Custom Search

Lembaran pertama cuti sekolah

Cuti sekolah dah bermula sejak Jumaat dan aku pun memulakan tugas sebagai bapa mithali untuk cuti-cuti Malaysia semester persekolahan yang berlangsung selama 2 minggu.

Sebagai pembuka tirai aku dan Adam Harith pergilah menonton wayang cerita Shrek – Final Chapter dalam versi 3D. Uishh.. kagum betullah kali pertama dapat rasa pengalaman 3D dalam panggung. Semuanya macam lalu depan muka kita.. real! Terlopong kejap aku...

Kalau tengok gambar ni, apalagi, bertih jagung berlogo Shrek, yang berbesar hati untuk bergambar bersama cermin mata 3D Dolby Digital. Untuk versi 3D, kita memanglah kena pakai 'spec' canggih ni. Kalau tak pakai, memang takde 'feel' nak menonton sebab gambar akan jadi kabur.

Adam lagilah plak, ajak aku rembat spec ni. Aku cakap mana boleh, dahlah kat situ ada 'warning detectable tagging' tapi aku pesan kat dia, paling utama berdosa dan salah untuk mencuri.

Dah penat menonton dan kenyang makan pop corn & jajan, apa lagi..balik kami berdua kerumah. Seronok, terhibur dan lupa seketika masalah dalam kepala otak ni. Kalau sapa-sapa belum tonton cerita tahap 'best gaban' ni, korang boleh usya trailer kat bawah ni... jom layan...

7 comments:

sangilapi said...

AH nak rembat spek tu ?...hahaha,dia nak tengok apa pakai spek tu,sam ?

*sebenar aku sendiri belum pernah tengok 3D ni :)*

apasal tak boleh bawak balik spek tu?mahal ke,sam?

samdaddycool said...

sangilapi > biasa la budak2 nampak best sikit je nak beli / simpan /rembat..

3D movie best wooo.. mcm kat depan muka kita je.

spek tu mahal juga rasanya..

catzer said...

hoohoho..cuti sekolahlah paling best kalau dpt jln2.

mijie said...

baru sekali je layan citer 3D ni memang menarik, hajatnya malam ni nak ajak org rumah tgk wayang gak..tapi dia mcm nak tgk lagenda budak setan...

huhuhuh

samdaddycool said...

catzer> Untuk bebudak memang syok giler cuti ni, mak bapak kadang-kadang pening kalau masing2 dah asyik bergaduh kat dalam umah.. jadi kena bawa budak2 tu keluar, tukar angin.

mijie > Tu la, orang umah aku pun ada gak ajak tengok Lagenda Budak Setan ni...

donnyien said...

Salam sahabat,
Lama tak p tengok wayang.Mesti best tengok wayang pakai cermin 3D tu.

samdaddycool said...

donnyien > Memang best giler movie 3D!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails