Agi Idup, Agi Ngelaban

Tahu apa makna ayat pada tajuk pos ni? Itu adalah bahasa Iban (Sarawak) kalau tak silap aku. Ayat "Agi Idup, Agi Ngelaban" aku ambil daripada buku "Kanang Anak Langkau", hasil bacaan aku pada zaman kanak-kanak dulu. Maksudnya lebih kurang, 'selagi kita hidup, selagi itu kita berjuang'.

Pepatah Iban yang bererti "Berjuang selagi nafas masih ada."

Buku tersebut mengisahkan Kanang seorang perajurit negara yang berkhidmat dengan ATM (angkatan Tentera Malaysia). Keberanian beliau memerangi musuh komunis menjadi contoh dan rujukan bagaimana seorang pahlawan berjuang berhabis-habisan bagi menentang keganasan dan ancaman kepada negara. Ini membolehkan beliau dianugerahkan pingat gagah berani.






Semangat, kecekalan serta kekentalan semangat yang ada pada beliau patut kita jadikan contoh dan tauladan. Sememangnya kita jangan berputus asa dan mengalah dalam membuat apa jua pekerjaan. Selagi kita ada kudrat dan kekuatan, berjuanglah, berusahalah. Kelak kejayaan menjadi milik kita.

*..... Aku baru sahaja balik daripada berniaga di majlis ceramah PAS oleh MB Kelantan, Tuan Guru Nik Aziz. Suasana di tempat berniaga kelihatan tak ubah seperti sebuah expo. Memang meriah. Biasanya aku pergi berniaga di Pekan Serom Muar untuk hari Jumaat. Tapi memandangkan situasi sudah 'tengah bulan', aku berkira apa salahnya mencari alternatif jika hasilnya lebih lumayan. Belum cuba, belum tahu. Yang penting ada kemahuan, dan ada usaha. Selebihnya berserah kepada Allah swt. Kita berikhtiar, Allah jua yang menentukan.

.. agi idup, agi ngelaban...
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...