31 Mei, 2010 17:59 PMBacaan lanjut di BERNAMA
Peniaga Saman Tesco RM1.6 Juta Kerana Jual Ayam Tidak Halal
PULAU PINANG, 31 Mei (Bernama) -- Seorang peniaga dan empat anggota keluarganya Isnin memfailkan saman ganti rugi RM1.6 juta terhadap Tesco Stores (M) Sdn Bhd kerana didakwa cuai memastikan produk ayam segar yang siap diproses dan dilabelkan halal, benar-benar halal megikut agama Islam.
Saman itu difailkan oleh Raja Muzaffar Kamar Raja Busu, Lijah Awang Kechik, Raja Kamar Idris Raja Busu, Norhayati Abdullah dan Raja Teh Rahmah Raja Busu.
Writ saman itu difailkan oleh peguam Kamal Razali melalui firma guaman, Badruzzaman & Kamal, Peguambela & Peguamcara, Peguam Syariah di Pejabat Pendaftar Mahkamah Tinggi, di sini.
Dalam pernyataan tuntutannya, Raja Muzaffar Kamar yang mewakili empat plaintif lain dari Bayan Baru, memohon ganti rugi am RM1 juta, ganti rugi teladan RM500,000 dan ganti rugi teruk RM100,000.
Beliau turut menuntut surat permohonan maaf secara terbuka oleh defendan kepada semua plaintif kerana mengalami trauma dan maruah plaintif tercalar kerana menjual ayam haram.
Buat duit RM1.6 Juta daripada Ayam Tidak Halal
Main-main diaorang ni dengan isu halal. Ambik ko TESCO, sendiri mau ingat la. Isu makanan halal sangat sensitif untuk penganut agama Islam. Jangan ambil mudah, RM1.6 juta kalau kena bayar, letih juga TESCO, walaupun diaorang untung setahun lebih dari tu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
pengajaran buat yang lain supaya lebih berhati-hati dengan isu ini.
itu yang dibawa ke tengah,mungkin ada kes-kes lain tapi didiamkan je.
sangilapi > Kes ayam tak halal ni masih tak selesai dan bersambung-sambung. Sebagai pengguna, pilihan kita ialah boikot tempat2 yang meragukan. Macam kes roti High 5, sampai sekarang dah lalu tekak nak makan.
sekarang ni memang banyak sangat makanan yang meragukan....tengoklah anak-anak zaman sekarang macam mana kelakuannya-salah satu sebab status makanan itu sendiri-sekadar pendapat.
Sangilapi> Setuju.. memang makanan salah satu sebab keruntuhan moral dan akhlak anak2.
kadang terfikir juga yang saman RM1.6 juta tu masih tak berbaloi rasanya.. sebab kesalahannya tu bukan kecil.. orang makan benda tak halal gara-gara pasaraya tu
Astaghfirullah.. boleh jugak hypermarket sebesar TESCO tu tak peka dengan hal ni. Macamana kalau yang makan ayam tak halal tu anak isteri mereka sendiri? masuk benda haram dalam darah daging keluarga sendiri? terlebih mengejar untung sampai bab halal haram tolak tepi & sekadar jelingan aje sekarang ni. nauzubillah min zalik..
Dila> Tesco tu company UK, so management atas yg 'besar punya' dah tentu bukan beragama Islam. Memang mereka tahu konsep ayam kat Malaysia nak jual kena ada status halal, tapi mereka tak cukup sensitif untuk memantau ayam tersebut benar2 sahih halalnya. Masalah paling besar adalah si tukang sembelih (pasti beragama Islam), cuai dan tak menjalankan amanah dengan betul... kat sini kita ragukan betul ke mereka layak untuk menyembelih?
Pengajarannya, tolong beli ayam di tempat yang kita nampak jelas tukang sembelih tu, samada dia buat kerja dengan betul atau main-main. Macam di pasar atau peniaga ayam kecil-kecilan (kat KL / bandar besar lain susah juga nak cari).
Kulanz> Bagi kita yang menjaga makanan dari segi agama, benda ini salah besar tapi tidak bagi mereka yang tak tahu pengertian sebenar halal.
Post a Comment