Showing posts with label menang. Show all posts
Showing posts with label menang. Show all posts

Zulfahmi KHAIRUDDIN bukan jaguh kampung



Bangga sekejap.... Zulfahmi KHAIRUDIN berjaya membuktikan yang beliau bukan jaguh kampung.

Kemenangan tempohari di Litar Sepang, terus diberi kesinabungan, apabila beliau muncul tempat ketiga, ketiga kejohanan motoGP untuk kategori moto3 menutup tirai musim 2012 di Valencia, Sepanyol.

Zulfahmi berjaya menduduki tempat ketiga dengan catatan masa 45'06.005 , hanya ketinggalan  (0.114 saat di belakang pemenang pertama). Bermula dipetak 17, menamatkan perlumbaan di tempat ketiga, di atas trek basah litar Valencia.


Saksikan detik-detik kemenangan beliau.




Yang ni pula, lagi ramai 'respect', Zulfahmi mengelak simbahan champange ketika menaiki podium.

 

Rezeki memberi komen


Jumaat lepas aku dapat satu bungkusan nipis daripada encik posmen yang bertugas. Aku belek-belek, tertulis alamat pengirim di belakangnya. Oh, baru aku teringat, ni adalah janji Nuaeman pada 5 orang yang bertuah di blognya. Terima kasih bro.

Aku dapat hadiah sebuah buku 'Adab Ramadan: Ramadan Pencetus Kecemerlangan Dunia dan Akhirat', hasil nukilan Absyar Fuad & Suzana Ismail. Terima kasih kepada Nuaeman Bookstore, yang menyumbangkan sebingkis ilmu untuk menjadi santapan minda di bulan puasa.

Insyaallah aku akan cuba baca sekerap mungkin untuk menghabiskan kandungan buku ini.  Yelah, karang rugi plak dah habis puasa tak baca-baca lagi buku tentang adab bulan puasa ni.

Sekali lagi aku ucapkan terima kasih kepada Nuaeman yang sudi menghadiahkan buku ni kepada aku. Aku juga ingin ucapkan tahniah dan selamat maju jaya atas pelancaran Nuaeman Bookstore : Kedai Buku Online. Semoga usaha murni tersebut mendapat keberkatan dan keredhaan Allah swt.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...