Showing posts with label Itali. Show all posts
Showing posts with label Itali. Show all posts

Mana satu aku nak kejar.. Yuna ke Polo




If you're a fan of YUNA, you must look at this!!! Her most exciting Project ever!  profile image
Aku pun tak tahu mana satu nak kejar, samada join projek Yuna atau 'aim' untuk Volkswagen Polo Sedan. Mana taknya, sekali datang, mencanak-canak masuk offer. Dulu masa tengah kendur, takde plak diaorang nak offer kat aku.


Sekarang aku tengah berkira-kira samada nak bagi kata dua antara Yuna atau VW Polo ni, atau sapu dua-dua sekaligus.. ..........hmm...........  kusut, memang kusut.

Tu tak masuk lagi satu offer ke Itali daripada Shell dan jadi blogger rasmi masa Olimpik 2012 London.

campaign image
Rezeki kan, kalau datang memang kita tak sangka, semua tu kerja Allah, kita hanya berusaha. Hanya Dia yang menentukan.

Kebetulan tadi masa khutbah Jumaat di masjid Padang Temu, khatib bercerita tentang rezeki yang halal dan ikhlas seorang pekerja sempena hari pekerja yang akan datang, 1 Mei 2012, minggu depan.

Apa-apa pun kita kena bersyukur dengan apa yang ada . Cubalah cari keredhaanNya dan juga kerbekatan dalam menongkah arus kehidupan.

Yang baik datang daripada Allah, dan yang buruk datang daripada kita.


p/s - nak tahu apa yang aku melalut kat atas tu, boleh daftar FREE kat si S dan si C.



Contest hangat 2012 menang Ferrari Itali untuk lelaki kacak



Aku baru je terjumpa satu lubuk 'masyuk' buat duit masa buka dashboard says.my. Wahhh... menarik pasal ada beberapa sebab.

1. Kalau menang peraduan Shell Helix ni, boleh dapat :


Hadiah peringkat pertama:
15 x 1st Prize: RM2,000 cash
15 x 2nd Prize: RM1,000 cash
15 x 3rd Prize: RM500 cash
500 x Consolation Prize: Shell Helix Ultra 4L worth RM218
Hadiah peringkat kedua:
5 x Grand Prize: All Expense Paid VIP Ferrari Experience in Italy (segala perbelanjaan ditanggung untuk layanan VIP, merasai pengalaman* Ferrari di Itali)

2. Peraduan ni berlangsung agak lama, sehingga 31 Mei 2012, maknanya ramai yang ada peluang dengan masa yang panjang ni.

3. Masa panjang ni beri peluang kepada aku sebagai pekerja part time di rumah untuk buat duit daripada kempen says ni (56 hari tu, lama sungguh)..

*Pengalaman Ferrari yang dimaksudkan, ialah :



  • Lawatan ke Ferrari HQ di Maranello, Itali.
  • Melawat Milan, Itali (kota fesyen)
  • Berkongsi pengalaman dengan pasukan F1 Scuderia Ferrari di Italian Grand Prix Monza, September, 2012.
Kalau korang nak cuba nasib, apa kata pergi tengok laman rasmi Shell Helix ni.

p/s- aku pun nak cuba nasib. Sapa tak nak jadi lelaki kacak, pergi Milan + tengok F1 Itali FREE.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...