Puasa dah dekat, sendiri mau ingat
12 Syaaban 1431
Tak lama lagi bermulalah Ramadhan, bulan puasa bagi seluruh umat Islam. Bulan paling mulia dalam kalendar umat Islam. Bulan untuk menyucikan diri, dan memperbanyakkan amal ibadah. Bagi peniaga bulan ini juga merupakan peluang untuk menambah duit raya, tak kira samada secara sepenuh masa (sebulan), ataupun secara sambilan di pejabat.
Para peniaga bazar ramadhan, sudah tentu masing-masing dah dapatkan tapak berniaga di Majlis perbandaran setempat. Masing-masing dah tampil dengan idea bisnes yang mantap untuk 'wang besar' raya kali ni.
Tak mau cakap banyak-banyak, pengertian puasa dan syarat sah syarak, rasanya semua dah tahu kan? Cuma harap-harap kita semua dapat menunaikan ramadhan kali ini dengan lebih baik dan lebih keberkatan. Yang miskin dan fakir jangan dilupa manakala anak-anak yatim perlu dirai.
Jangan membazir membeli juadah berbuka macam tak ingat. Mercun pula, kalau boleh, tak payah beli. Baik sedekahkan duit tu kat tabung masjid atau tabung anak-anak yatim di kedai-kedai runcit / pejabat pos / dll.
Akhir sekali, puasa kena ganti ek!
Bberhati-hati ketika memandu pada musim perayaan. Ingatlah yang tersayang.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
semoga ramadan kali ni yang terbaik untuk kita semua :D
etomyam> harapan begitulah adanya.
Cuma satu impian saya ketika ramadhan tahun ini. Nak rilek sikit, taknak kerja macam biasa, ambil cuti sebulan agar dapat bertarawih penuh. Tahun-tahun sudah, tarawih asyik berselang seli sebab badan dah penat sangat bekerja seharian di siang hari.
Maklum sajalah kerja kolar biru tak sama dengan kerja kolar putih.
Ardzham > Bagus idea tu. Saya dah berapa tahun kebelakangan ni memang tarawih asyik lobang-lobang je.. Harapan tahun ni dapat penuhkan tarawih.
tahun ini tahun pertama aku dapat berpuasa dan berbuka bersama2 isteri
tak sabar rasanya
Mijie > Tak sabar nak berpuasa / berbuka sama-sama dengan isteri takpe.. Tapi jangan tak tahan sabar di siang hari yek.. ngehehehe
Wah sekejap jee masa berlalu.. dah nak puasa kan..?
Sam tahun hijrah tu salah.. 1431 kan?
Nuaeman > Tima kasih bro. Tak perasan la plak..
Salam Bro Sam...
Selamat menyambut kedatangan Ramadhan al-Mubarak ye.. semoga kita semua mendapat keberkatan berpuasa daripadaNya.. amin :)
orang biasa ingat Hari Raya jer yang meriah,tapi sebenarnya bulan puasa pun meriah sama
Dila.13 > Insyaallah. Semoga kita mendapat keberkatan dan keredhaan. Harap-harap puasa tahun ini lebih indah dan lebih berharga.
bujang3 > Bulan puasa yang seronok sebab tak sabar-sabar naksambut raya. Tapi bila masuk raya ketiga, sebenarnya kita dah rasa macam biasa.. kehangatan tu mula pudar.
bulan puasa tukar bisnes atau masih kekalkan yang asal,sam ? :)
moga lu dilimpahi rezeki sempena ramadhan ini.
sangilapi > sama je.. harap-harap dapat tambah kapasiti sebanyak mungkin.
Post a Comment