vs
screenshot minggu lepas says dan churpchurp aku
Salam semua,
Aku sebenarnya dah 2 minggu merangka entry ni. Tapi disebabkan hot ticket internet ni kadang-kadang macam hampagas, terputus 'soon' aku nak menulis. Tapi Alhamdulillah, nampaknya kelajuan internet agak stabil pagi ni, memudahkan kerja-kerja upload gambar, seterusnya menaikkan nafsu aku untuk menulis.
Kalau sebelum ini, aku pernah bercerita tentang Bagaimana menjana pendapatan melalui churpchurp. Kali ini aku ingin berkongsi pula tentang bagaimana hasil komen di entri tersebut berjaya membuka satu lagi lubuk duit untuk diteroka.
Aku pasti ramai blogger / twitterer kenal dengan ChurpChurp, berbanding Says.my (dulu dikenali sebagai Youthsays). Sedar tak sedar, kedua-duanya dapat memberikan pendapatan kepada aku secara sempoi. Walau tak selebat ChurpChurp RedMummy, namun setiap sen yang bertukar ke ringgit, memberikan aku senyuman, hari demi hari. Kata orang, takde sikit, tak datang banyaknya. Sikit-sikit, lama-lama jadi bukit...
Sebelum aku mengarah kepada tajuk utama, aku ingin meminta pendapatan korang semua. Di antara ChurpChurp dan Says, mana satu yang nampak lebih berbaloi dan meriah untuk dipromosi? Pengamatan aku, nampak Says lebih banyak pengiklan berbanding Churpchurp. Tu pada pandangan kasar aku yang baru berjinak-jinak semula dengan says dalam masa sebulan lebih ni.
Churpchurp pula nampak kurang gagah dalam merebut hati pengiklan, (walaupun dia adik perempuan Nuffnang). Kerapkali muncul iklan daripada MilkaDeal. Mungkin sebab churpchurp baru bertapak, atau Says lebih berkeyakinan mempengaruhi pengiklan...? Aku pun tak tahu. Cuma yang aku pasti, layout Says tampak lebih professional menyatakan setiap jumlah klik yang menjana sen.
Ok, sekarang, berbalik kita kepada tajuk utama. Sememangnya aku kebelakangan ini hanya menggunakan facebook dan twitter sebagai ruang menjana pendapatan sambilan. Aku kurang bersosial di situ, berbanding membuat kerja part time. Hampir segala link churpcurp dan says aku campakkan ke situ.
Mungkin ada kawan yang 'remove friend' gara-gara kekerapan aku yang asyik pos iklan di dinding facebook? Dan aku perhatikan twitter follower juga kerap bertambah dan berkurang macam yoyo. Entahlah, aku sendiri pun tak pasti tujuan lain aku mengadakan akaun twitter selain menghantar link iklan dan blog entry. Facebook pula, aku akui keberkesanan medium tersebut menemukan kawan-kawan lama dan juga untuk bersosial. Tapi tak salah kan hantar link pada wall... Bukannya spam masuk inbox ok!
Apa-apa pun, aku memang jeles pada fanpage Upin dan Ipin dengan 4 juta fan. Mereka menduduki tahta peminat facebook paling ramai di Malaysia. Tapi kalau tak ramai macam tu pun takpe. Dapat tempat kedua macam Lisa Surihani pun dah ok, berdesup-desup sen masuk kalau hantar link churpchurp kat situ kan?