Pasukan khas siasat blog hina Almarhum Sultan Iskandar
JOHOR BAHRU: Polis menubuhkan satu pasukan khas bagi menyiasat blog yang dikatakan menghina Almarhum Sultan Iskandar ibni Almarhum Sultan Ismail, yang mangkat kelmarin.
Ketua Polis Johor, Datuk Mohd Mokhtar Mohd Shariff, berkata sebanyak 25 laporan polis diterima daripada pelbagai pihak di seluruh negeri ini yang dukacita terhadap penulisan blog http://adukataruna.blogspot.com itu.
"Kita akan cari dan heret mereka ke mahkamah," katanya sambil menegaskan kesalahan itu adalah sangat serius dan tidak dapat dimaafkan.
Mohd Mokhtar berkata, kes itu disiasat mengikut Akta Komunikasi dan Multimedia serta Akta Hasutan 1948.
Berita Harian
Keputusan Google Search bagi carian "BLOG HINA SULTAN JOHOR"
Results 1 - 10 of about 44,500 for blog hina sultan johor
Ramai yang tercari-cari siapa yang membuat onar dan dalang disebalik kata-kata kesat dan menghina terhadap Almarhum Baginda Sultan Johor. Yang pergi takkan kembali, biarlah ia pergi dengan tenang dan kita sebagai sesama Islam perlu mendoakan kesejahteraannya.
Urusan kita di atas dunia sudah selesai selepas jasad bersemadi di liang lahad. Apa yang berlaku selepas itu bukan urusan kita. Dan bukan kuasa kita untuk menjatuhkan hukum. Allah jua lagi Maha Bijaksana untuk memberi pembalasan kepada setiap hambanya.
Apatah lagi jika kita mengata, mengeji dan menghina seseorang yang telah mati. Maka kita pula akan berhutang dengan si mati, hutang sesama manusia yang mana kita perlu meminta maaf hatta hingga ke padang mahsyar nanti.
Terlajak perahu boleh undur, terlajak kata buruk padahnya...
Lagi tentang Aduka Taruna:
Aduka Taruna ditahan polis
Group Menentang Tindakan Blogger AdukaTaruna Menghina Almarhum Sultan Johor