Upin dan Ipin : Produk Malaysia di mata dunia



Tahniah buat Les Copaque kerana produk animasi Upin dan Ipin telah berjaya memecah arena pasaran antarabangsa. Upin dan Ipin yang sinonim dengan 'tagline' betul, betul, betul bukan sahaja lagi memukau dan menjadi idola kanak-kanak di Malaysia, tetapi bakal memikat jutaan penonton di seluruh dunia. Ini berikutan perbincangan akhir antara Les' Copaque Production Sdn Bhd dengan Disney.


Disney minat pasarkan animasi Upin & Ipin
Les' Copaque Production Sdn Bhd kini dalam peringkat akhir perbincangan dengan saluran Disney yang bakal menyaksikan siri animasi 3D Upin dan Ipin serta filem Geng: Pengembaraan Bermula ditayangkan di 17 negara Asia Tenggara dan Korea.


Pengarah Kreatif dan Pemasarannya, Mohd Nizam Abdul Razak, berkata syarikatnya dalam proses akhir pemeteraian perjanjian selepas Disney berminat dengan kualiti yang ditonjolkan menerusi Upin dan Ipin.

"Disney bersetuju untuk menayangkan Upin dan Ipin di Asia Tenggara serta Korea yang seterusnya membuka peluang kepada kami bagi memasarkannya di negara Eropah melalui pasaran mereka," katanya.

Katanya, siri animasi 3D 42 episod kesukaan ramai itu dijangka mula ditayangkan Disember ini manakala Geng: Pengembaraan Bermula pula akan mula ditayangkan tahun depan di negara terbabit.



Aku sebagai anak Malaysia tumpang bangga dengan produk Buatan Malaysia ini yang setaraf dengan 'produk import',malah tak keterlaluan jika mutu dan kualiti Upin & Ipin mengatasi sesetengah kartun animasi terbitan syarikat produksi luar negara.

Semoga kejayaan ini bakal mengangkat martabat filem animasi Malaysia dan menjadi sumber inspirasi kepada kita semua, khusunya generasi muda-mudi remaja masa kini.

Apa yang pasti, kejayaan tidak datang dengan jalan mudah. Setiap pengorbanan, usaha dan penat lelah pasti membuahkan hasilnya. Tiada jalan pintas untuk berjaya...

Tahniah sekali lagi buat Les Copaque serta Upin dan Ipin!
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...