Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
"Parking" kereta sukahati di Muar
Salam...
Gambar pertama tu adalah pemandangan indah menjelangnya senja di Hentian Bas Maharani, Muar (memang terletak bersebelahan Sungai Muar). Bot tu kalau tak silap saya adalah hak milik Jabatan Kastam. Cantik tempat ni, boleh layan blues.... Gambar ni saja je bagi rasa redup dan sejuk mata memandang.
SILA BACA 10 cara jana pendapatan dirumah
Gambar kedua ni adalah tempat meletak kereta sukahati di Bandar Maharani (Muar). Itu adalah pemandangan biasa, terutama pada waktu hari bekerja dan waktu puncak. Jika anda datang ke Muar, jangan terpengaruh dengan budaya setempat yang meletak kereta sesuka hati. Tak tahu di mana silapnya, masyarakat kita tak tahu dan kurang pandai untuk letak kereta di tempat yang disediakan. Apalah salahnya berjalan kaki untuk ke kedai yang dihajatkan. Bukan jauh sangat, kalau setakat Jalan no. 1 (Jalan Petrie), dan jalan no. 2 (Jalan Mariam), tempat 'parking' kereta ada banyak kosong di Hentian Teksi.
MPM (Majlis Perbandaran Muar) serta Polis Trafik Daerah Muar perlu mengambil langkah lebih konsisten dalam mendidik mentaliti orang Muor. Saya sebagai anak jati Muar cukup terharu dan simpati dengan minda kelas ketiga ini. Kalau melalui pusat bandar pada waktu-waktu begini, memang menyakitkan hati. Bukan sahaja membahayakan pemandu, bahkan pejalan kaki turut terancam dengan kereta atau motosikal yang tiba-tiba akan 'mencilok' untuk mengelak kereta-kereta yang bertaburan di parking sukahati ini...