Tak jumpa ? Sila Google

Custom Search




MAKNA (Majlis Kanser Nasional or the National Cancer Council) is a not-for-profit social enterprise mainly tasked to pool and utilise every effort, expertise and financial aid from every faction of society, and to fight cancer and reduce the related pain, suffering and morbidity that cancer patients and their families often experience.
MAKNA registered under the Register of Societies on 10th November 1994 and officially launched on 30th March 1995. MAKNA was founded by Dato’Mohd Farid Ariffin. ..
read more at about MAKNA

MAKNA atau Majlis Kanser Nasional (National Cancer Council), ialah sebuah organisasi bukan berasaskan keuntungan, bertujuan membantu pesakit kanser dari segi kewangan dan kepakaran yang ada.

Mungkin masih ramai yang belum kenal dan sedar kewujudan MAKNA yang membantu memerangi kanser serta membantu meringankan pesakit dari pelbagai aspek. Mereka membantu dari segi kewangan, sokongan moral, kempen kesedaran, dana, rawatan serta kajian.

Kenapa aku menulis tentang MAKNA ni? Sebenarnya minggu lepas aku ke KL dari Melaka Sentral. Tibanya di teminal bas KBS di Bandar Tasik Selatan, aku berjalan melalui 'skybridge' ke stesen LRT. Di situ aku di sapa oleh cik Azizah, seorang sukarelawan di MAKNA. Beliau secara ringkas menerangkan konsep MAKNA dan apa yang cuba dilakukan bagi meringankan beban dan memulihkan pesakit-pesakit kanser.

Jika anda prihatin, hulurkanlah sumbangan serendah RM1.00 sehari, samada melalui pemotongan (direct debit) akaun bank, ataupun melaui kad kredit. Sumbangan anda terlalu besar nilainya buat insan yang memerlukan.

Untuk membuat sumbangan, bolehlah ke laman rasmi MAKNA atau mungkin anda perlukan temujanji? Sila hubungi Cik Azizah, sukarelawan MAKNA (KL), 017-628 0095



Salam semua.

Semenjak dua menjak ni aku bersemangat lain macam mempromosikan ChurpChurp dan Says. Apa taknya, minggu lepas, aku punya churpchurp tinggal 2 ringgit lebih je lagi nak cecah 'minimum cashout'. Tapi, hari ni, semuanya menjadi detik manis bila aku ternampak butang 'Cashout Now!' telah menyala. Maklumlah, kali pertama nak merasa cek ChurpChurp.

Tapi aku perasan, dalam minggu lepas, tak banyak iklan yang ada untuk ppc berbanding ppl (pay per lead @ deal). Aku ingatkan Churpchurp kalah dengan Says. Rupa-rupanya tak. Sebabnya, mulai semalam, aku tengok banyak iklan baru yang masuk untuk dipromosi oleh Churpers (pemain-pemain ChurpChurp). Secara jujurnya, aku memang jarang sangat mempromosikan link 'per deal'.

Contohnya iklan daripada  Maxis  untuk BlackBerry PlayBook. Nampak menggiurkan sebenarnya makhluk Blackberry ni. Memang syok kalau dapat sambar sebiji. Nak online kat mana-mana memang sodappp. Korang tengoklah sendiri apa kebenda BlackBerry PlayBook.


Kalau korang jenis yang suka melancong (apatah lagi free), cuba-cubalah main game CastrolMagnatec's AR. Mana tau tuah korang dapat ikut trip rombongan meminang ke HK Disneyland. kalau tak dapat pergi Disneyland, dapat iPad2 pun jadilah ekk. Untung, untung. Aku ingat pun nak cuba nasib sekali.


Tawaran P1 4G pun menarik juga. Kalau kita mendaftar plan P1 4G broadband secara online, boleh dapat rebat RM50. Lepas tu plak, ada juga peluang menang iPad2 lagi! Banyak betul orang bagi hadiah iPad2 sekarang ni..

Yang terakhir plak, khas untuk mana-mana band rock yang memang power kat luar sana. Kalau asyik masuk battle of the band tapi tak pernah menang, tapi kali ni cuba nasib, ada untung, ada tuah, boleh jamming dengan Incubus kat KL nanti. Korang akan diberi buat persembahan masa 'opening'. Silap-silap dapat offer duet dengan diaorang masa buat album baru nanti, mana tau kan? Jangan lupa, hantar video band korang tengah jamming pada Incubus.

Hmm, melarat-larat plak entry aku hari ni sampai ter'promo' segala isi penting ChurpChurp. Kalau korang nak merasa buat duit part time dengan ChurpChurp ni, bolehlah daftar guna link refferal aku ni.


Salam 1Malaysia dan salam ukhwah buat semua pembaca blog ini. Aku terpanggil untuk menulis secara seberapa ringkas yang boleh bagi membuka ruang kepada anda di luar sana yang mengintai peluang bekerja di rumah secara part time. Apa yang dikongsikan ini tidak menjamin anda akan dapat duit cepat, malahan belum tentu dapat menjana pendapatan secepat wang kutu.

Secara umumnya, bekerja di rumah melalui medium internet sangat luas skopnya. Kita bahagikan kepada 3 bahagian:

1. Jika anda belum faham bagaimana wang boleh dijana melalui internet, ambil mudah pendekatan ini. Blog, website, forum dan juga laman sosial adalah umpama tv, radio atau akhbar. Mereka menyajikan iklan daripada pihak peniaga, pengeluar, syarikat-syarikat besar, mahupun pemilik blog individu.

Duit daripada mereka inilah yang dibayar kepada kita (publisher), samada kita paparkan iklan mereka melalui laman sosial (cth. facebook), blog atau laman sesawang (website). Iklan yang ditawar pula adalah adalah dalam bentuk banner, link, ppc (pay per click; cth google adsense, churpchurp), review. Ada juga teknik mebuat duit dengan cara upload gambar sahaja (atau youtube?)

2. Terdapat juga cara menjana pendapatan di internet yang tiada langsung berkaitan dengan iklan, iaitu servis. Contohnya servis ghost writer (penulis upahan), rekabentuk grafik, rekabentuk laman blog / web. Kita juga boleh menggunakan kretiviti dengan menawarkan apa-apa khidmat kepada sesiapa yang berminat, dan mendapat bayaran. Anda boleh ke laman Fiverr dan saksikan contoh servis mereka yang datang dari Malaysia.

3. Bagi mereka yang kurang berminat dengan servis, anda boleh cuba berniaga secara online. Cara paling mudah untuk memulakannya adalah melalui ebay.com.my, lelong.com.my atau mudah.com.my. Melalui medium ini, anda lebih mudah membina kredibiliti, berbanding memasarkannya secara solo melalui blog / facebook. Ini disebabkan anda memerlukan masa yang lebih panjang sebelum dapat menembusi kepercayaan pembeli.

Oklah, panjang sangat nanti bosan membacanya. Nanti akan aku sambung dalam entry yang seterusnya. Semoga berjaya!


Aku baru mendapat berita gempar antara Dato' Seri Shahrizat dan Altimet yang aku belum pasti apa bendanya. Mungkin ya, mungkin tidak. Apa yang gempar tu?

Korang siasatlah sendiri...



Semalaman aku menyelak-nyelak blog-blog lama yang kurang kemaskini. Sambil tu, aku mengintai-intai Says.my, mencari link baru untuk 'kerja part time'. Ada yang hanya aku pos ke wall facebook dan twitter. Ada juga yang aku selitkan dalam entry blog dan juga di muka  utama blog.

Dalam banyak-banyak tu, aku tertarik dengan tawaran 'hilang akal' daripada TuneTalk. Smartphone Blackberry dengan 'unlimited internet' dengan hanya RM28 sebulan (RM0.98 sen sehari). Memang tak masuk akal langsung!

Aku cuba masuk ke lama TuneTalk, tapi tak faham macamana nak dapat Blackberry ni. Nanti aku nak periksa balik.

Lagi satu, ada sapa-sapa pernah guna internet TuneTalk? Ok ke coverage + speed? Sebab kalau ok, memang berbaloi-baloi harga RM28 sebulan untuk 2 dalam 1 ni.


vs


screenshot minggu lepas says dan churpchurp aku

Salam semua,

Aku sebenarnya dah 2 minggu merangka entry ni. Tapi disebabkan hot ticket internet ni kadang-kadang macam hampagas, terputus 'soon' aku nak menulis. Tapi Alhamdulillah, nampaknya kelajuan internet agak stabil pagi ni, memudahkan kerja-kerja upload gambar, seterusnya menaikkan nafsu aku untuk menulis.

Kalau sebelum ini, aku pernah bercerita tentang Bagaimana menjana pendapatan melalui churpchurp. Kali ini aku ingin berkongsi pula tentang bagaimana hasil komen di entri tersebut berjaya membuka satu lagi lubuk duit  untuk diteroka. 

Aku pasti ramai blogger / twitterer kenal dengan ChurpChurp, berbanding Says.my (dulu dikenali sebagai Youthsays). Sedar tak sedar, kedua-duanya dapat memberikan pendapatan kepada aku secara sempoi. Walau tak selebat ChurpChurp RedMummy, namun setiap sen yang bertukar ke ringgit, memberikan aku senyuman, hari demi hari. Kata orang, takde sikit, tak datang banyaknya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...

Sebelum aku mengarah kepada tajuk utama, aku ingin meminta pendapatan korang semua. Di antara ChurpChurp dan Says, mana satu yang nampak lebih berbaloi dan meriah untuk dipromosi? Pengamatan aku, nampak Says lebih banyak pengiklan berbanding Churpchurp. Tu pada pandangan kasar aku yang baru berjinak-jinak semula dengan says dalam masa sebulan lebih ni. 

Churpchurp pula nampak kurang gagah dalam merebut hati pengiklan, (walaupun dia adik perempuan Nuffnang). Kerapkali muncul iklan daripada MilkaDeal. Mungkin sebab churpchurp baru bertapak, atau Says lebih berkeyakinan mempengaruhi pengiklan...? Aku pun tak tahu. Cuma yang aku pasti, layout Says tampak lebih professional menyatakan setiap jumlah klik yang menjana sen.

Ok, sekarang, berbalik kita kepada tajuk utama. Sememangnya aku kebelakangan ini hanya menggunakan facebook dan twitter sebagai ruang menjana pendapatan sambilan. Aku kurang bersosial di situ, berbanding membuat kerja part time. Hampir segala link churpcurp dan says aku campakkan ke situ. 

Mungkin ada kawan yang 'remove friend' gara-gara kekerapan aku yang asyik pos iklan di dinding facebook? Dan aku perhatikan twitter follower juga kerap bertambah dan berkurang macam yoyo. Entahlah, aku sendiri pun tak pasti tujuan lain aku mengadakan akaun twitter selain menghantar link iklan dan blog entry. Facebook pula, aku akui keberkesanan medium tersebut menemukan kawan-kawan lama dan juga untuk bersosial. Tapi tak salah kan hantar link pada wall... Bukannya spam masuk inbox ok!

Apa-apa pun, aku memang jeles pada fanpage Upin dan Ipin dengan 4 juta fan. Mereka menduduki tahta peminat facebook paling ramai di Malaysia. Tapi kalau tak ramai macam tu pun takpe. Dapat tempat kedua macam Lisa Surihani pun dah ok, berdesup-desup sen masuk kalau hantar link churpchurp kat situ kan?

Related Posts with Thumbnails
Search Engine Submission - AddMe
Preview on Feedage: aku-menulis-bukan-kerana-nama Add to My Yahoo! Add to Google! Add to AOL! Add to MSN
Subscribe in NewsGator Online Add to Netvibes Subscribe in Pakeflakes Subscribe in Bloglines Add to Alesti RSS Reader
Add to Feedage.com Groups Add to NewsBurst Add to Windows Live Rojo RSS reader iPing-it
Add to Feedage RSS Alerts Add To Fwicki