Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Blogger yang tersepit
Entri ini diterbitkan atas dasar menyahut cabaran Ijad, dan juga memeriahkan suasana berblogging yang kadang-kadang suram dengan ketandusan idea serta jiwa kacau.
Aku sekarang ni memang kurang ghairah untuk berblogging. Mungkin perkara utama disebabkan oleh faktor sibuk dengan busana muslimah aku tu? Atau aku sedang berperang dengan jiwa kacau? Entahlah, aku sendiri kurang pasti untuk menjawabnya.
Ada ketikanya aku mencongak dan mengira kebarangkalian untuk meninggalkan dunia perniagaan dan blogging yang aku buat waktu ini. Meninggalkan status bekerja sendiri untuk memasuki alam pekerjaan kolar putih? Ahh.. aku bingung juga.
Walaupun kadang-kala bisnes itu ada turun naiknya., dan ada pasang surutnya. Aku tetap sayangkan bisnes yang aku jalankan... Tapi aku agak buntu bila mak asyik menyuruh aku memohon kerja yang setimpal dengan kelulusan yang aku ada, sedangkan jiwa aku adalah jiwa berniaga.
Aku rasa tersepit..
Blogger yang tersepit
2010-08-02T05:18:00+08:00
Samdaddycool
blog|bloggers|blogging|