Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Ceria-ceriakan hari anda. Jangan bersedih dan murung. Relaks okay. Jangan tensen kalau sapa-sapa yang telah kehilangan pasukan kesayangan dalam piala dunia FIFA 2010.

Bergembiralah, kalau rasa gembira...


Cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat dan aku pun memulakan tugas sebagai bapa mithali untuk cuti-cuti Malaysia semester persekolahan yang berlangsung selama 2 minggu.

Sebagai pembuka tirai aku dan Adam Harith pergilah menonton wayang cerita Shrek – Final Chapter dalam versi 3D. Uishh.. kagum betullah kali pertama dapat rasa pengalaman 3D dalam panggung. Semuanya macam lalu depan muka kita.. real! Terlopong kejap aku...

Kalau tengok gambar ni, apalagi, bertih jagung berlogo Shrek, yang berbesar hati untuk bergambar bersama cermin mata 3D Dolby Digital. Untuk versi 3D, kita memanglah kena pakai 'spec' canggih ni. Kalau tak pakai, memang takde 'feel' nak menonton sebab gambar akan jadi kabur.

Adam lagilah plak, ajak aku rembat spec ni. Aku cakap mana boleh, dahlah kat situ ada 'warning detectable tagging' tapi aku pesan kat dia, paling utama berdosa dan salah untuk mencuri.

Dah penat menonton dan kenyang makan pop corn & jajan, apa lagi..balik kami berdua kerumah. Seronok, terhibur dan lupa seketika masalah dalam kepala otak ni. Kalau sapa-sapa belum tonton cerita tahap 'best gaban' ni, korang boleh usya trailer kat bawah ni... jom layan...

Main-main diaorang ni dengan isu halal. Ambik ko TESCO, sendiri mau ingat la. Isu makanan halal sangat sensitif untuk penganut agama Islam. Jangan ambil mudah, RM1.6 juta kalau kena bayar, letih juga TESCO, walaupun diaorang untung setahun lebih dari tu.



31 Mei, 2010 17:59 PM

Peniaga Saman Tesco RM1.6 Juta Kerana Jual Ayam Tidak Halal

PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya Isnin memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.

Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.

Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.

Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.

Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
 Bacaan lanjut di BERNAMA

Nak cakap lebih-lebih, mungkin tak banyak perubahan dan tindakan yang kita boleh ambil. Cuma doakan para sukarelawan yang terperangkap dalam 'pengganas komando Israel' terselamat dan berjaya meneruskan operasi ke Palestine.

Untuk mengecam dan melahirkan protes, sekurang-kurangnya banner Israel sucks ini dapat menyedarkan dan menyumbang sesuatu. Kalau anda semua nak lebih berani, tukarkan avatar di facebook dengan banner ni.

Mulakan tindakan, jangan cakap je lebih.

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki