Renungan Jumaat : bertindak ikut rasional- gunakan akal

Gambar Masjid Kedua Muar



Hari Alhamdulillah, aku sempat mendengar khutbah Jumaat. Sempena Jumaat, aku nak kongsikan sedikit tazkirah daripada sebahagian khutbah hari ni.

Pada satu hari, Nabi saw dan para sahabat berkumpul di masjid untuk bersolat.Tiba-tiba datang seorang paderi Kristian masuk ke dalam masjid dan terus membuang air kecil. Para sahabat ingin membelasah / menghambat paderi itu tetapi ditegah oleh nabi. Kemudian Nabi mengambil sedikit air dan membersihkan najis yang ditinggalkan.

Kemudian Nabi Muhammad bertanya, "Apa akan jadi jika sahabat sekalian mengejar paderi tersebut ketika dia membuang air? Sudah tentu najisnya akan bertaburan di dalam masjid, berbanding jika dia hanya diam di satu tempat."...
Itu adalah sebahagian daripada petikan khutbah yang aku rasa menarik untuk dikongsi. Sememangnya Nabi kita amat bijak dalam membuat keputusan. Aku rasa tertampar dengan isi khutbah itu. Sememangnya aku sendiri lemah dalam melakukan keputusan yang kadang-kadang dipengaruhi emosi. Terutama apabila diri dipengaruhi dengan nafsu amarah.

Berfikir dan bertindak mengikut akal yang rasional dapat memberikan impak berbeza. Sesuatu keputusan bijak dapat menyelamatkan situasi yang kronik dan tegang. Tindakan bijak dapat menegah sesuatu perkara buruk daripada menjadi lebih teruk.

Renung-renungkan.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...