Custom Search

Senarai Iklan Hari Raya Petronas Sepanjang Zaman

Salam..

Aku baru je sampai rumah malam tadi (Jumaat mlm Sabtu), selepas berada 'atas jalan' sejak petang Khamis. Penat tak terkata, dari Muar ke Kuala Terengganu hantar Adam Harith, kemudian sampai KT je, terus gerak singgah KL pula, nak ambil stok jubah dan tudung. Lepas dah siap ambil barang-barang borong, terus bertolak balik lah.. Masuk je plaza tol Sungai Besi, ya Rabbi.. jalan 'jam tahap cipan', rupanya-rupanya warga kota pulang ke kampung sebab hari Isnin cuti Merdeka!

Aku sampai rumah dalam pukul 12 malam, penat tak terkata.. sampaikan sahur pagi tadi memang tak sedar langsung.. Hari ini nak ambil gambar jubah dan tudung untuk dimasukkan ke dalam ebay.

Untuk santai hari ini, apa kata kita layan koleksi video Iklan Hari Raya Petronas sepanjang zaman..

Iklan Raya Petronas 2003 : Al-kisah seorang janda beranak tujuh....


Iklan Raya Petronas 2004 : Sayu dan tanda tanya



Iklan Raya Petronas 2005 : Pengajaran - setiap perbuatan ada ganjaran / balasan..



Iklan Raya Petronas 2006 : Abah jangan lupa pakai lampain tau!!! Sendiri mau ingat aaa!



Iklan Raya Petronas 2007 : burung apa? Burung Murai, burung apa? burung murai, burung apa? ...




Iklan Raya Petronas 2008 : Ingat-ingat mak kat kampung tu..


Iklan Raya Petronas + Gong Xi Fa Chai : Awek Melayu boyfriend Cina - kecik-kecik dah couple!


Sempena merdeka, kita layan video ni.. Kenapa saya suka rumah saya? Sebab rumah saya bestttt!!!

12 comments:

abrablog said...

smua yg petronas wat memang besshh!

samdaddycool said...

abrablog > memang best. hasil buah tangan Allahyarham Yasmin Ahmad memang meninggalkan banyak kesan.

emme said...

Salam, semua ni iklan Yasmin Ahmad ke?

samdaddycool said...

emme > w'salam.. Tak pasti pula semua ni hasil kerja Allayarham Yasmin Ahmad atau tak... Tapi memang iklan petronas sinonim dengan arwah.

razifembi said...

Aku suka semua ...

tapi yg paling menyentuh jiwa ialah iklan petronas,

yang menantu dia tu kurang senang dengan pak mertua dia.

Padan muka last sekali anak dia cakap nak wat mcm tu jugak kat abah bila besar...

deep meaninggg ..

Uncle Sam,

Selamat bersahur

samdaddycool said...

razifembi > Iklan yang menantu dengan mertua tu memang kurang ajar. Sinis, tapi realitinya memang wujud dalam masyarakat kita.

zool said...

Kebanyakan arahan ALlahyarham Yasmin Ahmad.. Paling suka yang 2003 ibu tunggal ngan anak-anaknya..
Anak cari daging sekali dpt seko lembu da...

samdaddycool said...

zool > Yang bawa balik lembu seekor ni memang lawak. Sampai mak dia pengsan.. muahahahhaaa

razifembi said...

Tak terasa nak mengarah iklan pulak ka uncle Sam...

Ada subjek untuk diketengahkan?ada idea?

Anda mampu?anda kreatif?hehehe ...

samdaddycool said...

razifembi > tak larat nak mengarah filem. Yang ada sekarang pun tak termampu nak bagi komitmen 100%.

Jennifer said...

Nak tanye, tuh yang cari lembu, shoot dekat mana, ye?

Cantik betul tu tempat. Truly Malaysia.

Thanks for any answer given.



Jen.

samdaddycool said...

Jennifer > Tak tahu kat mana, tapi dah tanya dalam youtube.. just waiting for the answer

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails