Rezeki bekerja di rumah
Salam semua,
Waktu aku menulis ini, aku sedang menyiapkan satu entry untuk niche blog. Letih juga nak mengarang, kena buat 300 patah perkataan. Dapatlah usd 8+. Tak banyak, kalau lepas ditukar kepada matawang Malaysia, adalah dalam lebih kurang RM25.00. Tapi yang ni tak susah mana, sebab arahannya adalah untuk 'blog entry', bukannya 'review'. Jadi aku terbitkan entri ni sekadar berkongsi apa yang aku rasa, apa yang aku nak kongsi. 'Take a break' kata KitKat.
Semalam, aku dah buat 2 entry untuk review.. jenuh nak menyiapkan, sebab benda yang ditulis bukannya skop bidang yang aku belajar kat sekolah, hatta di universiti. Nak tak nak, kena membaca dulu website yang perlukan review tersebut. Rasa macam masuk ke dunia persekolah balik la plak.
Alhamdulillah, keputusan aku untuk bekerja di rumah dan berhenti berjaja di pasar malam / pasar tani, aku rasa tepat pada masanya. Al maklumlah menjaja pasar malam sekarang ni sangatlah menduga iman. Mana taknya, petang kerap hujan. Kalau merungut, nampak sangat tak kuat iman.
Jadi aku sekarang dapat fokus betul-betul dengan butik online, yang ada nampak peningkatan jualan, hasil 'full time marketing' yang disertai 'all out' membaiki mana-mana kekurangan serta kelemahan. Kalau dulu aku memasarkan semuanya samada melalui ebay atau lelong, tapi sekarang guna website sendiri dan blog, lagi puas hati. Cuma promosi memang kena kuat untuk dapatkan trafik. Sebab 'convertion rate' perlu diambil kira, samada 1 : 100, 1: 500, atau 1: 1000 bertukar menjadi buyer. Ebay aku buat suka-suki je dalam dropshipping buat masa ni.
Antara kelemahan ketara butik muslimah aku tu adalah dari segi kaedah pembayaran yang masih kebanyakannya kurang jelas. Lagi satu perkara ialah senaraian harga yang berdasarkan USD, di mana kebanyakannya menyangka harga produk terlalu murah (RM).
Walhal, sudah terang lagi bersuluh, akan harga yang tertera simbol $.. uishh..letih juga menjawab , memberikan 'instruction' kepada 'potential buyer'. Nasib baik aku dah mula menumpukan kerja dari rumah sahaja, maka banyak kali asyik menjawab soalan 'bakal pelanggan' samada melalui emel atau sms.
Berbalik pada tajuk, aku kadang-kadang berperang dengan diri bila kurang jualan butik online, atau tiada langsung dalam satu hari. Adakah aku tidak berusaha (maksudnya pergi masuk pasar malam). Sebenarnya keputusan aku berhenti pasar malam tu selepas aku ambil kira beberapa faktor. Aku akui aku tidak sesuai untuk menjaja begitu. Bukan sebab aku berstatus graduan universiti, tapi aku kenal pasti kelemahan aku sebagai penjaja - aku tak perlu tulis kat sini, sebab rahsia sulit woo.. untuk post-mortem je.
Sebenarnya aku sekarang cuba sebaik mungkin fokus dengan 2 kerja sahaja buat masa ini. Jualan produk fizikal, dan juga niche blogging. Terima kasih pada 2 sifu aku, Rohaizad dan Catzer yang memberikan panduan serta teguran membina dalam mengharungi bidang yang masih baru di Malaysia ini. Semoga Allah dapat memberi ganjaran kepada ilmu yang dicurah itu. Terima kasih juga buat Megat dan Bro Azam dalam membantu aku mempromosikan Muhasabah Trading.
Aku sudah berusaha dengan cara aku. Cuma kena banyakkan bertafakur, menghitung salah dan kurang kita samada kepada sesama manusia, dan juga kepada Allah. Aku cuba sebaik mungkin
untuk berpegang pada janji. Ya Allah permudahkan jalan hambaMu ini, berilah keredhaan dan tetapkanku dalam iman.
Amin.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)

12 comments:
semoga rezeki anda bertambah2 di lain masa ya
gua dapatkan rasakan lu sekarang memang tengah busy :)
apapun moga tabah dalam mengharungi kehidupan sebagai full time blogger.
moga btambah rezeki kita ye
maya
http://coretanmayaku.blogspot.com/
isyaAllah anda akan berjaya..kena rajin berusaha dan yakin dengan apa yang anda lakukan serta doa ibu bapa dan diri sendiri...tanks 4 sharing
<--Continue blogwalking!-->
Sabree Hussin > Terima kasih. Insyaallah semoga rezeki kita makin terbuka luas di hari-hari mendatang.
Sangilapi > Boleh tahan busy bro... letih gak meghadap laptop memerah idea untuk mengarang + monetize online store.
Admin @ Maya > Thanks. Harap-harap begitulah.
NokiaDream > Betul tu, keberkatan ibu bapa adalah perkara utama. Yakin an tawaddu' juga faktor kunci kejayaan.
wooo dah masyuk tu, tahniah bro...
kalau dah rezeki tak kemana
Mijie > adalah sikit-sikit.. belum masyuk banget.
semoga terus tambah rezeki :-)
Bekerja dari rumah memang nampak mudah, yelah tak perlu modal keluar diut minyak, mengharungi kesesakkan jalanraya dan sebagainya.
Tetapi disiplin amat penting dan juga kerjasama dari orang-orang dalam rumah itu sendiri.
Yelah tengah perah otak cari idea, idea baru nak datang, dapat arahan lain pulak. "Bang pergi kedai, minyak masak habis, Bang pergi jemput anak sekolah"
Hal-hal yang macam ni betul-betul buat tention. Hilang tumpuan dan tak dapat fokus!
Zikr the Jalanan Sepi Perantau > Terima kasih bro
Ardzham said...> hah! Betul tu, kadang-kadang kita kena perlukan privasi bila tengah mengarang. Bukan apa, bila idea terputus, nak mulakan balik kadang-kadang hilang 'point'... :)
If you looking at T-shirt Drop Shipping to worldwide or to USA, we can provide that. Cheap and Fast processing from sending invoice, processing (3-7 days depend on quantity and buyer address), fast shipping using USPS with tracking number.
visit vallians.com or email me at support@ vallians.com
Vallians Team >thanks for the opportunity. I'll check it out.
Post a Comment