Kali ni aku nak bercerita tentang pengalaman aku bergaul dan berjumpa orang-orang yang biasa bergelumang dengan dadah era 2020 - dadah pilihan remaja terkini. Tulisan ini supaya kita dapat megelak serta mencegah sebelum nasi menjadi bubur. Cegah sebelum parah! Video cara membuat memasak ice syabu
Mengikut kawan aku tu, antara tanda-tanda yang paling asas kita boleh syak seseorang itu mengambil syabu ialah keadan mengaru-garu (merenyam tangan) - gatal di bahagian kulit yang berpanjangan. Memang dia sikit-sikit garu kulit tangan terutamanya.
Tanda lain yang boleh diperhatikan adalah keadaan muka yang cengkung serta badan melengkung. Antara masalah lain penagih 'batu' ni ialah sentiasa kekurangan sumber duit. Mana taknya, satu tiub straw (panjang +/- 0.5cm) berharga RM 50!
Lagi satu, kalau ternampak adik, abang, pakcik atau sesiapa sahaja ahli keluarga anda mempunyai dacing penimbang digital, berkemungkinan besar dia adalah seorang pengedar @ tokan @ pusher.
Sebab aku nak pesan macam ni supaya anak bangsa kita tak mati katak, jadi sampah masyarakat. Ada kes kontraktor berjaya, akhirnya duduk merempat di dalam belukar pinggir kampung. Tinggalkan anak isteri, jadi penagih dan juga tokan (untung jualan syabu dibuat pusingan modal untuk diri sendiri serta makan minum).
Di bawah ini adalah penjelasan daripada PEMADAM tentang syabu:
Jenis-jenis Dadah :: Psikotrapik
Psikotrapik adalah dadah yang bertindak kepada otak dan merangsang fizikal.
PSIKOTRAPIK | BAHAN ASAS | TEMPAT PENGELUARAN | |||||||||||||||||||||||||||
|
|
|
NAMA/BENTUK
|
CARA PENGAMBILAN
|
TANDA PENGAMBILAN
|
KESAN PENGAMBILAN
| |
JANGKA PENDEK
|
JANGKA PANJANG
| |||
METHAMPHETAMINE Dikenali sebagai syabu, ice, batu kristal, kaca diamond. | Pil/kapsul chasing the dragon. | Tingkahlaku yang agresif, tekanan darah tinggi. | Perasaan yakin pada diri sendiri boleh berjaga tanpa tidur 2-3 hari. | Penurunan berat badan, penyakit saraf, jarang tidur, hilang selera makan, bimbang berpanjangan, kulit kering dan gatal-gatal, hilang daya ingatan stroke/mati. |