Salam semua
Kebelakangan ni, aku agak jarang update blog ini. Aku sedang bergelut dengan moral diri, memotivasikan semangat yang hilang. Memang seronok berniaga, terutama bila kantung dipenuhi wang, duit masuk bertalu-talu. Tapi harus diingat, dunia perniagaan juga umpama roda. Kadang-kadang di atas, kadang-kadang duduknya di bawah. Itulah yang terjadi pada aku. Dalam mengharungi bisnes, telah 2 kali aku jatuh dalam masa 2 tahun. Sebabnya- faktor logik; aku kurang berpengalaman. Faktor akal pula; ujian daripada Allah swt bagi membetulkan diri yang tidak dapat lari daripada melakukan silap dan dosa.
Sebab itu, muhasabah adalah jalan yang terbaik untuk memperbaiki diri, membetulkan iman. Duduklah menyendiri - menghisab salah dan silap kita. Pada aku, bisnes yang baru bermula, lagi senang untuk naik, berbanding yang telah jatuh untuk dibangkitkan kembali. Cabaran dan dugaan tetap ada. Nak untung je... kena redha qada dan qadar. Kena ada ujian dan rintangan. Sebabnya manusia mudah lupa. Bila senang, lupa pada rezeki dan kurniaan Allah. Bila susah, barulah mulut tak habis-habis menyebut kalimah Allah. Doa sana, doa sini.
Alhamdulillah, aku dapat mencari kekuatan untuk bangkit daripada mimpi ngeri. Sentuhan ajaib adalah 'magik' yang hanya akan hadir dengan izin Allah. Mungkin sehari, mungkin seminggu, setahun atau bertahun-tahun. Wajib kita percaya dan redha qada qadar Ilahi. Memang kita berusaha, hanya Allah jua yang menentukan.
Pesan aku - merendah diri dan jangan kikir untuk menderma. Firman Allah yang bermaksud, " Jika ada RIAK didalam hati kamu walaupun sebesar zarah, maka ia akan dibakar dengan api neraka di akhirat kelak".