Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Buat kali kedua untuk bulan ini, bandwidth abis lagi. 2 hari sebelum habis bulan Ogos, 10gig 'extra' habis dikerjakan dalam masa 5 hari sahaja. Malas nak tambah, biarlah 31 Ogos ni merdeka tanpa online store. Nanti masuk 1 hb September, baru ON balik...

Oklah, nak bersahur dulu.

Wsalam


Salam semua.

Entry ni sekadar menyampaikan secebis ilmu berkenaan 'riak' @ takbur. Perkongsian ni aku pernah baca satu ketika dulu. Tapi sebab aku ni bukannya orang yang layak untuk menyampaikan kuliah agama dan untuk mengelakkan kesilapan, aku hanya 'copy paste' daripada "Antara Sombong.. Bongkak.. Angkuh dan Takbur ..".Untuk tatapan dan renungan kita bersama.

Imam Ghazali memberi beberapa panduan untuk mengelakkan sikap takbur yang ada dalam diri manusia, iaitu :


  • 1. Apabila berjumpa kanak2, anggaplah mereka lebih mulia daripada kita kerana kanak2 belum dibebani dosa.
  • 2. Apabila berhadapan dengan orang tua pula, anggaplah mereka juga lebih mulia kerana mereka lebih lama beribadah daripada kita.
  • 3. Apabila berjumpa orang alim, anggaplah dia lebih mulia kerana banyaknya ilmu di dadanya.
  • 4. Apabila melihat orang jahil anggaplah mereka lebih mulia kerana berbuat dosa kerana kejahilan sedangkan kita dosa dalam keadaan mengetahuinya.
  • 5. Apabila berjumpa orang jahat, jangan anggap kita mulia. Tetapi, katakan, mungkin orang jahat itu akan bertaubat pada masa tuanya, sedangkan kita belum tahu bagaimana akhirnya kehidupan kita.
  • 6. Apabila bertemu orang kafir katakan, belum tentu dia akan kafir selama-lamanya.

Pagi tadi selepas subuh, aku tengok jumlah bandwitdh yang tinggal- hanya ada 2g sahaja. Alamak, memang nahas aku. Hosting company belum balas lagi emel aku yang dihantar tengah malam. Jadi aku tidur dulu.

Dalam tengahari, aku cuba buka MuhasabahTrading.com, dan macam yang dijangka.. bandwidth sudah habis.... Tak lama lepas tu, aku dapat emel balasan daripada exabytes dengan beberapa sebut harga upgrade. Aku tergamam juga dengan harga upgrade pakej hosting. Jadi aku emel sekali lagi hanya untuk 'add on' bandwidth untuk 10g sahaja.

Dan baru je sebentar tadi aku dapat kepastian bahawa RM40 diperlukan untuk tambahan 10g. Ada juga terfikir untuk membeli hosting baru, lepas eTomyam kata dataKL punya upgrade tak mahal. Tapi lepas tengok pakej hosting, rugi la pula nak beli pakej hosting baru. Baik tambah je setakat untuk bulan Ogos ni.

Dahlah, malas mau pikir. Mau buat benda lain, tak pun merayap jap cari mee maggi + jajan-jajan kat 7 eleven  untuk riadah perut... babai.. :)


Comel tak Lisa Surihani dengan gaya muslimah?

3 hari lepas aku ada hubungi support Exabytes menanyakan tentang tambahan 30g untuk Bandwidth. Ini adalah langkah berjaga-jaga, sebelum butik muslimah aku tu padam sebelum habis bulan. Maklumlah, bulan lepas, online store tu padam 2 hari sebelum tamat bulan Julai. Tapi kali ini, ada baki 3.2g sahaja untuk menempuh 11 hari lagi.

Masak....  Memang kena tambah Bandwidth. Tapi harga invoice yang diberi memang tak pedihkan mata, RM120.00 sahaja, tunaiiiii. Boleh bayar guna paypal. Tapi aku teragak-agak la plak sekarang ni. nak tambah 10g ke, 20g ke atau 30g? Karang tak cukup lagi kalau tambah sikit. Kalau ikutkan hati, nak tambah 10g je, pastu baki paypal nak cashout.

Rugi plak nanti bayar banyak-banyak tapi tak habis guna. Lagi satu, benda ni hanya  untuk waktu puncak menjelangnya raya. Dah habis raya, aku pasti tak banyak dah pageviews untuk butik online tu. Yang rasa kelat plak pasal ramai yang datang window shopping.. tengok-tengok survey harga. Pastu pergi bersama angin monsoon lalu.. Mungkin sebab produk tersenarai tak cukup kaw macam kopi cap kapal layar.

Panjang juga aku membebel awal-awal pagi ni. Ingatkan nak tulis pendek. Tapi aku tak tau nak berkongsi dilema ni dengan sapa. Walau bagaimanapun, aku nak tunggu sehari dua. Tengok keadaan macamana. Mungkin lepas aku upload koleksi baju kurung moden, keadaan akan berubah?

Wish me luck!


Jumaat lepas aku dapat satu bungkusan nipis daripada encik posmen yang bertugas. Aku belek-belek, tertulis alamat pengirim di belakangnya. Oh, baru aku teringat, ni adalah janji Nuaeman pada 5 orang yang bertuah di blognya. Terima kasih bro.

Aku dapat hadiah sebuah buku 'Adab Ramadan: Ramadan Pencetus Kecemerlangan Dunia dan Akhirat', hasil nukilan Absyar Fuad & Suzana Ismail. Terima kasih kepada Nuaeman Bookstore, yang menyumbangkan sebingkis ilmu untuk menjadi santapan minda di bulan puasa.

Insyaallah aku akan cuba baca sekerap mungkin untuk menghabiskan kandungan buku ini.  Yelah, karang rugi plak dah habis puasa tak baca-baca lagi buku tentang adab bulan puasa ni.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada Nuaeman yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. Aku juga ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas pelancaran Nuaeman Bookstore : Kedai Buku Online. Semoga usaha murni tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.

Perut kosong, mata mengantuk, otak separa 'jam'.. Mungkin sebab kurang gula dan cecair dalam badan, atau sebab tiadanya nikotin memasuki darah.

7.15pm, memang dah dekat sangat dengan waktu berbuka puasa di Muar. Ada lebih kurang 6 minit lagi. Aku dah 2 jam rasanya menghadap laptop ni, cuba mengarang entry untuk niche blog. Sebu je otak, tak boleh nak jalan sangat. Oleh itu, aku bermain-main Yahoo pool sambil mengarang baris demi baris ayat dalam bahasa kedua kita. Haiishh.. serius otak aku kurang berinteraksi dengan jari-jariku.

Satu entry dah siap waktu Asar tadi. Ni ada lagi satu entry nak dibuat, tapi yang malas, sebab dah buat dah tajuk tu. Keyword pun sama. Tapi diaorang suruh buat lagi, takkan nak tolak plak USD. Semalam dah tolak satu job sebab dia bagi warning, "jangan buat kalau pernah amik job daripada dia dalam masa 90 hari yang lepas)".

Ni sambungan lepas berbuka. Ada lagi perkara yang nak diperkata tapi nantilah, buat entry lain plak. Harapan aku agar dapat sempurnakan puasa kali ni dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Amin. Ok, nak sambung buat entry.

Wasalam

Salam Ramdhan 1431H,

Aku dah niat puasa untuk sebulan, jadi takde masalah alasan macam masa kecik-kecik dulu lupa niat.. :P Jadi kepada seluruh muslimin dan muslimat di serata dunia yang memulakan Ramdhan esok, ku ucapkan selamat menempuh Ramadan dengan penuh keberkatan dan kesabaran. Hadapailah ujian bulan puasa ini dengan tenang, tawaduk serta ikhlas.

Perangilah nafsu membeli belah secara rambang, berpada-pada ketika membeli juadah berbuka. Man-man bro... jangan ,membeli makanan macam orang tak makan nasi 3 minggu.

Aku juga nak ucapkan terima kasih tak terhingga kepada seorang kakak, sahabat maya dan juga mentor blogging yang sudi menempatkan ruang kepada seorang sahabat untuk menumpang kasih trafik.

Akhir kata, seribu keampunan dan kemaafan ku pinta buat sahabat blogger, sahabat 'real' dan sesiapa sahaja yang pernah aku tersilap daripada segi perbuatan mahupun percakapan. Semoga Ramdhan ini disinari dengan Nur & Hidayah daripada Allah swt.

Selamat berpuasa.

Baru kejap tadi aku dapat satu emel dengan 'attachment' gambar. Tajuk emel sengal. Aku mulanya tak nampak apa silapnya dengan gambar itu.

Korang nampak tak?

kredit gambar huffingtonpost


Matador Julio Aparicio, (Bullfighter Gored In Throat) memang bertarung dengan maut bila lembu yang cuba dijinakkannya tiba-tiba dapat 'ceduk' tekak mamat ni, tembus ke mulut. Dalam video youtube ni, sekejap je tanduk tu lekat di tekaknya.  Tapi atas ketangkasan jurugambar pro, aksi ni nampak lebih dramatik diabadikan dalam bentuk foto.

Awas, sesiapa yang lemah semangat, tolong jangan tengok video ni ok....



Pepatah Melayu, seperti nyawa dihujung tanduk... boleh guna tak untuk aksi ngeri ni?

Semalam, masa aku masuk blog Bluedianthus, aku perasan ada satu banner, rupanya macam kat bawah ni:



Aku klik dan aku tengok, wah! Kagum 5 minit... Sebab utama, mee siput* memang la makanan asasi masa kat sekolah agama kecik-kecik dulu. Yang kedua, sebab tokey mee siput ni telah keluar dari kepompong penjual mee siput yang lain. Apa tu, dah masuk online. Boleh order sahaja walaupun berada di hujung Malaysia.

Untuk warga Muar, mi siput memang menjadi kegemaran dan santapan yang 'best'. Untuk warga-warga daerah lain di negeri Johor, aku kurang pasti berapa kencangnya penangan mee sipot ni. Seingat aku masa bersekolah di Kluang dulu, memang ada.

Apa-apa pun, tahniah kepada SMART RAUDAH ENTERPRISE yang beroperasi di Sungai Abong, Muar kerana berjaya membuka lembaran baru dalam perniagaan online. Mee siput mereka sudah siap bergoreng dan mempunyai sambal tumisnya sekali. Aku memang pasti makanan istimewa ini sukar untuk mendapatkannya di pasaran luar Johor.

Jadi bagi sesipa yang gian makan mee siput, boleh 'order' saja. Diaorang boleh pos, dan biasanya esok sampai. Yang tak pernah makan mee siput, ada bran mau coba? Memang mee sedap!



* mee siput merupakan mee yang dikeringkan dan berbentuk lingkaran (elipse). Kebiasaannya, ia digoreng dan dimakan bersama-sama pencicah sambal tumis. Mee siput juga boleh dibuat bubur (pengat).


Entri ini diterbitkan atas dasar menyahut cabaran Ijad, dan juga memeriahkan suasana berblogging yang kadang-kadang suram dengan ketandusan idea serta jiwa kacau.

Aku sekarang ni memang kurang ghairah untuk berblogging. Mungkin perkara utama disebabkan oleh faktor sibuk dengan busana muslimah aku tu? Atau aku sedang berperang dengan jiwa kacau? Entahlah, aku sendiri kurang pasti untuk menjawabnya.

Ada ketikanya aku mencongak dan mengira kebarangkalian untuk meninggalkan dunia perniagaan dan blogging yang aku buat waktu ini. Meninggalkan status bekerja sendiri untuk memasuki alam pekerjaan kolar putih? Ahh.. aku bingung juga.


Walaupun kadang-kala bisnes itu ada turun naiknya., dan ada pasang surutnya. Aku tetap sayangkan  bisnes yang aku jalankan... Tapi aku agak buntu bila mak asyik menyuruh aku memohon kerja yang setimpal dengan kelulusan yang aku ada, sedangkan jiwa aku adalah jiwa berniaga.

Aku rasa tersepit..

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki