Showing posts with label online. Show all posts
Showing posts with label online. Show all posts

Kenapa Qurban Online untuk Kemboja

http://www.muhasabahtrading.com/equrban


Assalamualaikum wbt.


Tidak lama lagi akan muncul bulan Zulhijjah, bulan haji. Di mana para jemaah haji akan menunaikan rukun Islam yang kelima. Juga bulan di mana para muslimin menjalankan ibadah qurban. Saat yang ditunggu-tunggu pada setiap tahun, di mana ia hanya boleh dibuat dalam masa 4 hari sahaja (Hari raya Aidiladha dan 3 hari Tasyrik, 10-13 Zulhijjah).

Berikut adalah antara kelebihan ibadah korban :


  • ibadah qorban tidak boleh dikhadaq
  • hanya 4 hari sahaja dalam setahun (hari raya haji dan hari Tasyrik)
  • harus untuk berhutang bagi melaksanakan ibadah korban.
  • memberi peluang orang miskin menikmati daging (terutama di Kemboja dan negara-negara miskin yang lain di mana ramai yang tidak mampu untuk membeli daging)

Oleh itu, bagi yang berhajat untuk untuk menunaikan ibadah qurban pada tahun ini di Kemboja, pendaftaran boleh dibuat secara atas talian (register online), peluang masih lagi terbuka. Tempahan untuk qurban (dan juga aqiqah) online untuk tahun ini di Kemboja masih lagi berlangsung. Sila klik link ini untuk booking dan pembayaran.

Banyak hikmah dan kelebihan dalam menunaikan ibadah korban ini. Jika tidak, kenapa ia begitu ditekankan dalam syariat Islam. Lebih-lebih lagi ibadah qurban terhad dan perlu dilangsaikan dalam tempoh masa 4 hari sahaja daripada 365 hari dalam setahun. Jadi apa tunggu lagi, bertindaklah sekarang sebelum ada menyesal. Berkorbanlah untuk jalan Allah.


Boleh juga baca:

1.Mengapa qurban di Kemboja
2. Tempahan qurban online.
3. Beza Qurban dan Aqiqah

Kenapa tiada option auto convert kepada simpanan syariah muslim

Tajuk yang agak panjang. Penerangan yang jelas mengapa tiada option auto convert untuk muslim bagi simpanan KWSP konvensional kepada syariah. Dan juga kenapa tiada option tukar secara online.Sila baca sehingga habis.

Ulasan daripada pakar muamalat,
Dr. Zaharuddin Abd Rahman:

MENGAPA KWSP TIDAK AUTOMATIS TUKAR BAGI MUSLIM? (ULASAN SAYA - KEMASKINI)

Alhamdulillah selesai menukar ke Simpanan Syariah pagi tadi jam 7:30 pagi. JANGAN bimbang, saya yakin alokasi rm 100 bilion adalah mencukupi untuk peringkat awal, jika ada permintaan lebih, sudah ada peruntukan yang menanti. CEO kwsp memaklumkan setiap tahun akan ada ada alokasi tambahan sekitar RM 20-30 bilion.

Justeru tidak perlu terlalu tergesa-gesa pada hari ini kerana masih besar alokasi simpanan Syariah sebenarnya.

Mengapa tidak auto tukar untuk orang Islam?

TIDAK boleh auto kerana keperluan legal utk pastikan benar-benar identiti pencarum menukar sukarela. Jika tidak, bakal bercanggah dengan peruntukan perlembagaan yang tidak benarkan keputusan secara tidak pilihan sendiri dalam hal melibatkan agama. Kita tidak mahu wujudnya pertikaian kemudian hari dan sudut perlembagaan dan undang-undang. Tambahan pula simpanan syariah TIADA jaminan minima bagi dividen dan iulan itulah ciri pelaburan untuk patuh Shariah.

Kesimpulan, kenapa ahli beragama Islam tidak auto Simpanan Shariah?

1. Terdapat risiko perundangan sekiranya penentuan jenis akaun ahli dibuat berdasarkan agama dan ianya dilihat sebagai bertentangan  dengan Artikel 8(2) Perlembagaan Persekutuan yang menetapkan "...tidak boleh ada diskriminasi terhadap warganegara semata-mata atas alasan agama, ras, keturunan, tempat lahir atau jantina dalam mana-mana undang-undang.." . Jika kalian tidak setuju jawpaan ini, maka silakan baca jawapan seterusnya.

2. Perubahan ke Simpanan Syariah memerlukan akad Wakalah melalui ijab dan qabul secara jelas bertulis. Buat masa ini KWSP tiada kaedah yang lebih efektif dan berkesan selain secara fizikal di kaunter kerana untuk diuruskan secara patuh Syariah, ia memerlukan terma khusus dan mandat jelas kepada KWSP utk mengurus dan melaburkan secara patuh Syariah. Hal seperti ini TIDAK BOLEH secara automatik tanpa disedari pihak pencarum.

3. Kerana pihak KWSP TIDAK punyai data status agama yang lengkap bagi semua ahli pencarumnya, ini kerana dahulunya, pendaftaran tidak mewajibkan status agama ahli dinyatakan. Hanya status bangsa yang ada, bangsa semata-mata tidak mampu secara jelas menentukan agama seseorang. Dalam bahasa mudah , kwsp tidak tahu anda beragama apa, tidak ada dalam data mereka, so bagaimana boleh ubah secara automatik?

4. Saiz permulaan dana Simpanan Shariah yang perlu diuruskan oleh KWSP akan menjadi lebih besar dan ini akan menyukarkan perancangan pelaburan KWSP yang perlu memastikan pertumbuhan yang mendadak ke atas pelaburan aset patuh syariah bagi setiap kelas aset, selari dengan pertambahan simpanan ahli Simpanan Shariah.

5. Simpanan Syariah ada ciri-ciri yang penting dan sangat berbeza dari konvensional seperti tiada jaminan MINIMA dividen pada kadar 2.5 % seperti konvensional dan pulangan juga adalah berasaskan prestasi sebenar dan sebarang jaminan dividen boleh menjatuhkannya ke dalam elemen riba. Justeru, jika diubah secara automatis, dibimbangi apabila berlakunya perbezaan dividen di antara Syariah dan Konvensional, mereka yang ditukar secara automatik akan membantah dan mempertikai apabila dividen Halal lebih rendah. Perlu diingat, dividen kedua-duanya kini boleh berbeza, lebih rendah atau lebih tinggi.

Jika kalian mampu membaca sehingga di sini, saya ucapkan tahniah kerana menjadi masyarakat yang tidak malas membaca dan mendapatkan fakta sebenar sebelum mengomen.

Dr. Zaharuddin Abd Rahman

Wow!!! 100 sales affiliate oleh blogger biasa-biasa





Satu tamparan bila kali pertama kali aku membaca kenyataan ini:

"Sekiranya anda menghadap internet setiap hari, TETAPI anda tidak menghasilkan apa-apa pendapatan daripadanya (internet), maka anda termasuk dalam golongan orang yang rugi". 

Itulah ayat yang seingat aku pernah diungkap oleh seorang  usahawan internet yang agak terkenal di Malaysia.

Semenjak dua menjak ini, semakin ramai blogger baru muncul. Ada yang sekadar suka-suka, dan  ada ramai yang mencuba untuk buat duit secara online.

Namun, bergelar status "keyboard warrior" atau pahlawan papan kunci mempunyai banyak persepi. Samada si blogger mendapat habuan wang ringgit (dan juga USD$), atau dapat dosa kering kerana 'copy paste' post blogger lain. Dosa kering dapat dipungut hasil 'copy and paste' tanpa izin (tiada link ke sumber asal) ataupun disebabkan kesahihan berita yang disiar di dalam blog masing-masing meragukan.


Jadi, genggam sampai api, biar jadi bara. Nak jadi blogger, biar sampai dapat jana pendapatan online. Cara nak dapatkannya? Belajar dan tuntutlah ilmu daripada master. Alternatif yang ada? Jana wang affiliate melalui blog, hasil tulisan Reezluv. Usya  sini (klik).



buat duit dengan youtube, buat duit dengan facebook, cara buat duit dengan blog,buat duit dengan google adsense, buat duit dengan survey, buat duit dengan ebay, buat duit dengan paypal,buat duit dengan internet, buat duit online tanpa modal, buat duit online tanpa modal 2013, buat duit online free, buat duit online boleh percaya ke, buat duit online tanpa modal 2014, buat duit online tanpa modal 2012, buat duit online secara percuma, buat duit online percuma

Kerja sambilan dirumah tanpa modal dengan bidvertiser

Salam buat semua pembaca,

Kali ini, cerita masih lagi berkisar kepada kerja sambilan tanpa modal yang boleh dilakukan di rumah. Aku nak berkongsi program bidvertiser, salah satu program PPC, alternatif kepada Google Adsense (GA).

Walaupun ia merupakan satu sumber untuk kerja sambilan dirumah tanpa modal, medium ini mempunyai satu syarat wajib; anda memerlukan blog atau website, tak kira bahasa Melayu atau Inggeris. 


Kalau korang perasan, biasanya iklan bidvertiser dalam blog ini akan keluar dalam dua bentuk, yang pertama sebagai flying pop up, dan juga iklan 'download' (atau text) di bawah kotak search google.


Program ni lebih senang approve berbanding GA, dan juga hanya memerlukan minimum USD$ 10, sebagai threshold untuk cashout melalu paypal, yang dibayar pada penghujung bulan (aku dah pernah dapat bayaran melalui paypal)


Walaupun tak segagah Google Adsense, tapi sekurang-kurangnya lebih cepat nak merasa sebab minimum payout hanyalah $10 dollar je.

Apa kata, korang cuba daftar dengan Bidvertiser ni, dan lihat hasilnya dalam masa sebulan. bagi yang belum pernah merasa USD, inilah peluangnya dengan hanya buat kerja kerja part time.

All the best ok!

Saat-saat kuidamkan bersama ChurpChurp



Salam semua.

Semenjak dua menjak ni aku bersemangat lain macam mempromosikan ChurpChurp dan Says. Apa taknya, minggu lepas, aku punya churpchurp tinggal 2 ringgit lebih je lagi nak cecah 'minimum cashout'. Tapi, hari ni, semuanya menjadi detik manis bila aku ternampak butang 'Cashout Now!' telah menyala. Maklumlah, kali pertama nak merasa cek ChurpChurp.

Tapi aku perasan, dalam minggu lepas, tak banyak iklan yang ada untuk ppc berbanding ppl (pay per lead @ deal). Aku ingatkan Churpchurp kalah dengan Says. Rupa-rupanya tak. Sebabnya, mulai semalam, aku tengok banyak iklan baru yang masuk untuk dipromosi oleh Churpers (pemain-pemain ChurpChurp). Secara jujurnya, aku memang jarang sangat mempromosikan link 'per deal'.

Contohnya iklan daripada  Maxis  untuk BlackBerry PlayBook. Nampak menggiurkan sebenarnya makhluk Blackberry ni. Memang syok kalau dapat sambar sebiji. Nak online kat mana-mana memang sodappp. Korang tengoklah sendiri apa kebenda BlackBerry PlayBook.


Kalau korang jenis yang suka melancong (apatah lagi free), cuba-cubalah main game CastrolMagnatec's AR. Mana tau tuah korang dapat ikut trip rombongan meminang ke HK Disneyland. kalau tak dapat pergi Disneyland, dapat iPad2 pun jadilah ekk. Untung, untung. Aku ingat pun nak cuba nasib sekali.


Tawaran P1 4G pun menarik juga. Kalau kita mendaftar plan P1 4G broadband secara online, boleh dapat rebat RM50. Lepas tu plak, ada juga peluang menang iPad2 lagi! Banyak betul orang bagi hadiah iPad2 sekarang ni..

Yang terakhir plak, khas untuk mana-mana band rock yang memang power kat luar sana. Kalau asyik masuk battle of the band tapi tak pernah menang, tapi kali ni cuba nasib, ada untung, ada tuah, boleh jamming dengan Incubus kat KL nanti. Korang akan diberi buat persembahan masa 'opening'. Silap-silap dapat offer duet dengan diaorang masa buat album baru nanti, mana tau kan? Jangan lupa, hantar video band korang tengah jamming pada Incubus.

Hmm, melarat-larat plak entry aku hari ni sampai ter'promo' segala isi penting ChurpChurp. Kalau korang nak merasa buat duit part time dengan ChurpChurp ni, bolehlah daftar guna link refferal aku ni.

Oh tidak!

Buat kali kedua untuk bulan ini, bandwidth abis lagi. 2 hari sebelum habis bulan Ogos, 10gig 'extra' habis dikerjakan dalam masa 5 hari sahaja. Malas nak tambah, biarlah 31 Ogos ni merdeka tanpa online store. Nanti masuk 1 hb September, baru ON balik...

Oklah, nak bersahur dulu.

Wsalam

Bandwidth dah nak habis.. tapi baru 20hb

Comel tak Lisa Surihani dengan gaya muslimah?

3 hari lepas aku ada hubungi support Exabytes menanyakan tentang tambahan 30g untuk Bandwidth. Ini adalah langkah berjaga-jaga, sebelum butik muslimah aku tu padam sebelum habis bulan. Maklumlah, bulan lepas, online store tu padam 2 hari sebelum tamat bulan Julai. Tapi kali ini, ada baki 3.2g sahaja untuk menempuh 11 hari lagi.

Masak....  Memang kena tambah Bandwidth. Tapi harga invoice yang diberi memang tak pedihkan mata, RM120.00 sahaja, tunaiiiii. Boleh bayar guna paypal. Tapi aku teragak-agak la plak sekarang ni. nak tambah 10g ke, 20g ke atau 30g? Karang tak cukup lagi kalau tambah sikit. Kalau ikutkan hati, nak tambah 10g je, pastu baki paypal nak cashout.

Rugi plak nanti bayar banyak-banyak tapi tak habis guna. Lagi satu, benda ni hanya  untuk waktu puncak menjelangnya raya. Dah habis raya, aku pasti tak banyak dah pageviews untuk butik online tu. Yang rasa kelat plak pasal ramai yang datang window shopping.. tengok-tengok survey harga. Pastu pergi bersama angin monsoon lalu.. Mungkin sebab produk tersenarai tak cukup kaw macam kopi cap kapal layar.

Panjang juga aku membebel awal-awal pagi ni. Ingatkan nak tulis pendek. Tapi aku tak tau nak berkongsi dilema ni dengan sapa. Walau bagaimanapun, aku nak tunggu sehari dua. Tengok keadaan macamana. Mungkin lepas aku upload koleksi baju kurung moden, keadaan akan berubah?

Wish me luck!

Mee Siput si mee sedap

Semalam, masa aku masuk blog Bluedianthus, aku perasan ada satu banner, rupanya macam kat bawah ni:



Aku klik dan aku tengok, wah! Kagum 5 minit... Sebab utama, mee siput* memang la makanan asasi masa kat sekolah agama kecik-kecik dulu. Yang kedua, sebab tokey mee siput ni telah keluar dari kepompong penjual mee siput yang lain. Apa tu, dah masuk online. Boleh order sahaja walaupun berada di hujung Malaysia.

Untuk warga Muar, mi siput memang menjadi kegemaran dan santapan yang 'best'. Untuk warga-warga daerah lain di negeri Johor, aku kurang pasti berapa kencangnya penangan mee sipot ni. Seingat aku masa bersekolah di Kluang dulu, memang ada.

Apa-apa pun, tahniah kepada SMART RAUDAH ENTERPRISE yang beroperasi di Sungai Abong, Muar kerana berjaya membuka lembaran baru dalam perniagaan online. Mee siput mereka sudah siap bergoreng dan mempunyai sambal tumisnya sekali. Aku memang pasti makanan istimewa ini sukar untuk mendapatkannya di pasaran luar Johor.

Jadi bagi sesipa yang gian makan mee siput, boleh 'order' saja. Diaorang boleh pos, dan biasanya esok sampai. Yang tak pernah makan mee siput, ada bran mau coba? Memang mee sedap!



* mee siput merupakan mee yang dikeringkan dan berbentuk lingkaran (elipse). Kebiasaannya, ia digoreng dan dimakan bersama-sama pencicah sambal tumis. Mee siput juga boleh dibuat bubur (pengat).

Bandwidth Limit Exceeded


Semalam aku macam biasa cuba buka dashboard MuhasabahTrading.com untuk upload produk-produk tudung yang terkini. Tapi mesej ini yang aku dapat;

Bandwidth Limit Exceeded

The server is temporarily unable to service your request due to the site owner reaching his/her bandwidth limit. Please try again later

Dah jadi macam tu, kebetulan aku pun dapat call daripada Bro Jo, dan kita orang gi ngeteh. Lapang sikit kepala layan macam-macam cerita dan pengalaman otai ni.

Berbalik pada kehabisan badwidth, perasaan aku bercampur baur, suka sebab bandwidth habis (50g) buat pertama kali, bermakna rekod baru untuk pencapaian peribadi. Tapi yang tak syoknya sebab itu membantutkan peluang berlakunya proses urusniaga (RM.. RM... RM...). Almaklumlah, hosting tu melibatkan web jualan.

Setakat ni, syarikat hosting Exabytes memang takde masalah, memang aku puashati. Cuma sekarang rasa macam kena upgrade. Ada cadangan camne nak dapat bandwidth free untuk saki baki sehari dua daripada syarikat hosting?

Rezeki bekerja di rumah


Salam semua,

Waktu aku menulis ini, aku sedang menyiapkan satu entry untuk niche blog. Letih juga nak mengarang, kena buat 300 patah perkataan. Dapatlah usd 8+. Tak banyak, kalau lepas ditukar kepada matawang Malaysia, adalah dalam lebih kurang RM25.00. Tapi yang ni tak susah mana, sebab arahannya adalah untuk 'blog entry', bukannya 'review'. Jadi aku terbitkan entri ni sekadar berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku nak kongsi. 'Take a break' kata KitKat.

Semalam, aku dah buat 2 entry untuk review.. jenuh nak menyiapkan, sebab benda yang ditulis bukannya skop bidang yang aku belajar kat sekolah, hatta di universiti. Nak tak nak, kena membaca dulu website yang perlukan review tersebut.  Rasa macam masuk ke dunia persekolah balik la plak.

Alhamdulillah, keputusan aku untuk bekerja di rumah dan berhenti berjaja di pasar malam / pasar tani, aku rasa tepat pada masanya. Al maklumlah menjaja pasar malam sekarang ni sangatlah menduga iman. Mana taknya, petang kerap hujan. Kalau merungut, nampak sangat tak kuat iman.

Jadi aku sekarang dapat fokus betul-betul dengan butik online, yang ada nampak peningkatan jualan, hasil 'full time marketing' yang disertai 'all out' membaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan. Kalau dulu aku memasarkan semuanya samada melalui ebay atau lelong, tapi sekarang guna website sendiri dan blog, lagi puas hati. Cuma promosi memang kena kuat untuk dapatkan trafik. Sebab 'convertion rate' perlu diambil kira, samada 1 : 100, 1: 500, atau 1: 1000 bertukar menjadi buyer. Ebay aku buat suka-suki je dalam dropshipping buat masa ni.

Antara kelemahan ketara butik muslimah aku tu adalah dari segi kaedah pembayaran yang masih kebanyakannya kurang jelas. Lagi satu perkara ialah senaraian harga yang berdasarkan USD, di mana kebanyakannya menyangka harga produk terlalu murah (RM).

Walhal, sudah terang lagi bersuluh, akan harga yang tertera simbol $.. uishh..letih juga menjawab , memberikan 'instruction' kepada 'potential buyer'. Nasib baik aku dah mula menumpukan kerja dari rumah  sahaja, maka banyak kali asyik menjawab soalan 'bakal pelanggan' samada melalui emel atau sms.

Berbalik pada tajuk, aku kadang-kadang berperang dengan diri bila kurang jualan butik online, atau tiada langsung dalam satu hari. Adakah aku tidak berusaha (maksudnya pergi masuk pasar malam). Sebenarnya keputusan aku berhenti pasar malam tu selepas aku ambil kira beberapa faktor. Aku akui aku tidak sesuai untuk menjaja begitu. Bukan sebab aku berstatus graduan universiti, tapi aku kenal pasti kelemahan aku sebagai penjaja - aku tak perlu tulis kat sini, sebab rahsia sulit woo.. untuk post-mortem je.

Sebenarnya aku sekarang cuba sebaik mungkin fokus dengan 2 kerja sahaja buat masa ini. Jualan produk fizikal, dan juga niche blogging. Terima kasih pada 2 sifu aku, Rohaizad dan Catzer yang memberikan panduan serta teguran membina dalam mengharungi bidang yang masih baru di Malaysia ini. Semoga Allah dapat memberi ganjaran kepada ilmu yang dicurah itu. Terima kasih juga buat Megat dan Bro Azam dalam membantu aku mempromosikan Muhasabah Trading.

Aku sudah berusaha dengan cara aku. Cuma kena banyakkan bertafakur, menghitung salah dan kurang kita samada kepada sesama manusia, dan juga kepada Allah. Aku cuba sebaik mungkin
untuk berpegang pada janji. Ya Allah permudahkan jalan hambaMu ini, berilah keredhaan dan tetapkanku dalam iman.

Amin.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...