Showing posts with label gambar. Show all posts
Showing posts with label gambar. Show all posts

Tazkirah hari ini: Tali silaturrahim

Sebuah gambar yang memberi seribu makna.

Semoga kita dapat menyamvungkan silaturrahim. Aamiinn.

2012 Drag battle crash @ Putrajaya Himpunan Jutaan Belia


" 2012 Drag battle crash @ Putrajaya " itu adalah tajuk asal video ini yang aku cilok daripada youtube. Tarikh upload pada 26 Mei 2012 (Ahad).

Tunggu sehingga minit ke 5:32, bila kereta terbabit mula merempuh penonton, mengakibatkan kemalangan yang tak sanggup nak dilihat.




PUTRAJAYA - Seramai 17 penonton perlumbaan drag yang diadakan sempena Himpunan Jutaan Belia 2012 di sini cedera termasuk empat yang parah apabila sebuah daripada kereta yang mengambil bahagian dalam acara tersebut terbabas.
 

Dalam kejadian yang berlaku tengah malam tadi di Lebuh Wadi Ehsan di Presint 19, kereta terbabit dikatakan hilang kawalan semasa sesi ujian sebelum perlumbaan sebenar, menyebabkan ia melanggar sekumpulan penonton yang dikatakan berada di luar kawasan yang dibenarkan.
 
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata empat yang cedera parah itu masih dirawat di Hospital Putrajaya manakala pemandu kereta tersebut tidak mengalami sebarang kecederaan.
Petikan Sinarharian


Saksikan pula gambar-gambar foto di tempat kejadian, diambil daripada MelayuKini.net :








Artikel memilih coli seperti memilih suami

Ramai orang menyebut coli dan tak kurang juga memanggilnya 'bra'. Kalau tanya orang lelaki, ramai yang tak ambil tahu dan tak ambil pusing langsung saiz, warna, jenis atau cup milik isteri mereka.

Tapi jangan salah anggap, ada juga yang lelaki yang 'expert' dalam pemilihan coli wanita. Apatah lagi yang 'high taste', berselera tinggi.

Kalau dulu, ramai yang cuba mengintai gambar cctv pilih coli, tapi kali ini pula, entri ini bukannya bertujuan melucah. Aku sekadar cuba mendalami keyword "artikel memilih coli seperti memilih suami" yang tiba-tiba muncul dalam analitics Nuffnang.

Dapat payment paypal daripada Triond



Salam semua,

Aku semenjak dua menjak ni amatlah terbatas aktiviti berblogging, maklumlah, kerje makan gaji. Tak banyak masa terluang. Kat opis memang ada internet, tapi keje berlambak-lambak, tak ada masa free untuk intai-intai  buat entry.

Kali ni aku nak konsikan pendapatan terkini daripada triond, salah satu program buat duit part time yang aku dah lama ceburi. Memang tak banyak mana pun jumlah yang paypal hantar tu. Tapi sekurang-kurangnya ada juga duit USD yang singgah, walaupun dah lama aku tak upload gambar kat website triond tu.

Sebenarnya memang senang sangat nak dapat duit daripada triond, upload gambar, masukkan penerangan dan kemudian letak tag. Setiap 5 'view' untuk satu gambar, akan dibayar dengan usd $0.01. Masalah aku yang utama sebab guna internet prepaid, memang tak stabil, kadang-kadang laju, kadang-kadang macam siput sedut. Tu yang maslas nak upload. Kadang-kadang dah nak siap je upload, terputus sambungan internet... Habis rugi masa terbuang tanpa hasil...

Hmm.. melalut la plak aku ni. Sebenarnya, aku nak tekankan bahawa buat duit part time dengan triond ni memang betul dan aku dah pernah dibayar beberapa kali. Cuma takdelah kencang macam churpchurp atau says...




Lontong Goreng.. ingatkan 'fish cake'!


Masa pergi kurus di Batu Pahat tempohari,aku pergi menikmati sarapan pagi bersama para pegawai Bank Kerjasama Rakyat. Perghh, terbuka selera pagi-pagi bila tengok juadah masakan Johor.

Aku pun ambil sepinggan mee goreng, sedikit sambal dan beberapa ketulan berupa potongan dadu sebesar 1 1/2 inci. Mula-mula ingatkan aku dah mengambil 'fish cake', selepas beberapa kunyah. AAiikkkk??? apsal lain macam je rasa.

Rupa-rupanya itu adalah itu adalah lontong goreng, resepi orang Batu Pahat. Memang pertama kali aku jumpa. menurut pegawai tu, di Muar, agak susah untuk berjumpa dengan menu ini. Aku yang anak jati Johor, pun baru pertama kali jumpa, selepas 33 tahun bernafas di atas muka bumi Allah ini.

..... sedikit kagum!

1 juta poskad mansuhkan PPSMI : aku tengok A. Samad Said LIVE


Pelancaran 1 juta poskad mansuhkan PPSMI dan Ceramah Perdana Peringkat negeri Johor telah berlangsung di markas Pas Kundang Ulu pada 15 Mei 2009 (semalam). Aku turut sama menyibuk (berniaga tudung dan jubah sebenarnya).

Orang-orang kuat yang hadir: 9kalau salah, memang salah aku tak fokus sangat).

Pesuruhjaya Pas Negeri Johor, Dato' Dr Mahfodz
Naib Presiden PAS, Tn Hj Mohd Sabu,
Sasterawan Negara Dato' Dr. A. Samad Said,
Presiden TERAS Cikgu Azmi Abd Hamind,
Pengiat teater Sdr Dinsman,
Adun Skudai YB Dr Boo Cheng Hau selaku ketua pembangkang PR Johor.
Pengerusi PKR Johor, Tn Hj Anuar Saleh.

Aku sampai lepas asar. hujan selebat-lebatnya. memang aku rasa boleh banjir Kundang Ulu petang tu. Menjelang Isyak, para VIP telah sampai. Lepas solat Isyak, baru aku selesai pasang / gantung segala barangan dagangan. Tu pun tak semua di keluar, sebab hujan tak berhenti sepenuhnya.

T- shirt bantah PPSMI


Hujan renyai-renyai sampailah lebih kurang jam 10 malam. Kawasan sekitar dah macam sawah bendang, memang becak habis. Majlis bermula dengan para penceramah memberikan ucapan masing-masing, sehingga tiba di kemuncaknya apabila Datuk Dr. A. Samad Said merasmikan kempen 1 juta poskad mansuhkan PPSMI. pertama kali aku mendengar ucapan secara 'LIVE' oleh seorang sasterawan negara. Menarik dan puitis setiap bait kata beliau. Seronok mendengar.

Kerancakan majlis tiba, bila Tn Hj Mohd Sabumemberikan ceramahnya. Pedas dan bernas, hentam tetap hentam. Ada rasional dan ada kritikan. majlis selesai lebih kurang jam 12.30 pagi. Aku siap berkemas dan tinggalkan tempat tu dalam jama 1 pagi. Pengalaman pertama berniaga di Majlis Ceramah PAS!

Nak tahu cerita lanjut, boleh tengok sini dan 1 Juta Poskad Mansuhkan PPSMI

Akhir sekali kita tengok aksi tendang menendang.. :P

Lada dan tomato : serius aku nak jual


Pokok tomato


Pengelasan nama saintifik

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Solanum
Spesies: S. lycopersicum




Lada @ cili @ cabai

Pengelasan nama saintifik

Alam: Tumbuhan
Divisi: Magnoliophyta
Kelas: Magnoliopsida
Order: Solanales
Famili: Solanaceae
Genus: Capsicum
Spesis-spesis cili - Capsicum annuum, Capsicum frutescens, Capsicum chinense, Capsicum pubescens, Capsicum baccatum.


Gambar di atas adalah 2 jenis pokok yang aku semai : pokok lada merah dan pokok tomato.

Apa aku nak buat?
Aku nak buat duit dengan pokok-pokok tu.

Macamana?
Aku akan jual bersama dengan baja tahi kambing. Pasaran utama adalah kat pasar tani dan juga pasar pagi serta depan kat tanah atok long aku yang akan dijadikan nurseri mini.

Aku dah nekad. Memang dari dulu pun aku dah bercita-cita nak jadi petani moden. Syarikat Muhasabah Trading yang ditubuhkan sejak tahun 2007 pun mempunyai bidang pertanian dalam daftar SSM, selain bidang pakaian. Cuma selama ini pengurusan masa aku agak terbatas. maklumlah sibuk berniaga pasar malam dan juga memasarkan produk di dalam ebay.

Apa yang aku nampak, menanam pokok lada selain aku sendiri boleh tukarkannya menjadi duit, pembeli itu sendiri akan dapat berjimat.

Kenapa?
Setiap isi rakyat keluarga Malaysia menggunakan lada @ cili hampir setiap hari. Harga pasaran semasa adalah di antara RM 5 - RM 8 ringgit sekilogram (boleh mencecah sehingga RM 10). Bayangkan jumlah ringgit yang berjaya dijimatkan dengan menanam sepohon pokok lada di rumah sendiri. Kos penjagaan memang tidak besar. Hanya memerlukan penyiraman setiap hari. Baja bolehlah dipilih samada baja organik atau pun baja kimia.


Berapa lama tempoh jangka hayat sebatang pokok lada?

Pokok lada mula dituai hasilnya seawal 1 1/2 bulan (biasanya selepas 2 bulan ditanam). Jangka hayat kebiasaannya mencecah sehingga 5 - 7 bulan. Untuk tanaman secara komersial, boleh dipilih samada tanaman sungkupan di atas tanah, ataupun secara fertigasi. Bagi penanaman di rumah, boleh ditanam di dalam pasu atau polibeg. medium yang digunakan samada tanah, sekam padi tau pun sabut kelapa hancur. Anggaran pengeluaran hasil ialah 0.8 hingga 15 kg sepokok.



Untuk panduan penanaman cili, boleh rujuk sini

http://www.doa.sarawak.gov.my/cili.htm

Panduan menanam cili dalam Pasu/Polybag

Orkid sotong

Salam..

Korang pernah dengar nama orkid sotong? Kalau nak tahu, ni aku letakkan gambar orkid sotong.

Orchid 07; bunga, flower, Flowers, gambar, Orchid, orkid, wallpaper

Kalau nama saintifik dia, minta maaf memang aku tak tahu. Gambar ni aku ambil masa dekat pasar tani Stadium Muar. Aku letakkan dalam triond. gambar-gambar orkid lain tak banyak aku dapat impression. Tapi yang ni memang terlalu banayak berbanding yang lain-lain. Mungkin sebab rupa di pelik sikit kot? Dulu si Titan yang kenalkan aku pada Buat Duit Dengan Triond. Aku pun cuba, apatah lagi aku memang suka ambil gambar.

Setakat ni memang setiap bulan aku dapat duit daripada Triond. Tak susah, setiap kali gambar yang korang 'upload' , dibuka oleh 5 orang berbeza (5 impressions from different users), korang akan dapat USD$ 0.01 . Bayaran dibuat menggunakan paypal atau pun western union. Memang sangat mudah buat duit dengan cara ni. Kalau nak dapat banyak, rajin-rajinlah upload apa-apa sahaja gambar yang korang boleh ambil dengan telefon kamera tu.

Ni petikan daripada Triond :

How it Works

Using Triond is easy:

  1. You create original and unique content in any format.
  2. We publish your content on the most relevant website according to its topic.
  3. You get more recognition and more readership while building a portfolio and earning revenue.

It's simple; you create, we publish, you earn.

Creating Your Content

Whether you write, photograph, record or compose, you can submit your creation to Triond. We accept all original content on any topic, including written articles, pictures, audio, and video. No matter how you created it, we can publish it.

Get Published Online

Once your content is submitted and approved, we will publish it on a website within our publishing network that best suits your topic and target audience. Our network includes niche websites with topics ranging from poetry and literature, to business, sports, travel, health and wellness, and many more.

You can easily keep track of all of your published items in your Triond account. You can even personalize your profile page to transform it into a unique, sharable portfolio that rivals any blog.


tapi sayang, takde program refferals. kalau tak, boleh juga aku dapat komisen.. :P

Youtube Gambar Fasha Sandha mandi

Video Youtube ni yang aku tak tahu dari mana munculnya memang memeranjatkan aku. Pada mulanya aku seakan tidak percaya gambar Fasha Sandha mandi ni dah berjaya aku download... free plak tu. Memang sah dan tak disangkal, memang gambar beliau sedang mandi tanpa seurat benang... Perghh.. tak terkata aku. Sedikit tergamam.





..                           Peluang utk pergi Sabah FREE (KLIK)                           ..







Gambar mandi bogel dari Youtube Google image

Kuang.. kuang.. kuang... Kesian Fasha Sandha... Ada 11 carian menggunakan keyword "Youtube Gambar Fasha Sandha mandi" masuk ke dalam blog kambing jamnapari untuk minggu ni. Ini adalah statistik daripada Nuffnang:


KEYWORDSHITS
kambing jamnapari45
kursus pertanian 2009 disabah15
tugas akitek lanskap ?14
contoh pelan kandang kambing12
jamnapari12
youtube gambar fasha sandha mandi11
pelan kandang kambing9
supplier alat fertigasi di sarawak6
kambing jamnapari untuk4
teka teki lawak nak mampos4


Keyword Fasha Sandha mandi tu tak silap aku memang daripada peraduan lawak kambing. Kesian Fasha Sandha, ramai yang cuba skodeng orang mandi ek?

Takde kerja lain ke?






gambar kambing jamnapari jantan (sama besar moto RXZ). Klik untuk besar.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...