Berita terkini pula menyatakan Aduka Taruna telahpun ditangkap di Kota Bharu (bukan menyerah diri), selepas 2 hari menyembunyikan diri dan dibawa ke IPD daerah Muar. Petikan Berita Harian;
JOHOR BAHRU: Selepas dua hari menyembunyikan diri, penulis blog Aduka Taruna, akhirnya ditahan polis petang semalam bagi membantu siasatan berhubung kenyataan menghina Almarhum Sultan Johor, Sultan Iskandar dan kerajaan negeri.
Lelaki berusia 28 tahun itu ditahan di sekitar Kota Bharu, Kelantan, kira-kira jam 4 petang sebelum dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Muar.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, ketika dihubungi mengesahkan penahanan penulis blog itu yang disiasat mengikut Seksyen 233(3) Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Berita penuh di sini
Nampak gaya jika sabit kesalahan, penulis terbabit boleh didenda tidak lebih RM50,000 atau penjara tidak melebihi satu tahun atau kedua-duanya, selain dikenakan denda tambahan RM1,000 setiap hari dalam tempoh kesalahan. Banyak tu, dan kesalahan yang dah dibuat tu memanglah buat ramai orang tak puas hati selain terlalu kesat dan melampaui batas.
Aduka Taruna adalah blogger yang ke empat [ 4 ] yang ditahan polis kerana menyiarkan kenyataan berunsur penghinaan atau hasutan. Jadi blogger-blogger diluar sana, berhati-hatilah selepas ini. Jangan cakap ikut sedap mulut,dan jangan sangka pergerakan dunia maya tak boleh dijejaki dan dikesan. Sendiri mau ingat beb.