Custom Search

Buat duit dengan blog : Blogsvertise

Salam semua,

Lama juga aku tak update blog ni. Terdapat kekangan masa dalam menjalankan perniagaan tudung dan jubah. Tambahan pula, isteri aku baru sahaja melahirkan anak semalam (Khamis) dan bayi masih lagi berada di ICU. Doakan 'baby' selamat ye.

Aku baru sahaja selesai menulis journal (entry blog) bagi tugasan Blogsvertise. Alhamdulillah, baru saja aku daftar, dah ada 2 tugasan yang bernilai usd$9 setiap satu. Kalau 2 dah jadi usd$18, kali dengan RM3.40 = RM61.20 dah dapat dengan hanya menulis 'entry' untuk 3 perenggan setiap satu. Setakat ni, satu entry dah dapat lampu hijau daripada pihak pengurusan manakala satu lagi tengah menunggu.

Aku dapat rasakan tak susah nak dapat tugasan buat duit dengan Blogsvertise ni berbanding Sponsoredreviews (kena bid job), LinkWorth dan ada beberapa lagi. tambahan pula aku hanya buat permohonan menggunakan 'blogger' (blogspot) dengan PR 2. Alhamdulilah dalam masa aku kelam kabut dan terkejar ke sana kemari, tetiba masuk emel mengatakan ada 'job'.

Jadi, kalau aku yang tak 'terer' blogging boleh dapat duit dengan blog, kenapa korang tak boleh? Mesti boleh punya....
http://lh6.ggpht.com/_GM0kTqLQ9eI/Susv_mpgWPI/AAAAAAAADZ8/PagUyQLjnec/150x150f.jpg

klik , jangan tak klik

6 comments:

e l d y said...

dia bayar pakai cheque keh via paypal ?

samdaddycool said...

Eldy > Paypal. Beritabaik untuk pengguna paypal Malaysia, Akaun bank Malaysia dah boleh link, keluarkan duit ambil masa 3 hari je.. http://samdaddycool.blogspot.com/2009/10/good-news-link-paypal-account-with.html

Kujie said...

dah ada sepasang tu... nak tgok baby gurl :)

samdaddycool said...

Kujie > hehehee.... nampaknya mak saya kepingin cucu perempuan. isteri saya pun berangan nak anak perempuan, tapi memang kromosom x kuat sangat.. :)

6 lelaki : 1 perempuan.

safar said...

Tahniah!!! Benar tu abang samdaddycool.ramai yang kata buat duit dengan blogsvertise senang.bila tengok pada laman dia pun tak pening.

Sudah ada anak yang baru.perempuan.bila aku nak kahwin ni.teringin nak ada keluarga sendiri.

samdaddycool said...

Iya Incik Safar, boleh tahan gak senang, takde la tertungu-tunggu.. dah la guna blogspot je.

Anak lelaki... Alhamdulillah, keadaan makin baik, dia pun dah kuat dan tak guna apa-apa bantuan hayat.

p/s- cari calon, carik duit, carik tok kadi.. :P

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails