Semalam dapat satu bungkusan pos laju, boleh tahan besar juga rupanya. Alamat pengirim, dari Perlis, daripada Kuina. Tengok alamat pengirim je dah tahu apa bendanya. Terima kasih Kak Jie. Sebab bagi periuk.
Tu yang dinamakan rezeki. Lebih-lebih lagi di bulan Ramadhan. Ada satu pesanan kawan aku yang aku pegang dalam konsep rezeki / berniaga. Katanya, "rezeki tu kita tak boleh nampak!" Aku terdiam dan mengiyakan kata-katanya. Memang betul apa yang dikata. Kalau kita tahu rezeki kita, senang jadinya. Nak pergi berniaga pasar malam boleh pilih waktu. Contohnya kalau hari hujan (kurang orang) atau waktu gaji (ramai orang). Tapi itu semua bukan kerja kita, Allah yang tentukan.
Yang penting kita yakin, usaha, berdoa dan tawakal.
p/s - nanti esok nak ambil gambar periuk, ni awal pagi, kurang cantik ambil gambar dengan SonyEricsson.
6 comments:
Test comment
wah tukar cat baru ni..sempena raya yer :D... wah rezeki tu, dari jauh pulak tu.tahniah..
selamat hari raya... maaf lah tak dapat nak bagi sebab incik samdaddycool habaQ lambat sangat hehehee
semlm dtng tp xleh komen...
nanpknya raya nie byk la buat ketupat & pulut.. almaklum la periuk baru...
lg 1... kek kukus jgn lupa letak cokelat diatasnya...
iza~de~bintang > aah cat rumah untuk raya. Lain kali saya habaq awal-awal noo.. :)
Kuina> hehehhe.. mak saya sudah 'pow' erk...
baru sempat nak berkomen, maaf ye...skrg ni publish entri pun berjadual, tak sempat nak lekat dengan keyboard.
periuk tu comel , kukus nasi yg sejuk waktu bersahur pun sesuai...
p/s - rasa kelakar pula..hadiah periuk kukus..kehkeh...rasanya tak pernah blogger buat
Kujie > Terima kasih banyak-banyak K.Jie... ok juga tu, pos periuk. Asyik pertandingan menang duit je, sekali-sekala lain barang, memang sangat menarik dan unik.. mantap periuk tu
Post a Comment