Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search


Baru minggu lepas rasanya aku mendapat BE baru daripada Olay, semenjak sekian lama blog pakaian muslimah kekal dengan satu BE yang bertahan hampir 3 bulan. Akhirnya BE daripa iklan Sanofi Lactacid gugur menjadi ME, 3 hari lepas, seterusnya melayakkan aku menekan butang 'cash out'. RM 13100 dituntut untuk dihantar ke rumahku dalam bentuk cek.

Bukan angkuh mahupun riak yang mahu ku tonjolkan di sini. Sekadar berkongsi perasaan gembira menerima duit hasil daripada blogging. Entry ini juga untuk penguat semangat bagi mereka yang masih kepingin merasai wang internet.

Pertama kali menunggu duit berblogging daripada Nuffnang memang menyeksakan. Tak salah aku hampir 2 tahun aku menunggu. Tapi bila dah 'pecah telur', Alhamdulillah, bila dah dapat yang pertama, yang kedua, ketiga dan seterusnya menjadi lebih mudah. Pokokpangkal, kenalah tekun dan tidak mudah putus asa.

Siapa kata buat duit melalui internet itu tipu, bohong dan dusta?

Google mempelawa orang ramai mengisi kekosongan jawatan jurutera IT, pegawai pemasaran, pengaturcara computer dan yang sewaktu dengannya...


Google cari 2,000 pekerja


2010/11/20
SAN FRANCISCO: Firma terkenal web, Google Inc merancang untuk mengambil lebih 2,000 pekerja di seluruh dunia bagi menambahkan tenaga kerjanya berikutan kejayaannya meluaskan pasaran baru selain persaingan hebat dengan pesaing yang tumbuh dengan pesat.

Ketua kewangan enjin carian internet terbesar dunia itu memberitahu pelabur pada September lalu bahawa industri internet berhadapan dengan ‘perang bakat’.

Oleh itu, ia menawarkan peluang kerja dengan menyenaraikan 2,076 jawatan melalui halaman webnya, menurut laporan agensi berita, semalam.
Peluang kerja terbabit hampir enam kali ganda daripada peluang kerja pada Mac 2009.

Penawaran peluang kerja terbabit sejajar dengan pembelian 20 firma pada tahun ini. – Reuters


berita harian online

Amacam? Ada bran?



Aku pelik dan tak pasti bagaimana permainan Alexa sebenarnya. Ini berdasarkan blog dan website yang aku ada.

Aku terpinga-pinga bagaimana blog pakaian muslimah dan website jualan yang agak tinggi trafik melalui 'organik search' hanya terdampar di paras 900,000 - 1 juta (blog; trafik 250 - 490 unik sehari), manakala butik online pakaian muslimah kekal di paras 525,00 - 498,000 sahaja (trafik +/- 300 unik sehari).

Tapi berlainan pula dengan niche blog aku yang tak banyak trafik, apatah lagi melalui carian organik yang 'ciput'. Kalau aku rajin 'drop entrecard', sekajap je mencanak-canak turun Alexa. Dalam tak sampai sebulan, 1,000,000 kepada 600,000 sahaja. Blog ni hanya mendapat kurang 20 organik trafik sehari, manakala trafik daripada entrecard dropper menjangkau 20 - 150 unik sehari


Dulu aku selalu percaya pada trafik yang menentukan Alexa ranking sesebuah website atau blog. Tapi kini aku keliru dengan tatacara Alexa menentukan kedudukan popularnya web atau blog.

Apa komen anda? Ada buah fikiran yang bernas untuk dikongsi?

Inilah gambar ketupat yang masih suam-suam kuku


Hari ini aku memang amat mengantuk, sebab semalaman aku menganyam ketupat seorang diri sambil melayari internet dengan kelajuan tahap 'dial up'. Sementara loading, aku menganyam ketupat satu demi satu.

Selepas wukuf di Arafah, maka akan menjelmalah hari raya Haji (Korban). Bagi umat Islam di Malaysia, kemeriahan raya haji tak sebegitu meriah dirayakan. Mungkin sebab tiada jualan murah 'penghabisan stok' atau sebab tanpa sebulan berpuasa, kehangatannya tidak dirasai.

Bagi aku, macam biasa je. Memang tak begitu ghairah menyambut raya qurban. Mungkin sudah jadi tradisi keluarga dan masyarakat setempat yang tidak meraikannya dengan besar-besaran, kecuali acara qurban dan aqiqah yang mengambil tempat di masjid-masjid.

Ok, berbalik pada cerita asal aku tentang rendang dan ketupat. aku sememnagnya peminat ketupat nasi (yang asli, bukannya ketupat segera nasi himpit di dalam karung plastik). Pada aku, rasanya sama sekali berbeza, sama juga jika kita makan nasi lemak daun pisang berbanding dalam bekas makanan 'polystyrene'.

Mungkin aku tidak menerima teknologi (nasi himpit segera), yang jauh lagi cepat, mudah dan sedapppp (macam iklan dalam tv). Tapi pada aku, tekak tidak boleh menipu. Aku tetap dengan ketupat asli daripada pucuk daun kelapa. Yang aku pasti, semakin ramai tidak pandai menganyam ketupat, hanya beli sahaja di pasar sebab memang menjimatkan masa.

Kalau 10 tahun ke belakang, tradisi menganyam ketupat dibuat beramai-ramai anak beranak. Pastinya disulami gurau senda serta bualan gossip hangat isu semasa. Tapi sekarang semua orang mengejar masa yang tak pernah cukup walaupun ita dikurniakan 24 jam sehari.

Apa-apa pun, masa merubah segalanya. Cuma kita sahaja yang dapat mengimbau memori daun pisang mengekalkan tradisi. Yang pasti, ketupat yang aku anyam, dah siap di rebus mak.. cuma nak ngap je bila rendang siap.. :P

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki