Custom Search

Eh... dapat baby lah!

Ni bukan gambar anak aku... aku cilok kat mana-mana guna google imej

Gambar apa tu? Yang dah jadi bapa / ibu, semestinya 100% pasti imej ni. Bagi yang masih muda belia (lom akil baligh), mungkin belum tahu atau samar-samar... Gambar ni merupakan imej scan ultrasound bagi mengesan kedududkan bayi di dalam perut. Ketumbuhan juga boleh dikesan menggunakan alat ini. Dapatlah tengok bayi (fetus) yang sepanjang lebih kurang 2 - 3 inci.Walaupun kecil, dapatlah kitaorang tengok degupan jantung dia yang sangat pantas.. fuh laju betul!

Ni sebenarnya aku nak cerita, yang menyebabkan aku 'terpergi' berjumpa doktor untuk kempen anti rokok tu... Sebelum ke Pusat Kesihatan Sg. Mati, kami dah pergi buat kad untuk mengandung di Pusat Kesihatan Kecil Rawang... Sebab Parit Bunga di bawah zon Rawang. Ni memang penting. Kalau mak bapak yang pertama kali mendapat zuriat, memang akan kabur-kabur nak buat apa... Sampaikan misi kat situ tanya, "Anak yang pertama?" ... Sebab memang kami macam bodo-bodo ayam... terpinga-pinga :P (Adam Harith lahir di UK, prosedur lain sikit)... jadi isteri aku pun buatlah kad mengandung , segala jenis soalan ditanya dan ambil rekod untuk berat, tinggi, penyakit yang dihidapi serta banyak lagilah.

Ni gambar masa kat klinik swasta, 2 minggu sebelum tu

Bagaimana untuk mengesan kehamilan?

Untuk mengetahui samada anda mengandung atau tidak, senang sahaja, beli 'pregnancy test', lepas tu ikut je arahan kat kotak.. Kalu 1 garis, tak mengandung. kalu 2 garis... SAH! memang mengandung! Kalau jumpa doktor pun, dia akan guna alat yang sama, tak kira mahal atau murah, memang tu jelah cara yang paling senang untuk mengesan kehamilan..




Yang ni pula adalah jadual berkala unsur untuk mengetahui tempoh kelahiran. Anak aku dijangka lahir pada 2 November 2009, sehari lepas hari lahir pakcik Seli dia...

Apa perasaan dapat anak? Best kan? Sebab tu adalah rezeki Allah...

Untuk yang belum lagi hamil dan inginkan petua atau tips untuk mengandung, mungkin panduan ini boleh membantu.



16 comments:

budeen said...

sebelum apa2, aku ucapkan tahniah atas rezeki yg dikurniakan... kira sharp shooter jugak ni kan? hehehe.. bila EDD?

samdaddycool said...

Ko pun guna term sharp shooter?? member-member aku pun ramai yang kata penembak tepat! muahahahaha...

Kujie said...

owh...tahniah

perasaan dapat anak...mestilah best. Orang yang hebat saja dapat melepasi tahap ini..hahahaa

Kujie said...

Kemungkinan hamil anak lelaki tinggi untuk kebanyakan bunting pelamin kerana sperma yang aktif ialah sperma Y.

menteil said...

huhu.. dah tentu la best ada anak...
aku nie ha.. sik main ngan anak orang jer...

samdaddycool said...

K. Jie > Thanks... Owh.. anak lelaki?? Sperma Y aktif... hmmmm mak saya baru ada sorang je cucu perempuan, berbanding 5 orang hero...

Menteil > best ada anak.. jadi cepat-cepatlah ke arah ituuuu...

hazman aka species1980 said...

Anak adalah amanah yang perlu diberi perhatian...

samdaddycool said...

hazman> memang amanah yang amat berat tanggungjawabnya. Ibu bapa yang bakal mencorakkan samada si anak bakal menjadi mukmin sejati atau sebaliknya.

fazreen said...

aku nk ank kembar nnt..mest best..

samdaddycool said...

fazreen > anak kembar??? all the best! Kena praktis ketahanan mental beb... 2 orang keluar.. sorang pun mencabar jiwa raga.. :)

catzer said...

Gosh..sy terlambat tau bro dah meninggalkan title "bujang" tu..

pcuserz said...

tahniah...
mesti seronok.
tapi jgn lupe, tanggungjawab pon bertambah.
ada seorang lagi perlu ditanggung.
ape2 pon tahniah!
ps.: betul2 sharp shooter.

samdaddycool said...

catzer > terlambat tau berita takpe.. catzer bila pula nak join the group??? :)

pcuserz > TQ...Insyaallah semoga aku lebih ingat dan lebih gigih berusaha..
mmg sharppppp!!!!

rohaizad said...

Memanglah best ... tapi aku belum kawin laaaaa....
huaaa..huaaa...huaaa...

samdaddycool said...

rohaizad > aku doakan ko mendapat isteri yang mithali.. amin

ardzham said...

Masa anak pertama dulu memanglah gembira teramat sangat, kelahiran anak pertama dengan sendirinya menepis orang kata kita mandul.

Bayangkan kalau dah kahwin 5 tahun tapi tak dapat anak, orang akan sok-sek sok-sek.

Nasib saya agak baik sebab anak pertama lahir 9 bulan 20 hari selepas nikah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails