gambar baby belum boleh ambil, sebab dalam nursery
Alhamdulillah, isteriku telah selamat melahirkan bayi lelaki seberat 2.7kg pada 9.19pm, hari Khamis malam Jumaat 02 Ogos 2012, bersamaan 14 Ramadan 1433 Hijrah.
Kelahiran secara normal, setelah melalui proses paksaan bersalin (induce) yang dibuat lebih kurang pada pukul 3 petang hari Khamis. Tarikh dijangka bersalin sebenarnya pada 09 Ogos, tetapi atas sebab masalah kencing manis ketika mengandung, bayi terpaksa dilahirkan lebih awal.
Alhamdulillah, semuanya selamat. Cuma sekarang isteri aku masih di wad hospital Melaka, manakala bayi berada ni nurseri (wad bayi). Doktor dan jururawat terpaksa memantau bayi terlebih dahulu disebabkan masalah ibu mempunyai darah A -ve (negatif), manakala bayi baru disahkan tadi mempunyai O +ve (positif), sama macam darah aku.
Ok, aku sekadar ingin berkongsi mengapa bayi terpaksa lahir awal sekiranya ibu mengidap kencing manis ketika hamil?
Menurut doktor (aku ceritakan serba ringkas), antaranya:
- 1. Bayi akan menjadi besar dalam kandungan, ini akan menyebabkan kelahiran sukar, dengan risiko terkoyak pada ibu mengandung, dan juga patah tulang pada bayi.
- 2. Bayi dalam kandungan telah terbiasa dengan suasana terlebih gula, pabila lahir, bayi akan stress dan mengalami kekurangan gula.
Di bawah ini fakta tentang risiko kencing manis ketika hamil
Aku sekarang kat Muar, Ahmad IQbal kena tinggal di rumah atuk. Oklah, aku nak pergi hospital Melaka, melawat ibu dan newborn baby.