Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search


Hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau
MELAKA 25 Feb. – Polis menyediakan dua laluan berbeza untuk digunakan penyokong Barisan Nasional (BN) dan Pas bagi memastikan mereka tidak bertembung sekali gus mengelakkan kejadian tidak diingini berlaku pada hari penamaan calon Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Merlimau esok.
Ketua Polis negeri, Datuk Chuah Ghee Lye (gambar) berkata, dua laluan berbeza itu adalah laluan dari Serkam ke Pekan Merlimau untuk penyokong BN manakala laluan dari Lebuh Raya Alor Gajah-Melaka Tengah-Jasin (AMJ) ke Merlimau pula dikhususkan untuk penyokong Pas atau pihak pembangkang.
Menurutnya, bagi memastikan penamaan calon berjalan lancar, penyokong BN akan berhimpun di sebelah kanan pusat penamaan calon di Politeknik Merlimau.
“Penyokong Pas pula akan berhimpun di sebelah kiri politeknik iaitu dari arah susur keluar ke pekan Merlimau dari Lebuh Raya AMJ,” katanya.
baca lanjut di Utusan









Hari ini merupakan hari penamaan calon. Aku ada beberapa tempat yang perlu dihadiri. Yang pasti aku bukan pengundi berdaftar di kawasan DUN Merlimau, walaupun aku saban hari bermukim di rumah nenek di Kampung Sempang Pantai, Merlimau. Ini memastikan aku tidak terlibat sama sekali dengan pilihanraya yang bakal berlangsung.


Aku dapat saksikan betapa bertuahnya para penduduk Merlimau dengan kehadiran pilihanraya ini. Mankan tidak, jalan tar berturap baru, lampu limpah dipasang menerangi simpang empat, longkang-longkang konkrit menggantikan longkang tanah, dan banyak lagi rezeki yang diterima.


Aku cuma menumpang tuah rezeki yang diterima. Cuma yang aku tak 'syok' sebab hari ini banyak jalan ditutup sempena penamaan calon. Harap-harapaku dapat meloloskan diri sebab kena ke beberapa tempat yang lain.


Apa-apa pun, aku malas nak ulas panjang.Korang boleh baca sendiri laporan terkini dalam akhbar online. Semoga terhibur dengan hasil rakaman lensa kamera aku, keadaan dan suasana di Merlimau ketika ini.


Nota:
Calon Pas, Yuhaizad Abdullah
Calon Barisan Nasional, Roslan Ahmad

Profesionalisme dan kharisma seorang doktor

Salam semua,

Aku ada menerima luahan seorang rakan yang berhadapan dengan 'egois' seorang doktor, ketika cuba mendapatkan rawatan di klinik panel. Aku tekankan di sini, bukan semua doktor begitu, bahkan etika profesionalisme ini juga terjadi dalam bidang-bidang yang lain juga.

Aku hanya 'cut and paste' luahan beliau di wall facebook, dengan sedikit pembetulan ejaan. Harap para doktor sekalian dapat menerimanya dengan hati yang terbuka. Sila lontarkan komentar dan debat anda jika ada.

**Nama terpaksa ditukar bagi mengelakkan sebarang perkara berbangkit.

Layanan “istimewa” di klinik Al Azim (24jam), Melaka.
by Helmi on Monday, February 21, 2011 at 2:09am

Jam 1145 malam td, aku ke klinik al-azim (24jam), Melaka bagi mendapatkan rawatan kerana sakit yg teramat sgt. Demam, batuk, sakit kepala etc.. setelah 4 hari cuba bertahan, aku tak berjaya dan mengalah akhirnya. Terpaksa juga ke klinik. Sampai diklinik setelah bersusah payah memandu dari pengkalan permai sampai ke bukit baru, aku terlupa membawa buku rawatan.. yang ada di dalam kereta hanyala ID ku sebagai seorang pekerja badan X.

Aku masuk kedalam klinik dan menerangkan yg aku sakit dan tak boleh tahan sakit, sebab tu aku terlupa nk bawa buku.. tapi pembantu klinik itu berkata yang aku tak boleh mendapatkan rawatan sekiranya aku tidak membawa buku.. tapi aku cuba berdiplomasi dengan menyatakan aku dlm kesakitan dan tak sempat nk cari buku rawatan tu, then pembantu klinik itu berkata yang aku kena berjumpa doktor .. untuk berbincang sama ada aku boleh mendapatkan rawatan atau tidak..

Setelah menunggu beberapa minit, aku dipanggil ke dalam bilik doktor.. masuk sahaja kedalam bilik doktor, tanpa memandang kepada ku, doktor yang separuh abad itu terus berkata dlm nada yg agak sombong aku kira, "Ye encik Helmi, saya bagi free je rawatan malam ni.. sebab sy tak mau panjang2kan cerita, tak mau bertekak… sakit ape? I want to cut it short".

Aku terperanjat, bila pulak aku ada membuat sebarang argument? ..
Dia berkata yang dia dah dengar semuanya, dia kata aku nak bertekak dengan dia punya pembantu klinik dan dia tak boleh memberi rawatan kepada aku dan tak boleh membuat tuntutan kerana di dalam undang2 menyatakan sedemikian..
So sebagai gantinya dia memberi aku tawaran rawatan percuma.. tapi dalam nada yang sgt tidak mesra..

Aku terpukul dan terkesima.. ada jugak doktor yang camni? Aku cuma meminta sedikit peri kemanusiaan.. (sebab tak bawa buku rawatan badan X) bukannya aku minta rawatan percuma..

Aku berkata, "Doktor, saya rasa tak sedap menerima rawatan percuma dengan keadaan camni, dengan gaya seorang doktor yg tersangat professional itu.. takpelah"…

Dia berkata lagi, "Cut it short la! Ape awak sakit ni.. jangan risau, saya bagi ubat mahal kat awak", aku terpukul sekali lagi kerana beberapa kali dia mengulangi perkataan itu.

"Ok, saya tak perlukan rawatan dari doktor, terima kasih".

Dia membalas, "Eh saya nak beri hadiah kepada awak, bukan sedekah. Tapi kalau awak tak nak, terpulanglah," sambil ketawa.

Aku rasa sedikit terhina dengan perlakuan doktor R itu.  "Takpela.." aku hanya mampu mendoakan dia terbuka hati untuk bersikap lebih berperi kemanusiaan. Aku keluar dari klinik dan mengucapkan terima kasih kepada dua org pembantu klinik yang bermuka tanpa perasaan, sama seperti doktor itu..

Terima kasih doktor kerana bersikap pemurah, baik hati, jujur, profesional dan lawak macam badut..

Sudahnya aku ke Pantai Medical Centre.. walaupun terpaksa membayar beratus2.. tapi aku tidak terasa terhina…

Ape yang aku cuba sampaikan disini.. di wall aku ini… adelah perasaan aku…perasaan terhinanya aku apabila mendapat layanan “istimewa” dari klinik al-azim bukit baru, Melaka. Perasaan aku adalah ape yg aku rase mlm ni dlm keadaan sakit. Sekiranya ade yang diluar sana terasa seperti ingin mempertikaikan ape yang aku rasa adalah sgt SALAH. Terpulanglah.. aku hanya mampu berdoa pada Allah.. agar satu hari nanti dia pula yg akan berada di situasi aku.

Ini adalah wall aku.. its my right to write anything.. bukan membebel.. hanya meluahkan perasaan.





Salam ceria dan salam 1Malaysia buat semua.


Aku sebenarnya ingin berkongsi detik gembira saat aku mendapat satu klik  google ad sense bernilai USD $5.4, untuk pagi ini. Berbanding semalam, aku hanya berjaya mendapat $4.73 untuk 4 klik.

Sebenarnya aku bukan nak menunjuk-nunjuk pendapatan berblogging terbaru ni. Apa yang nak aku tekankan, inilah hasil yang aku mula kutip setelah jatuh bangun, kecewa serta hilang fokus dalam masa 3 + tahun bergelumang bermain-main dengan adsense.



Silap besar aku adalah hilang konsentrasi serta fokus akibat terpengaruh dengan lambakan informasi hasil pencarian dan pembacaan di forum-forum serta blog. Memang terlalu banyak cara dan sumber untuk kita menjana pendapatan melalui internet. 


Bekerja secara part time dari rumah mungkin impian kebanyakan kita. Namun, halangan utama ialah guru dan rujukan. Untuk rujukan, terlalu banyak sumber samada ebook free atau berbayar. Untuk tips mendapatkan sumber maklumat, pastikan anda memeriksa status ebook tersebut di scam.com, sebelum membeli. 


Jika tiada review di situ, google perkataan ebook **** scam / review. Dapatkan feedback daripada pembeli (biasanya di forum-forum) samada yang telah terkena umpan, mahupun yang puashati dengan kandungan ebook tersebut. Teknik ini juga boleh diguna pakai jika anda ingin membeli sesuatu sofware atau servis daripada IM 'tersohor' (kononnya).


Aku akui, aku hanyalah insan kerdil di dalam dunia keusahawanan internet ini. Kalau disebut samdaddycool, ramai yang tak kenal pun. Namun, aku ada pengalaman tersendiri sejak mula bergiat dengan ebay semenjak 2002.


Berblogging pula, aku mulakan dengan Google Adsense, setelah mula-mula diperkenal oleh Sham raja Adsense. Namun, silapnya aku hilang punca, mencuba pelbagai program cari duit yang pelbagai, hasil rujukan di dalam forum, mahupun blog-blog IM.  Aku akui, aku tiada tempat untuk merujuk, atau guru untuk menegur kesilapan aku


Kini aku mula mengarahkan fokus kepada PPC, produk fizikal dan juga blogging sebagai sumber utama pendapatan internet. Harapan aku, agar para pendatang baru (newbie) di luar sana, jangan cepat menggelabah. Jangan kalut andai melihat kejayaan otai. 


Yang penting, lakukan apa yang kita suka, dan apa yang kita mampu buat.


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan baginda Nabi Muhammad s.a.w.

Mengikut Kamus Dewan Edisi Empat pula, Maulidur Rasul bermaksud "ulang tahun hari kepu­teraan Rasulullah SAW".

Maulidur Rasul juga disebut sebagai Maulud Nabi, mengikut bahasa perbualan kebanyakan rakyat Malaysia.

Hari besar ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi.

Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul.

rujukan wikipedia, prpm.dbp.gov.my.

Terdapat PRO dan KONTRA tentang persoalan "Perarakan Maulidur Rasul : Wajar Diterus Atau DiUbah?". Bagi menjawab teka-teki atau isu ini, ada dipetik beberapa penerangan dan pendapat Uzar seperti di bawah ini;
Sebagaimana kita tahu dan faham, sambutan Maulidur Rasul sepatutnya bertujuan untuk memperingati kelahiran baginda Nabi Muhammad s.a.w atau yang lebih penting adalah perlantikan baginda menjadi Rasulullah. Setakat mengenang tarikh kelahiran semata-mata tanpa mengenengahkan inti risalah, mesej dan perjuangan yang dibawa oleh baginda Nabi adalah suatu kesilapan dalam pendekatan dan memahami keutamaan.
Persoalannya, adakah sebuah perarakan dengan pakaian seragam, mengangkat sepanduk puji-pujian, sambil berselawat mampu membawa kita ke arah objektif itu? Jika itulah upacara utamanya, saya kira ia benar-benar sebuah antiklimaks serta TIDAK memberi banyak manfaat dari sudut akhiratnya, di tambah pula lagi di ketika wujudnya pertikaian pada sambutan Maulidur Rasul itu sendiri. Jika begitu, apa yang patut dibuat?
Kesimpulannya, menurut pandangan saya, sambutan Maulidur Rasul melalui perarakan walau ia telah dilaksana turun temurun di Malaysia, ia tidaklah mampu menunaikan hak baginda Rasullullah dan Islam itu sendiri. Ia jelas, tersasar dari objektif utama perjuangan Rasulullah, apa yang sepatutnya lebih ditumpukan dan disalurkan peruntukan besar adalah program meningkat kesedaran terhadap inti perjuangan dan mesej Islam.

Memandangkan orang kita hanya melebihkan untuk menikut sunnah nabi bila timbul isu poligami, apa kata kita   cuba lebihkan pada sunnah-sunnah yang lain seperti adab makan, adab ke tandas, adab bercakap, adab kepada tetamu dan banyak lagi perkara-perkara kecil yang sepatutnya kita terpkan kepada diri dan anak-anak kecil.

Semoga umat Islam dapat menerapkan keperibadian Nabi Muhammad s.a.w ke dalam jiwa dan hati kita. Jadilah pemaaf, penyabar dan merendah diri, sesuai dengan sifat-sifat nabi kita. Mungkin dengan lebih penghayatan, keruntuhan moral dan akhlak remaja kita dapat dibendung dan dikawal daripada rosak, dan terus membusuk.

wasalam.

Terkini: Jawapan Saya kepada Artikel JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM" KLIK SINI



Aku sekadar 'copy paste' petikan dari facebook untuk perkongsian kita bersama...


SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)". Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)
baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.

Pagi semalam saya dengar radio ikim (91.50 fm). Ustaz Zawawi ada cerita tentang sunnah Rasulallah s.a.w. Antara yang dibincangkannya ialah tentang bab cara memberi salam.

Menurut ustaz Zawawi Yusof, Baginda SAW memberi salam dengan lafaz“Assalamualaikum” dan menjawab salam dari para sahabat baginda dengan salam yang lengkap iaitu “Waalaikumussalam warahmatulallahhi wabarakatuh”

Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum” dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, saya dengar ramai orang jawab salam dengan ucapan yang tidak tepat. Jawab salam yang betul ialah ; “WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya yang selalu saya dengar iaitu ; “WAALAI KUM SALAM”

Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata, “Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr… Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer” . Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.

Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan. Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Sesama lah kita memberitahu member-member yang selalu sangat guna shortform“A’kum” dalam sms ataupun email. Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.

Jadi, mulai sekarang jika ada orang hantar shortform “A’kum“, kita ingatkan dia guna “As Salam” kerana salam ialah dari perkataan “Assalamualaikum“.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan bagi“Assalammualaikum.”


Tolong forward kepada umat Islam yang lain , untuk elakkan diri daripada membuat dosa..

Sekian, semoga ada manfaatnya



'Bagaimana menjana pendapatan melalui ChurpChurp' merupakan keyword long-tail (panjang) yang berjaya menerobos masuk ke dalam blog biasa-biasa milikku ini.

Bagi anda yang baru mula mengenali ChurpChurp, ini adalah petikan 'header' dan 'web title' ChurpChurp;


A community for social media influencers
Spread messages, and get rewarded
Get rewarded for spreading messages across your social media network. Start sharing today!

Aku bukannya expert atau pandai sangat buat duit dengan churpchurp. Cuma yang pasti, aku dah berjaya mengumpul RM22.72 setakat ini. Untuk 'cashout', memerlukan minimum RM100 berada di dalam akaun ChurpChurp sebelum butang cashout di tekan. Churpchurp merupakan adik perempuan kepada Nuffnang.

Churpchurp juga tidak memerlukan anda mempunyai blog. Hanya akaun twitter sebagai perkara paling asas. Walau bagaimanapun, aku kongsikan beberapa tips serta petua yang aku guna pakai, dan juga beberapa cara yang orang lain guna.

1. Daftar akaun twitter, kemudian mula menambah kenalan (follow) terutamanya kawan-kawan yang dikenali.
2. Daftar akaun ChurpChurp, masukkan segala butiran anda.
3. Setelah mendaftar ChurpChurp, anda boleh mula buat duit dengan menghantar tweet (ke twitter) yang ada dalam 3 bentuk di akaun ChurpChurp. Sila periksa ruangan 'dashboard' churp churp



i. SOCIAL SHARING
  • No approvals needed! After opting in, just share your personal campaign link with your friends!
  • Share your campaign page with your friends and followers on any social platform, e.g. blogs, Twitter, Facebook, IMs, or email
  • Anda boleh menghantar 'campaign's link' sebaik sahaja terdapat 'campaign' baru. Tiada had dan tidak perlu pengesahan daripada team ChurpChurp.





ii. SOCIAL SEEDING
  • You will be tasked to communicate the advertiser's message on social media platforms e.g Twitter, Facebook or other portals.
  • Manually post the required number of "Churps" on the relevant platforms.
  • Some campaigns require you to submit drafts.
  • Kena tunggu rezeki daripada team churpchurp.


iii.SCHEDULED TWEETS

  • You will be composing tweets that are vetted by our team.
  • Personalize your tweet with the compulsory keywords provided and submit it!
  • Wait for your tweet to be published, or wait for email notification.
  • Remember to get the links and #hashtags right
  • Sama juga macam no ii, kena tunggu rezeki daripada team churpchurp.



4. Untuk mendapat klik (yang biasanya bernilai RM0.20), anda perlu memperbanyakkan follower twitter. Ini kerana klik akan terhasil apabila anda mempunyai ramai 'follower'.
5. Facebook juga tempat 'lubuk' mendapatkan klik apabila anda menghantar link iklan churpchurp ke 'wall' atau 'share link'.
6. Selain twitter dan facebook, website atau blog boleh dijadikan tempat 'pacakkan iklan' churpchurp'. Letakkan link, atau pun paparkan banner di side bar.
7. Di bawah ini adalah 'features' yang berada dalam dashboard churpchurp. Hanya klik pada 'icon', hantarkan link ke tempat-tempat yang berikut:


Jadi, ini sahajalah yang aku dapat kongsikan. Kalau ada siapa-siapa yang ada tips yang lagi bernas, harap dapat kongsikannya.

Semoga berjaya!

Gambar screenshot bukti pendapatan 


Tak sangka lebih RM12,000 dijana daripada Nuffnang, hasil titik peluh menjana pendapatan daripada blog. RM1,500+ pula dijana melalui ChurpChurp. Memang nampak sukar bagi hampir kebanyakan blogger tapi itulah yang telah aku Redmummy dot com buktikan.

Bukan mustahil untuk meraih pendapatan melalui berblogging, apatah lagi untuk menyara hidup dan menjadi satu profesyen pekerjaan. Yang penting boleh baca tips-tips menarik dan mantap daripada red diva yang dah tersohor ni.

Mungkin pendedahan ini satu pembakar semangat kepada para blogger tanahair? Tak mustahil juga era anak-anak sekolah zaman ini akan menulis 'blogger' di ruangan cita-cita?

Apa pula komen anda kalau anak kita memilih blogger sebagai pilihan?

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki