Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak


image credit : www.adweek.com


 

Perbezaan Takbur, Ujub Dan Riak

Ujub bermaksud bangga akan diri sendiri, merasa kagum terhadap diri sendiri kerana kelebihan atau sesuatu yang terdapat padanya. Diri sendiri yang dimaksudkan adalah berkaitan peribadinya, orang kelilingnya, harta benda, kecantikan, kepandaian, anggota keluarganya atau apa sahaja yang dekat dan akrab dengan dirinya. 

Manakala riak pula ialah tidak ikhlas menunaikan ibadat atau melakukan sesuatu dengan mengharapkan balasan yang setimpal. Sebagai contoh seorang lelaki atau perempuan yang bersembahyang sambil mengharapkan agar ada orang yang memerhati dan memuji kerajinannya. 

Sifat takbur mempunyai tiga peringkat iaitu : 

1- Takbur kepada Allah S.W.T.
Ia setinggi-tinggi tingkat takbur dan paling membahayakan diri, ia berpunca daripada sifat jahil, angkuh dan ingkar. Al-Quran mengisahkan kaum ‘Aad, Firaun dan Qarun diazab oleh Allah S.W.T kerana memiliki darjat takbur seperti ini. 

2- Takbur kepada Rasul
Ia jatuh pada darjat yang kedua peringkat takbur Golongan ini berpendapat bahawa Rasul ialah manusia biasa yang tidak memiliki apa-apa keistimewaan sepetimana yang dirakamkan di dalam al-Quran yang bermaksud: "Sesungguhnya kamu (Muhammad) hanya manusia biasa seperti kami." (Surah Ibrahim :10) 

3- Takbur terhadap sesama manusia.
Takbur peringkat ketiga ini tidak sama dengan takbur kepada Allah S.W.T dan Rasul-Nya yang boleh membawa kepada sifat-sifat kafir. Takbur peringkat ini hukumnya berdosa dan fasiq.
Dipandang dari beberapa sudut, sifat takbur boleh membawa kepada:
a) Ingin menyaingi kekuasaan dan sifat-sifat Allah S.W.T.
b) Keingkaran terhadap perintah-perintah Allah S.W.T dan Rasul-Nya.
c) Bertuhankan kepada manusia.
d) Menghalang sifat-sifat baik.

👉 Ketiga-tiga penyakit hati ini membahayakan umat Islam dan ada pendapat ulama meletakkan ketiga-tiga sifat ini sebagai syirik kecil. Jika sifat-sifat ini terdapat di dalam diri, ia akan menyebabkan pahala amalan ditolak serta merta.

perkongsian daripada whatssapp
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...