Betulkah Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang rakyat Malaysia?
KAJANG 7 Okt. Rakyat negara ini diharap tidak panik dan jangan membuat sebarang andaian berhubung khabar angin kononnya satu kumpulan yang menggelar diri mereka Benteng Demokrasi Rakyat (Bendera) akan menyerang Malaysia dengan buluh runcing ekoran beberapa isu berbangkit.
Timbalan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail Omar berkata, polis akan menyiasat khabar angin itu dan sentiasa dalam keadaan siap-sedia bagi menghadapi sebarang kemungkinan demi menjamin keselamatan negara.
Polis perlu menyiasatnya dulu. Kita mempunyai pakar dalam bidang pemantauan dan risikan untuk menentukan kesahihannya, kata Ismail kepada pemberita selepas melawat kawasan panas di Seksyen 7 Bandar Baru Bangi di sini.
- Bernama
Harapan aku dan juga seluruh rakyat Malaysia agar berita ini benar-benar sahih dan tiada ancaman daripada gerakan bawah tanah dari Indonesia ini. Pihak berwajib di negara ini juga perlu mengambil tindakan yang lebih dalam mengawal keadaan keamanan serta sempadan perairan Malaysia dan Borneo.
Dalam keadaan huru hara selepas gempa bumi di Padang, Sumatera, pihak kerajaan Malaysia dengan ikhlas menghulur bantuan perubatan dan makanan kepada semua mangsa. Jangan ada yang cuba mengeruhkan keadaan mengatakan makanan sudah luput tarikhnya dan pelbagai lagi tohmahan.
Belajarlah daripada kesilapan, muhasabahlah diri bila ditimpa bala dan bencana. Semua itu adalah ujian dan juga pesanan daripada Allah. Segala aturanNya itu, pasti ada hikmah. Mungkin itu cara yang dapat memulihkan keadaan hubungan Malaysia-Indonesia yang keruh dan tegang.
Bagi rakyat Malaysia, buat bodo je dengan isu-isu remeh dan picisan ini. Jangan pula bagi komen 'bikin panas' dalam blog-blog yang ada. Mereka manusia, kita pun manusia. Apatah lagi kita sama agama dan anutan. Jangan menghina dan mencaci cerca 'Orang Indon'. Kita bukannya tuhan nak jatuhkan hukuman.
9 comments:
Yang besttnya Rakyat Malaysia walaupun marah tapi masih rasional dengan semua tindakan Indonesia ...
Bapak Presiden, Bapak Kantor, Kepala Bapak dan segala jenis kepala lagi pun ta ambil tindakan serius.
Kedutaan Malaysia di Indonesia hampir2 dimasuki penceroboh ... padahal kawasan kedutaan adalah kawasan sensitif.
Bagi sesetengah negara boleh mencetuskan perang...
RazifEmbi > "Kepala Bapak dan segala jenis kepala".... besar jawatan tu ek!!
Sebenarnya aku pening dengan provokasi sesetengah pihak dan tak faham apa tujuan sebenar mereka.
malas nak gaduh.kitakan berjiran.media massa mereka perlulah disekat.
Aku rasa media yang bawak punca...
Terlalu dimainkan..
MUngkin media yang dikuasai oleh musuh Islam.. mereka kan suka tgk kita bergaduh
Safar > Mata pena lebih tajam daripada mata pedang...
Zool> Setakat ni, memang media yang jadi api pembakar (bukan semua media). Kalau keadaan berterusan, yang menang jadi arang, yang kalah jadi abu.
jap..isu yg org indon duk buat kecoh nak serang malaysia apa dia sebenarnya?huhuh..dah lama aku tak baca paper nih..
Farahaznil> aahh.. isu tulah, apa lagi.
Banyak musuh islam diluar sana tu.kita tak nampak kot.rancangan national geografi tu dimiliki oleh musuh islam.
Safar > rakyat marhainmasih kabur dan tak nampak apa agenda mereka. Kesian kita sama Islam bertelagah dengan isu murahan..
Post a Comment