Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search

Entah kenapa hari Khamis lepas fikiranku agak tepu. Monitor laptop kutatap berulang kali. Jari jemari menggodek-godek menekan-nekan tetikus dan papan kekunci. Namun tak dapat aku memberikan fokus untuk mengemaskini senarai jualan produk muslimah.

Mungkin aku lama sangat terperap hampir seminggu di dalam rumah. Atau ada hari-harinya yang aku perlukan 'time-off'. Semakin aku memaksa diri membuat kerja online, semakin aku hilang punca.

Ahhh.. sakit! Apa dah jadi ni? Soal hatiku. Tup-tup, isteriku mengajak ke kedai untuk membeli roti. "Jom!", tanpa lengah, aku mempersetujui cadangannya.


Lepas mendapatkan roti, aku pun menghala ke destinasi biasa, 'port' lepak menenangkan fikiran. Tak jauh pun pantai Siring tu. Lebih kurang 2-3km dari rumah nenek Najwa di Sempang Pantai. Pantai Siring ni letaknya bersebelahan dengan Anjung Batu; salah satu jeti untuk ke Pulau Besar.

Sampai di sana, aku pun memberikan’lampu hijau’ untuk melepaskan Ahmad Iqbal bermain-main di gigi air. Bukan main kepalang seronoknya. Terkekek-kekek dia melarikan diri dari gelombang ombak.



Yang pasti air liur akan meleleh ‘show’ dengan perkara yang menarik fokusnya. Aku melayankan sahaja karenahnya. Sesekali, aku merenung ke Pulau Besar yang pada mata kasarku, kurang 10km jarak dari pantai.

Lapang sungguh dadaku. Tenang buat seketika merenung kebesaran ciptaan Allah swt.

Syukur aku padaNya kerana masih lagi dapat menikmati nikmat hidup. Yang pasti, seluas laut mata memandang, sebesar itulah harapanku pada Ahmad Iqbal dan Adam Harith.

Moga kedua-keduanya menjadi anak-anak yang soleh, berjaya dunia dan akhirat. Amin.




Hari itu seperti lazimnya aku ke ibu kota atas urusan perniagaan. Kereta diletakkan di Melaka Sentral dan aku menaiki bas ekspres Transnasional. Sejurus bas mula bergerak, aku merelakan diri lena diulit mimpi. Mungkin dapat mimpi jumpa puteri kayangan, takpun jadi jutawan?

Lebih kurang 4 jam di KL, maka selesailah segala urusan. Sempat aku solat Magrib di Masjid Jamek. Selepas solat, aku bergegas menuju ke stesen LRT untuk meneruskan perjalanan pulang ke Bukt Jalil.

Dalam pada itu, aku ternampak seorang lelaki pertengahan umur berjalan menggunakan topang. Dia juga menuju ke stesen LRT. Langsung tidak kelihatan kekok dia menggunakan topang tersebut. Sebelah kakinya pendek, hanya di paras lutut kaki kanannya yang normal.

Tatkala aku tinggal beberapa tapak sebelum memijak tangga stesen LRT, lelaki tersebut jatuh secara tiba-tiba. Aku bergegas meluru ke arahnya. Rupa-rupa, topangnya patah dua. Beberapa orang yang sedar kejadian itu, mula mengelilinginya.

Dia jelas tampak gelisah. Mana taknya, dia langsung tak mampu untuk berdiri tanpa bantuan. Sambil itu, dia menahan sakit dibahagian jari jemarinya akibat terhentak ke aspal. Kemudian dia berkata, "Siapa-siapa yang ada motor, saya minta jasa baik tolong hantarkan saya ke rumah. Rumah saya kat Sentul", ujarnya lagi.

Masing-masing terpinga-pinga sebab hampir semuanya di situ menaiki LRT, termasuklah aku. Mana nak cari motor. Aku bukannya kenal siapa-siapa pun di situ.

Tiba-tiba, seorang lelaki menyuarakan hasratnya menolong memapahnya sampai ke tepi jalan. “Takpe bang, saya tolong papah abang, lepas tu kita tahan teksi”. “Tapi, saya duduk rumah flat. Sampai sana, saya kena ada orang yang tolong saya untuk masuk lif dan naik keatas”, ujar lelaki bertopang.

Buntu lagi. Masing-masing terdiam. Sambil itu, peniaga yang ada bersebelahan kami cuba mencari-cari pemilik motorsikal yang sudi untuk menghantar lelaki bertopang pulang.

Lelaki bertopang nampak resah. Jam sudah menghampiri 8.30 malam. Warga kota sibuk lalu lalang di sekeliling kami, seolah-olah tiada apa yang istimewa berlaku. Mungkin mereka hendak cepat sampai ke destinasi yang dituju.

Masa berdetik. Masalah lelaki bertopang masih belum selesai. Si lelaki yang berhasrat memapahnya mencelah lagi, “takpe bang, saya ikut abang. Saya hantar sampai ke rumah”.

“Tapi saya berat. Suasah awak nak papah saya”, lelaki bertopang masih lagi berat dengan pelawaan lelaki perihatin itu.

Tiba-tiba, ada seorang pakcik datang ke arah kami. Dia berkata, “saya ada motor. Saya hantar sampai ke rumah”. Kesanggupan pakcik bermotor membuatkan kami menarik nafas lega. Syukur, satu masalah selesai. Sebuah kesulitan berjaya diatasi.

Kami semua menolong mengangkat lelaki bertopang bangun dari duduknya. Begnya diletakkan ke dalam raga motosikal. Dia mengucapkan berbanyak terima kasih kepada semua yang membantunya.

“Terima kasih kerana perihatin”, ujarnya. Satu ungkapan yang aku rasakan sungguh besar maknanya bagi lelaki bertopang. Sungguh ikhlas kurasakan ucapanya yang ringkas itu.

Aku berasa syukur lahir dalam keadaan sempurna tubuh fizikal dan mental. Tika itu dapat aku rasakan betapa perlunya aku bersyukur. Walaupun ada tikanya berasa sangat susah ditimpa ujian Allah s.w.t, masih ada insan yang diberi ujian dan dugaan yang lebih besar.

Jika secebis ujian menjadikanku ‘jiwa kacau’, apalah sangat jika dibandingkan dengan lelaki bertopang. Saat detiknya dia jatuh sebentar tadi, memang luluh segala kekuatan. Hanya ehsan yang ditagih.

Tapi aku pasti, ada kekuatan dalam dirinya yang jauh lebih besar berbanding jiwa kacau yang melanda diri. Syukurlah aku masih bernafas dibumi ini, menikmati segala kurniaan Ilahi.

gambar curi cctv pilih coli dari blog Kak Jie 

Memang aku tak percaya kenapa gambar curi aku memilih coli ini keluar pada page 33 google image. Ini gara-gara pendedahan pada blog RezekiMurah yang membongkar segala teka-teki yang berlegar-legar pada minda beberapa pembaca di blognya.

Aku sebenarnya membuat carian imej, gambar samdaddycool, dan pada keyword samdaddycool.blogspot.com, muncullah gambar nak pilih coli, di mana aku pernah memberi komen di blog Kujie2.com dengan nick samdaddycool.

Entry ni sebenarnya banyak bersabit dengan trafik blog marhaen ini yang tiba-tiba meletup dengan keyword Gambar Fasha Sandha mandi. Ini rentetan kisah Fasha Sandha yang tengah panas dalam Metro dan pelbagai blog lagi. Ramai yang sedang cuba mendapatkan gambar mandi pakai bikini.

Jadi, bermain-main keyword panas banyak juga menaikkan trafik sesebuah blog. Cuma berpada-padalah, jangan terlampau lucah macam kisah 'Nasi Lemak 50 sen Nora Danish'.


Aku sebenarnya ada 2 entry hendak dibuat untuk blog ini. Tapi aku terjumpa video pecah perut yang boleh melegakan tekanan. Jadi aku tunda dulu entry tersebut.

Layan dulu video aksi lawak pecah perut ni.

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki