Custom Search

Bermulanya Ramadhan, segala jenis syaitan dan jembalang ditambat

Hari ini merupakan hari terakhir kita makan, minum serta melakukan rutin harian sepenuh tenaga. Esok bermulanya 1 Ramadhan, tarikh keramat bagi semua umat Islam menunaikan rukun Islam yang ke 3.

Selama sebulan kita akan bertarung dengan nafsu semata-mata kerana syaitan telah 'dirantai'. Jadi berhati-hatilah dalam bercakap, membeli juadah berbuka serta barang keperluan persiapan hari raya. Semua yang 'terlebih' tu nafsu kita sahaja.

Bagi perokok pula, inilah masanya bagi kita berkorban dan melawan rasa gian serta ketagihan kepada rokok. Kalau kita boleh tahan tidak merokok selama hampir 13 jam, kenapa tidak pertahankannya untuk baki 11 jam? Memang susah hendak berhenti merokok, aku sendiri sampai pergi jumpa doktor untuk terapi berhenti rokok.

Mari kita lihat apa kata syaitan tentang rokok


Insyaallah, jika kita ada usaha, ada niat serta kemahuan, pasti di situ ada jalannya. Selain usaha, banyakkanlah berdoa serta kuatkan azam. Aku yang setiap minggu pergi ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, selalu ternampak poster tentang bencana rokok. Rokok menyebabkan paru-paru mereput, juga pelbagai jenis penyakit kanser.. serius, memang mengerikan dan rokok hanya penambah derita, bukannya gembira.

Mungkin panduan berhenti merokok ini boleh kita jadikan panduan. Laburkan sedikit wang yang diguna untuk membeli rokok itu kepada panduan ini. Insyaallah, kita serta ahli keluarga juga yang akan mendapat manfaatnya kelak.

19 comments:

razifembi said...

syaitan udah blah ...

yang tinggal manusia bertopengkan syaitan pulak ...

salam ramadhan dan selamat berpuasa

dr relaxjom sekeluarga

samdaddycool said...

razifembi > salam Ramadhan daripada kami sekeluarga juga..

razifembi said...

uncle Sam, r u fasting today?kikiki ....

buku vintage tu jenuhla nk cari ...kikiki

samdaddycool said...

... musti la puasa.....

buku vintage dapat jual dalam ebay.com mesti best!

farahaznil said...

knp??ko kuat merokok ke?hehe =p

samdaddycool said...

farahaznil > perokok tegar.. downgrade ... perokok kurang tegar... downgrade ..... berhenti merokok... katakan taknak kepada rokok.!!!

blowie said...

haha,klaka oh muka setan tuh :P

samdaddycool said...

Blowie > ada rupa macam darth Maul (Star Wars) .. wakakakaka

Kujie said...

Kita manusia dicipta dengan akal dan nafsu..dan puasalah ujiannya....puasa adalah perlawanan antara nafsu dan akal..kalau iman yang tebal...akal menang

samdaddycool said...

Kujie > Insyaallah semoga kita berjya melawan 'perang' yang besar ini.. perang melawan nafsu.

KampungBoy said...

selamat berbuka
mai secawan.....

samdaddycool said...

KampungBoy > selamat berbuka puasa.... secawan saja tau!

Kujie said...

boleh hubungi Kak Jie, nak alamat....periuk kukus on the way..hahaha

kuIna LadyInRed said...

salam ramadhan.. syaitan bulan posa adalah nafsu!

samdaddycool said...

Kujie > owh.. tak ingat plak ada periuk menanti.. nanti saya bagi info..

kuIna LadyInRed > takut sebenarnya kita senang-senga tewas dengan nafsu masa bulan puasa. Walhal kita ada akal, tapi akal tewas melawan nafsu..

safar said...

bulan puasa syaitan pun tiada.nafsu kita
yang lapar dahaga.

samdaddycool said...

safar > Semoga kita berjaya kekang kemaraan nafsu .

razifembi said...

Uncle Sam,

Berjaya ke berhenti menghisap rokok ? Andai kata aku tak kemalangan dulu, aku yakin sampai skrg aku dok isap rokok.

payah tul nak berhenti.

samdaddycool said...

razifembi > dah nak berjaya. dah kurang 80%. Kalau dulu sehari 2 kotak (12 batang sekotak). Sekarang sekotak boleh tahan 2 - 3 hari.

Harap-harap masuk 20 Ramadhan dapat berhenti terus.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails