Melabur ASB guna pinjaman bank- untung atau rugi?



Salam semua,

Dah lama tak menulis dalam blog ni. Tak tahu kenapa aku buntu untuk meluahkan idea atau berkongsi pendapat. Hanya blog-blog Inggeris dan koleksi pakaian muslimah sahaja yang aku berjaya gagahkan diri untuk kemaskini.





Namun awal pagi ini aku seakan mempunyai kekuatan untuk terus berkongsi, walaupun bukan dengan idea sendiri. Setidak-tidaknya isu melabur ASB menggunakan duit 'loan' bank ini dapat kita selami pro dan kontranya.

Mengikut perkiraan seorang akauntan di blog uruswang, sebenarnya kita kecundang (rugi) jika mengambil pinjaman ASB, manakala pihak bank yang mengaut keuntungan.

Namun, jika kita telusuri komentar-komentar pembaca di situ, ada baiknya jika kita menggunakan kemudahan loan ASB, terutama untuk mereka yang kurang berdisiplin menabung menyimpan wang. Kalau mengikut atas kertas, semestinya menabung sendiri setiap bulan lebih untung daripada menyerahkan sebahagian besar dividen kepada bank akibat membayar 'installment' bulanan .

Ramai yang memberi komen mengatakan 'baik rugi sikit' daripada tak dapat menyimpan langsung. Ada juga yang menegaskan simpanan kita pasti terjamin hingga kepenghujungnya (jika terjadi musibah). Sebabnya? Pinjaman itu dilindungi insurans, yang akan menghabiskan baki tertunggak.

Banyak lagi yang diperdebat di situ. Masing-masing ada benarnya. Kalau nak tahu lebih lanjut, baca kat blog uruswang.
http://uruswang.wordpress.com
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...