Tips BAEEKKKK petua cara halau dan hilangkan lalat



Adoiii.. pening kepala bila tengok lalat mula hurungi makanan yang dihidang kepada pelanggan. Baru je 2 minit diletakkan atas meja. Masyaa Allah sudah berpusus-pusu lalat menghurung makanan. Memang menjijikan dan menjengkelkan.

Masalahnya bukan sebab aku tak jaga kebersihan restoran ni. Tapi dek kerana sistem pembuangan sampah yang kurang diberi  perhatian samada oleh orang awam, atau sebahagian peniaga-peniaga lain di kawasan ini.

Dah pelbagai petua dan tips aku cuba amalkan untuk menghalau lalat-lalat ni. Habis semua petua tradisonal dan moden aku cuba buat. Ada yang berkesan, tapi tahan untuk sehari dua je. Mana taknya, selagi ada medium untuk lalat bertelur (sampah / bahan buangan basah berair), selagi tulah telur lalat mudah menetas dan menjadi ulat berengga.

Kalau makanan terdedah, tak usah cerita. Kejap je dah dipenuhi telur lalat yang meloyakan untuk diterima tekak.. uwweekkk!!!


Bukan setakat usaha, aku pun selalu berdoa agar masalah untuk hilangkan lalat ni selesai.

Alhamdulillah, nak dijadikan cerita pertemuan dengan Nasir pada hari Rabu itu memang satu rahmat buat aku. Spray lalat produk keluaran syarikatnya memang ajaib. Walhal, slema ini aku selalu juga terjumpa dia, tapi tak pernah pula tahu yang dia ada mengeluarkan produk spray lalat ni (Easy Pest).

Jaminan yang diberi, 30 saat sahaja untuk lalat mati. Ya, 30 saat selepas lalat hinggap pada permukaan yang disembur cecair spray lalat. Serius memang ajaib!

Kalau anda semua mempunyai masalah yang sama untuk menghapuskan lalat. Memang berbaloi untuk mencuba. Lagipun, ada jaminan "money back guarantee".


  Klik sini.






Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...