Carta 10 yang terhangat melalui carian Google dot com dot my

1. Felicia Tang : Pelakon kelahiran Singapura yang mati dibunuh dalam apartmentnya - di Southern California pada 11 September 2009. Gambar video you tube dia tak payah tengok ekk..

2. Ris Low : Si manis berumur 19 tahun yang merangkul gelaran Miss Singapore 2009, tiba-tiba menghantar surat perletakan jawatan sebagai Miss Singapore selepas pendedahan penyalah gunaan kad kredit (credit card fraud). Kita tengok Ris Low dalam video pendek ini..


3. Bruno : Rakyat Malaysia akan kepingin menyaksikan aksi panas Sacha Baron Cohen (Ali G) akibat cerita itu yang tidak mendapat pelepasan badan penapis filem.

4. Yoshito Usui : Kartunis yang mencipta watak Carayon Shin-Chan dan manga serta siri anime, ditemui mati di atas kawasan pergunungan.

5. Mackenzie Philips : Anak perempuan kepada John Phillips (pemilik asal The Mamas and the Papas), mengaku... sila search kat kotak google di atas.. sensor sikit part ni.

6. Jus Mate 5 : nampaknya semua orang kalut untuk kurus selepas balun kuih raya dan ketupat berkilo-kilo. Masing-masing cari jalan cara kuruskan badan untuk kembali kepada bentuk asal.

7. Miyabi (Miyabi Maria Ozawa) : Para ahli agama di Indonesia membidas cadangan para penggiat filem untuk menerbangkan pelakon 'cerita untuk tontonan dewasa' dari Jepun untuk berlakon di sana bagi flemnya yang terbaru.

8. Kelate.net : nampaknya peminat dan penyokong pasukan bola sepak negeri Kelantan sangat-sangat optimis dengan pasukan mereka ini.

9. Beyonce : Isu hangat tentang rancangan konsert penyanyi ini di Malaysia, dikhuatiri menjejaskan moral dan akidah bebudak Melayu.

10. G-Force : Aku baru je menonton cerita ni 2 hari lepas kat Dataran Pahlawan GSC. Aku bagi 3.5 bintang. Tak cukup untuk menggeletek hati aku macam Alien in the Attic. Mari tengok sedutan 'trailer' cerita keluaran Disney ni..


Sumber NST

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...