Semalam, masa aku masuk blog Bluedianthus, aku perasan ada satu banner, rupanya macam kat bawah ni:
Aku klik dan aku tengok, wah! Kagum 5 minit... Sebab utama, mee siput* memang la makanan asasi masa kat sekolah agama kecik-kecik dulu. Yang kedua, sebab tokey mee siput ni telah keluar dari kepompong penjual mee siput yang lain. Apa tu, dah masuk online. Boleh order sahaja walaupun berada di hujung Malaysia.
Untuk warga Muar, mi siput memang menjadi kegemaran dan santapan yang 'best'. Untuk warga-warga daerah lain di negeri Johor, aku kurang pasti berapa kencangnya penangan mee sipot ni. Seingat aku masa bersekolah di Kluang dulu, memang ada.
Apa-apa pun, tahniah kepada SMART RAUDAH ENTERPRISE yang beroperasi di Sungai Abong, Muar kerana berjaya membuka lembaran baru dalam perniagaan online. Mee siput mereka sudah siap bergoreng dan mempunyai sambal tumisnya sekali. Aku memang pasti makanan istimewa ini sukar untuk mendapatkannya di pasaran luar Johor.
Jadi bagi sesipa yang gian makan mee siput, boleh 'order' saja. Diaorang boleh pos, dan biasanya esok sampai. Yang tak pernah makan mee siput, ada bran mau coba? Memang mee sedap!
* mee siput merupakan mee yang dikeringkan dan berbentuk lingkaran (elipse). Kebiasaannya, ia digoreng dan dimakan bersama-sama pencicah sambal tumis. Mee siput juga boleh dibuat bubur (pengat).