Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Showing posts with label johor. Show all posts
Showing posts with label johor. Show all posts
Jadual berbuka puasa dan imsak negeri Johor Ramadan 2014 1435 Hijrah
Assalamualaikum wbt
Hari ini merupakan hari pertama berpuasa, 1 Ramadan 1435 Hijrah. Alhamdulillah, diberikan kita sekali lagi kesempatan untuk mengharungi bulan yang penuh barakah ini. Mari kita perbanyakan amalan soleh, dan kurangkan perkara lagha dan melalaikan. Teguhkankan iman, kuatkan taqwa. Semoga kita diberkati dan dirahmati.. Amin.
Untuk rujukan kita bersama, disertakan jadual berbuka puasa dan imsak bagi seluruh Johor.
Niat puasa Ramadan sebulan dan doa berbuka puasa:
Salam Ramadan 1435H (2014).
Tiru Coconut Shake Klebang
original Coconut Shake Klebang image credit
Nama Coconut shake Melaka memang sudah tersohor dan terkenal satu "Malaya'. Paling popular adalah Coconut Shake Klebang. Mungkin mereka juga pelopor yang menjadikan 'coconut shake' popular dan komersil. Ramai juga yang google 'coconut shake melaka recipe' untuk mencari resepi rahsia di sebalik kejayaan mereka.
Bagi peminat coconut shake di Muar, mungkin tiada masalah bagi mereka untuk meneguk kenikmatan coconut Shake Klebang. Dengan jarak perjalanan kurang satu jam menaiki kereta atau menunggang motosikal, Melaka memang sebentar sahaja untuk sampai.
View Larger Map
Peta google, lokasi dan alamat Coconut Shake Luar Biasa di Parit Bunga, Muar.
Walau bagaimanapun,tak semua orang sanggup untuk pergi ke Melaka setiap minggu, hanya untuk meneguk coconut shake. Jadi, kini orang-orang di Muar ada alternatif. Apa kata anda singgah ke Coconut Shake Luar Biasa, Muar.
Kat mana tu? Lokasinya adalah di KM 7, Parit Bunga, Muar (Ledang), terletak di sebelah kiri jika anda menghala ke Tangkak, selepas turun jambatan kedua Muar. Kalau tak pasti, boleh tengok point A pada google maps di atas.
Setakat ni, di gerai Coconut Shake Luar Biasa ni, anda boleh dapatkan:
Coconut Shake Biasa .......= RM2.00
Coconut Shake Luar Biasa = RM2.50
Air kelapa 'ori' = RM2.00
Buah Kelapa Muda ........ = RM3.00
Durian Crepe 3 pcs ..........= RM5.00
Durian Crepe 6 pcs ..........= RM10.00
Nak tahu kenapa namanya coconut shake luar biasa, nantikan entri seterusnya.... :)
PMR 2010 : SMSJ no 1 terbaik di Johor
Hari ini dan semalam, hampir setiap rakyat Malaysia sedang sibuk memrperkatakan,, membincangkan dan bertanya keputusan PMR anak buah, adik, sepupu, anak jiran, anak sendiri, anak orang kampung sebelah, junior sekolah lama, bla, bla, bla..
Tahniah buat yang cemerlang dan bagi yang kurang berjaya, jangan sedih berminggu-minggu sebab tak dapat apa yang dicari. SPM ada lagi untuk 'final round' sebelum meninggalkan alam persekolahan.
'SPECIAL' tahniah buat SMSJ yang mendapat keputusan memberangsangkan.
Gua salute!
Untuk semua warga SMSJ, bekas pelajar (ex-student) dan juga ahli-ahli SAJOHA semua, korang tengok dan tatapilah sebahagian lembaran analisis keputusan PMR 2010 bagi kategori sekolah berasrama penuh (SBP).
p/s Gambo semua aku cilok daripada FB SMS Johor
Akhir sekali, tengok kata-kata nasihat daripada seorang kakak senior kita:
Oklah, dah petang dah ni, lepas maghrib aku kena gerak ke Alor Gajah, Melaka. Ada majlis perkahwinan Cha Yen Fong dan Alvin pada Christmas eve ni. Tahniah buat mereka.
Subscribe to:
Posts (Atom)







