Custom Search

Kenapa?

Kenapa kita masih tak kaya tapi dah kerja kuat, overtime pagi petang siang malam?

Kenapa kita ditimpa mala petaka walaupun hari-hari solat?

Kenapa kita diuji dengan pelbagai tohmahan dan tuduhan saudara-mara serta rakan-rakan?

Kenapa awek kita lari tinggalkan kita, walaupun balak baru dia lagi tak hensem daripada kita?

Kenapa.. dan kenapa?


Mungkin kau, mungkin aku, pernah bertanya soalan demikian pada diri sendiri. Kadang-kadang kita rasa pelik dengan kekurangan diri. Rasa kecewa dengan ujian yang diberi.

Segala kejadian hanya datang daripada Allah. Aku yakin, kita selalu mendengar, "Yang baik datang daripada Allah, yang buruk, datang daripada kita semua". Sebagai manusia terpelajar, cuba renungkan dan fahamkan 1 ayat itu sahaja.

Ramai orang sibuk memperkatakan hikmah, dan menyeru supaya kita bermuhasabah diri. Muhasabah itu tak cukup, jika tak disertai dengan taubat. Seeloknya solat taubat dan solat syukur dilakukan setiap hari. Sessi menghadap tuhan, yang Maha Agung. Meminta maaf dan berterima kasih. KepadaNya kita meminta dan kepadNya kita berserah.


Mungkin hari ini kita tak bernasib baik, diberi ujian, ditimpa musibah. Waktu bermuhasabah itu, fikir kembali salah kita, silap kita kepada Allah. Jangan mengeluh, dan tak perlu menyesali nasib diri. Semua itu ketentuanNya. Fikir secara dalam dimana kurangnya janji kita, kata-kata kita serta perbuatan kita.

Untuk yang berada di atas, jangan fikir anda kekal bersenang-senang selama-lamanya. Mungkin esok segalanya lenyap, siapa tahu? Beringat, tawaduk serta merendah diri. Banyakkan bersedekah, jangan kikir, jangan pandang rendah manusia lain. mana tahu, tahun depan, orang yang susah itu memberi pertolongan pada anda yang tiba-tiba bankrap, muflis tak berduit.

Fikir-fikir, renung-renungkan untuk  peringatan kita bersama.

5 comments:

sangilapi said...

asam garam kehidupan,dijadikanNya berpasang-pasang....adakala susah sampai masa senang...adakala berdua satu masa kelak berseorangan...ada masa kita berkunjung ke blog member nanti member pulak datang ke blog kita...gitulah kehidupan,sam....tiada hujung tiada pangkal sekadar berlegar dalam satu bulatan.....gua punya fikirlah :)

samdaddycool said...

sangilapi> kadang-kadang kita lupa, alpa dan leka.. sesuatu perkongsian dlm blog kadang-kadang membawa manfaat pada orang lain, Alhamdulillah.. kita berkongsi kebaikan.

mijie said...

setiap kejadian pasti ada sbbnya, jadi kita sebagai hamba perlu mentafsir dan mengkaji kenapa itu dan kenapa ini...

samdaddycool said...

mijie > Betul tu,kena banyakkan sikit mengkaji diri kita ni..

farahaznil said...

kadang2 benda buruk yg terjadi tu..xbermakna semuanya bala..Allah tentukan begitu mngkn utk memberikan satu lg peluang yg terbaik utk diri kita..Wallahu'alam...post ni sngt menarik sam...KENAPA??ckp merungkai semua dlm kehidupan kita..renung2kanlah...huhuhu..ni sodih ni...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails