampailah ke akhir hayat. Memang besar tanggungjawab ibu bapa. Bukan setakat habiskan sekolah, sampai masuk U. Segala perbuatan dan amalan mereka masih lagi kita pegang, walaupun dari segi materialistik, mereka sudah pandai berdikari.

Jadi, untuk mengelakkan nasi menjadi bubur, buatlah pantauan serta bimbingan sejak dari akar umbi, daripada asas. Kuatkan tapak rumah, kalau tidak mahu rumah roboh. Tiangnya kena kukuh. Begitu juga anak-anak, terapkan nilai serta didiklah sementara rebung belum menjadi buluh (keras, buat meriam bolehlah).


klik banner

Untuk penutup sedikit perkongsian ilmu ini, saya menyarankan buku tulisan Ahmad Fairoz @ Nuaeman yang telah pun melancarkan buku panduan Formula Anak Mendengar Kata. Tak rugi melaburkan sedikit RM kita untuk secebis ilmu, berbanding spoiler kereta, atau koleksi tudung terkini yang jauh lagi mahal.

Kickdefella blogger yang tiba-tiba 'famous' dan 'glamorous', akibat kekecohan dakwaan RM4 juta yang diterima beliau untuk upah memburuk-burukkan Pak Lah.


Blogger Kickdefella @ Syed Azidi Syed Abdul Aziz semalam menyerahkan lagi beberapa dokumen tambahan di ibu pejabat SPRM (Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia).


Beberapa petikan akhbar terkini:




Umno Kelantan Sifatkan Tindakan Pas Peruntuk RM4 Juta Burukkan BN Sebagai Keji

KOTA BAHARU, 29 April (Bernama) -- Umno Kelantan mendesak kerajaan negeri mendedahkan sumber peruntukan RM4juta selama tiga tahun yang menurut satu laporan blog adalah bagi memburuk-burukkan pentadbiran bekas perdana menteri Tun Abdullah Ahmad Badawi dan memastikan PAS kekal memerintah Kelantan. ... BERNAMA

Bernama
Friday, April 30th, 2010 23:03:00
PUTRAJAYA: The Malaysian Anti Corruption Commission (MACC) on Friday confirmed that statement was recorded from blogger Kickdefella, Syed Azidi Syed Abdul Aziz with regards to his claims that he had received RM4 million.

MACC Investigations director Mustafar Ali when contacted by Bernama said Syed Azidi arrived at the MACC headquarters here at 6pm. .. Malay Mail

4 juta boleh tahan banyak tu. Untuk orang pertengahan, bertahun-tahun kerja banting tulang belum tentu dapat merasa sebelum pejamkan mata.

Alexa ranking, sudah tentu mencanak-canak pergi bila semua orang terjah blog yang dah memang agak terkenal tu.

Jap, aku nak berangan nak buat apa dengan duit 4 juta.

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki