Custom Search

1001 alasan berblogging

 Adam Harith juga ada blog.


Kenapa anda berblogging? Apa tujuan anda mempunyai blog? Bagaimana pula anda tercebur menjadi seorang blogger? Setiap orang mempunyai alasan dan juga sebab bagi menjawab kenapa, apa dan bagaimana itu. Hakikatnya, ada yang terpengaruh dengan trend terkini memiliki blog, manakala ada pula yang mempunyai tujuan menjadi popular. Tak kurang juga, kebanyakkannya memilih medium blog sebagai melahirkan pendapat, buah fikiran atau melepaskana geram kepada pihak-pihak tertentu.

Aku akui, tujuan utama aku menulis blog adalah atas dasar mempromosikan perniagaan kambinng jamnapari satu ketika dulu. Kemudiannya, sedikit demi sedikit aku mula terjebak dengan alam blogger apabila aku mengetahui wujudnya Google Adsense sebagai pendapatan pasif.
 Ahmad IQBAL pun ada blog!

Jika kita pandai dan bijak mempertaruhkan blog yang ada, tak mustahil blog bakal memberikan pulangan yang mantap dan mampan, hinggakan mencecah ribuan ringgit setiap bulan. Tapi awas, blog bukanlah satu pelaburan 'skim cepat kaya'. Anda mungkin hampa bila hari demi hari tiada USD $ yang dijana, bahkan satu sen pun belum terhasil mealui blog-blog yang ada. Apa yang perlu dibuat jika terjadi begini? Senang sahaja, carilah sifu seperti John Chow, atau yang paling dekat kita ada Rohaizad dot com.

Walau apa jua alasan berblogging, blog bukanlah tempat anda menjadi hipokrit atau samseng. berpada-padalah dalam mengeluarkan pendapat atau hujah. Peribahasa Melayu ada menyebut, "kerana pulut, santan binasa, kerana mulut, badan binasa".. Sendiri mau ingat beb.

Apa alasan ANDA menulis blog?

9 comments:

TMUkmkd said...

berkongsi ilmu dan pendapat.
tu je. nuff tu sampingan :)

samdaddycool said...

TMUkmkd > Bagus tu, ilmu yang berkekalan, sangat bermakna.

TMUkmkd said...

lagi pun artikel dalam bahasa melayu amat kurang di internet. :)

farahaznil said...

erk..tu gmbr br adam ke?hohoh..berisi dah bdk ni..hehehe..wah nmpk suda muka iqbal..=D

tujuan si farahaznil menulis blog - 1st impression dulu sbb nak join contest titan..saje2 aje pd mulanya..skrng dah mula ketagih di atas dasar lain..heheh..nak kata semata2 nak jadi mata duitan dkt internet..sudah tntunya tidak..tp mngkn disebatkan kepuasan menulis tu sndr..disamping dpt mengisi masa lapang drpd chatting n layan program yg tak berfaedah lain..hohohoh

samdaddycool said...

TMUkmkd > setuju. Memang kajian dan artikel bahasa Melayu teramat kurang.

farahaznil> aahh.. Adam Harith kuat makan sekarang. Dalam kelas, dia antara yang terbesar.

Blogging dengan meluahkan idea serta pendapat memang amat bagus. Dapat kawan maya [cyber] serta bertukar-tukar pendapat.

farahaznil said...

hohoho..cpt betul si adam ni membesar..darjah 2 ke dia skrng?

samdaddycool said...

Farah > aah.. dah darjah 2 sekarang.. sekejap je kita mengharungi usia. pejam celik, pejam celik aku ni dah menghampiri 'life begin at 40' ..

zool said...

Betul tu.. tapi memang boleh buat duit kepada sesiapa yang serius..
aku tak serius2 lagi... seriau je

safar said...

berblog untuk cari kawan.apa salahnya.meluahkan pendapat.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails