Custom Search

Kerja Gila : berhenti merokok

Hari ni aku pergi ke pusat Kesihatan Sg. Mati, Ledang. Ada misi wajib kenapa aku ke sana (esok lusa aku akan buat pos khas). Alang-alang terlanjur, biarlah aku bertanggungjawab buat perkara misi (misi kat situ ramai yang cute miut) 2 dalam 1.

Apa benda tu?

hehehe... Aku pergi jumpa doktor. Pusat kesihatan tak akan bagi jumpa doktor kalau takde hal yang penting (dapat jumpa pembantu perubatan je). Aku cakap, aku dalam proses berhenti merokok. Hari tu aku dapat berhenti isap rokok dalam seminggu lebih je, lepas tu sambung balik...

Bagaimana hendak berhenti merokok?

Selepas sessi beramah tamah dengan doktor ,misi tak boleh, nanti kena hempuk, beliau menerangkan:

  • 1. Ambil masa untuk memberitahu ahli keluarga, rakan-rakan serta taukey rokok akan niat suci serta tulus untuk berhenti merokok.
  • 2. Kuatkan azam dan tetapkan tarikh untuk berhenti merokok.
  • 3. Basuh segala pakaian yang mempunyai bau asap rokok, buang abuk rokok (dan ashtray).
  • 4. Berhenti terus 100% dan jumpa doktor.
  • 5. Ambil ubat (sama ada kunyah atau tampal). Ubat ini mengandungi nikotin.
  • 6. Sessi ini adalah sejenis terapi. Proses pengambilan ubat akan dikurangkan secara berperingkat sehingga kita berjaya berhenti merokok.
  • 7. Sessi berhenti merokok ini adalah sangat istimewa. Anda akan dapat berjumpa doktor secara terus, tanpa perlu mengambil angka giliran / mendaftar di kaunter.
  • YANG NI AKU TAMBAH SENDIRI : jangan campur kawan yang hisap rokok kalau nak berhenti merokok (dah kebal baru boleh sambung kontrak berkawan)


Tahukah anda? (rujukan : info sihat Kementerian Kesihatan Malaysia )

1. Ubat untuk berhenti merokok adalah sejenis terapi gantian nikotin (nicotine replacement therapy).
2. Berhenti merokok dalam tempoh 3 hingga 5 tahun, mengurangkan risiko mendapat kanser mulut sebanyak 50%.
3. Tiada risiko mendapat kanser mulut jika berhenti merokok melebihi 10 tahun.
4. Bila tabiat merokok ini dihentikan, keadaan penyakit gusi (periodontium) juga akan bertambah baik atau pulih.
5. Merokok boleh mendatangkan pelbagai masalah gigi, antaranya :
  • Gigi berkarat (staining).
  • Nafas berbau (halitosis).
  • Penyakit gusi (penyakit periodontium).
  • Kanser mulut.
Apa kata kita tengok lagak aksi ngeri jika hisap rokok sebanyak 400 batang!









Untuk anda yang mencari petua atau panduan berhenti merokok, ini mungkin panduan bagi anda:


klik gambar buku

11 comments:

pcuserz said...

nasihat yang bagus untuk perokok-perokok tegar.
(alhamdulilah aku tak merokok)

samdaddycool said...

..... Bukan senang nak berhenti merokok, cumasekarang kerajaan dah mula letak gambar maut kat kotak rokok, ngeri sikit orangnak beli...

BAGAK said...

aku baru jumpa doktor GIGI swasta

doktor gigi tu cakap dia kenakan kadar yang lebih tinggi untuk perokok berbanding yang tak hisap rokok

sebabnya:-
1. susah nak rawat gigi perokok (tar banyak sangat), gusi sensitif
2. bau mulut lebit kuat, kadang2 dia tak tahan

harga mahal, perokok tak kisah sebab untuk kesihatan gigi.
Lagipun doktor tu cakap perokok banyak duit sebab tu boleh harga mahal sikit.
Rokok boleh beli, tentu nak rawat gigi harga tak kisah

pcuserz said...

letak gambar ngeri2 pon kalau perokok tegar aku igt tak efek gak.
lama2 diorang da tak heran, da lali tgk gambar2 ngeri tu.

samdaddycool said...

Bagak> satu lagi info yang aku tak tahu (jarang jumpa dentist) .....

pcuserz> aku ada jumpa beberapa penjual rokok. Diaorang kata rokok yang ada gambar ngeri cuba dihindari perokok (mereka beralih beli rokok lain)..

lankapo said...

salam,
orang muar ke..saya org tangkak tapi duk Shah alam.

hehe mmg susah nak benti..bapak aku pun dulu benti kejap..pastu isap balik. Bila dah sakit baru behenti terus..

skrg dah sihat balik..

tapi tok guru cakap, perokok lebih teruk dari lembu hehe

nikillas said...

ha'a.. langkah terbaru kerajaan adalah dengan meletakkan gambar ala2 seram di kotak rokok.. dulu letak mesej je.. bagus2.. langkah yang bijak..

samdaddycool said...

nikillas> memang seram... ramai dah fikir 2 - 3 kali sebelum sentuh kotak-kotak rokok seram tu...
Bagus, memang menyedarkan.. kalau si perokok tak sedar, paling kurang isteri dia akan membebel tengok gambar-gambar seram tu.... :P

armouris said...

info tentang barah mulut kat sini - Barah Mulut

mijie said...

kalau nak berhenti merokok, hati kn kuat...itu je yg aku buat dulu sam...

hheheheh

samdaddycool said...

Mijie > tak dapat disangkal.. memang hati kena kuat !

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails