Semalam aku terlewat ke solat Jumaat. Jadi aku terpaksa masbuk. Aku sempat ikut imam untuk 1 rakaat sahaja. Bila aku selesai tunaikan 1 rakaat dan bagi salam. tiba-tiba ada satu brader datang dekati aku. "Tadi awak solat tak cukup 1 rakaat kan?". "Aah", jawab aku.
"Kalau awak tak cukup rakaat, awak kena sambung solat cukupkan 4 rakaat, niat zuhur". "Ok bang, terima kasih".
Selama ni aku tak pernah tahu yang masbuk solat Jumaat macam tu, masyaallah. jahil betul aku. tapi Alhamdulillah, ada hamba Allah yang datang menegur. Semoga dapat dijadikan panduan bersama.
Di bawah ni, adalah pengertian solat masbuk dan syarat sah sembahyang Jumaat, dipetik daripada http://skhk8k.tripod.com/agamaislam/NotaPAI5IBADAT.htm.
Makmum Muafik dan Masbuk
a. Makmum Muafik
► Makmum yang tidak sempat membaca Al – fatihah ketika imam masih berdiri ketika rakaat pertama .
► Ganjarannya lebih baik daripada makmum masbuk
b. Makmum Masbuk
► Makmum yang tidak sempat membaca Al Fatihah kerana imam telah rukuk .
► Makmum tersebut hendaklah mengikut imam .
► Dikira mendapat rakaat jika sempat rukuk dan tamakninah bersama imam .
Syarat – syarat sah solat Jumaat
a. Hendaklah didirikan di tempat-tempat yang tertentu seperti masjid
b. Hendaklah didirikan dalam waktu zohor
c. Hendaklah dilakukan dalam keadaan berjemaah
d. Bilangan jemaah hendaklah mencukupi 40 orang
e. Didahului dengan dua khutbah
Perkongsian yang dipanjangkan melalui media sosial. Sekiranya anda adalah tuan punya artikel asal, tinggalkan komen pada ruangan komen untuk pemberian kredit.
Masbuk ketika solat Jumaat
Comments (4)

Sort by: Date Rating Last Activity
Loading comments...
Post a new comment
Comments by IntenseDebate
Reply as a Guest, or login:
Go back
Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Connected as (Logout)
Not displayed publicly.
Posting anonymously.
farahaznil · 707 weeks ago
samdaddycool · 707 weeks ago
My recent post Interesting market places
dreamlifetips · 706 weeks ago
dogtoysthatmoveandmakenoise 1p · 175 weeks ago