Showing posts with label merapu. Show all posts
Showing posts with label merapu. Show all posts

Hari raya, rendang dan ketupat

Inilah gambar ketupat yang masih suam-suam kuku


Hari ini aku memang amat mengantuk, sebab semalaman aku menganyam ketupat seorang diri sambil melayari internet dengan kelajuan tahap 'dial up'. Sementara loading, aku menganyam ketupat satu demi satu.

Selepas wukuf di Arafah, maka akan menjelmalah hari raya Haji (Korban). Bagi umat Islam di Malaysia, kemeriahan raya haji tak sebegitu meriah dirayakan. Mungkin sebab tiada jualan murah 'penghabisan stok' atau sebab tanpa sebulan berpuasa, kehangatannya tidak dirasai.

Bagi aku, macam biasa je. Memang tak begitu ghairah menyambut raya qurban. Mungkin sudah jadi tradisi keluarga dan masyarakat setempat yang tidak meraikannya dengan besar-besaran, kecuali acara qurban dan aqiqah yang mengambil tempat di masjid-masjid.

Ok, berbalik pada cerita asal aku tentang rendang dan ketupat. aku sememnagnya peminat ketupat nasi (yang asli, bukannya ketupat segera nasi himpit di dalam karung plastik). Pada aku, rasanya sama sekali berbeza, sama juga jika kita makan nasi lemak daun pisang berbanding dalam bekas makanan 'polystyrene'.

Mungkin aku tidak menerima teknologi (nasi himpit segera), yang jauh lagi cepat, mudah dan sedapppp (macam iklan dalam tv). Tapi pada aku, tekak tidak boleh menipu. Aku tetap dengan ketupat asli daripada pucuk daun kelapa. Yang aku pasti, semakin ramai tidak pandai menganyam ketupat, hanya beli sahaja di pasar sebab memang menjimatkan masa.

Kalau 10 tahun ke belakang, tradisi menganyam ketupat dibuat beramai-ramai anak beranak. Pastinya disulami gurau senda serta bualan gossip hangat isu semasa. Tapi sekarang semua orang mengejar masa yang tak pernah cukup walaupun ita dikurniakan 24 jam sehari.

Apa-apa pun, masa merubah segalanya. Cuma kita sahaja yang dapat mengimbau memori daun pisang mengekalkan tradisi. Yang pasti, ketupat yang aku anyam, dah siap di rebus mak.. cuma nak ngap je bila rendang siap.. :P

Menulis entry sambil bermain pool sementara menunggu waktu berbuka

Perut kosong, mata mengantuk, otak separa 'jam'.. Mungkin sebab kurang gula dan cecair dalam badan, atau sebab tiadanya nikotin memasuki darah.

7.15pm, memang dah dekat sangat dengan waktu berbuka puasa di Muar. Ada lebih kurang 6 minit lagi. Aku dah 2 jam rasanya menghadap laptop ni, cuba mengarang entry untuk niche blog. Sebu je otak, tak boleh nak jalan sangat. Oleh itu, aku bermain-main Yahoo pool sambil mengarang baris demi baris ayat dalam bahasa kedua kita. Haiishh.. serius otak aku kurang berinteraksi dengan jari-jariku.

Satu entry dah siap waktu Asar tadi. Ni ada lagi satu entry nak dibuat, tapi yang malas, sebab dah buat dah tajuk tu. Keyword pun sama. Tapi diaorang suruh buat lagi, takkan nak tolak plak USD. Semalam dah tolak satu job sebab dia bagi warning, "jangan buat kalau pernah amik job daripada dia dalam masa 90 hari yang lepas)".

Ni sambungan lepas berbuka. Ada lagi perkara yang nak diperkata tapi nantilah, buat entry lain plak. Harapan aku agar dapat sempurnakan puasa kali ni dengan penuh keberkatan dan keredhaan. Amin. Ok, nak sambung buat entry.

Wasalam

Tips sempoi menulis bila tiada idea


Ok, aku sebagai pakar penulis blog yang dah diiktiraf di seluruh pelusuk cakerawala ingin memberi tips terhebat maha agung bagaimana untuk menulis blog ketika tiada idea.

Untuk permulaan, kita kaji dan tanya diri sendiri apa yang nak ditulis. Kemudian, catatkan isi-isi penting atau boleh dikatakan sebagai keywords.

Kemudian, mulakan berangan, menerawang, menjelajah ke setiap otak manusia di kawasan persekitaran (waktu ini, bayangkan anda sebagai professor Xavier dalam cerita X-men). Curi idea, dan baca fikiran orang lain. Ambil apa yang mereka mahu (sebagai pembaca).

Ok, cukup.. cukup.. limitkan kepada 100 orang sahaja sehari. Jangan lebih, nanti overload la plak nak mengarang. Nampaknya isi-isi penting dah ada, cuma yang perlu sekarang ialah kemahiran anda sebagai blogger hangat untuk menambah rasa dan perisa untuk entry terbaru.

Jadi, anda rasa bersedia untuk menulis sekarang? Jangan marah ok, sekali sekala merapu bila nak menulis tapi takde idea... macam ni lah jadinya.

p/s -entry yang berbaur poyo :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...