Custom Search

Tips ; 10 Barangan paling ' tip top' untuk jualan Bazaar Ramadhan




Salam,

Hari ini adalah tanggal 7 Syaaban 1430, bermakna tinggal kira-kira 23 hari sebelum menjelangnya Ramadhan. bagi yang belum ganti puasa sebab 'terbatal', terminum, termakan, 'ter' melakukan perkara-perkara yang membatalkan puasa, atau pun uzur syarie.. Harap-harap diizinkan Allah supaya dapat menggantikan puasa (qada) yang tertinggal itu. kalau dah sampai Ramadhan, tapi belum ganti, kena ganti juga tahun depan + bayar denda.



Bulan Ramadan selain bulan bagi kita melakukan lebih ibadah dan amal jariah, ia juga adalah bulan bagi kebanyakkan orang membuat duit, tak kira secara sepenuh masa (30 hari), mahupun secara sambilan. Ada yang ambil cuti sebulan, semata-mata untuk berniaga di bazar Ramadhan atau Expo Ramadhan. Secara sambilan pula, kebanyakkannya menjual tudung, baju raya, jubah, aksesori (gelang, rantai kristal, brooch dan yang penting kuih raya serta kek). Secara sambilan biasanya dilakukan oleh pekerja pejabat dan juga surirumah.



Mungkin anda ada cita-cita atau niat untuk berniaga tapi belum ada idea atau kata putus produk serta barangan yang ingin dijual, tak kira samada secara sepenuh masa atau 'part time'. Di sini saya senaraikan 10 barangan 'Apa barangan yang laku untuk dijual di bazaar Ramadhan?":

  • 1. Air minuman i. air balang (yang berwarna warni), ii. air tebu, iii. air soya, iv. air jus buah-buahan, dll.
  • 2. Kuih muih - karipap, tepung pelita, kole kacang, jagung custard, wadeh, dll
  • 3. Aneka lauk-pauk
  • 4. Ayam percik, ayam panggang, ayam goreng, sate ayam (dan lembu)
  • 5. Pelabagai jenis 'nasi' - Nasi ayam, nasi kerabu, nasi tomato, nasi ambang, nasi lemak dll
  • 6. Murtabak
  • 7. Mee / mihun kawah
  • 8. Laksa Penang / Johor, rojak,
  • 9. Roti John, burger, roti khurasan
  • 10. Pelbagai jenis masakan Sup- Soto, mee / bihun sup, dll.


Tu jelah buat setakat ni, nanti ada lagi senarai untuk barangan paling laris dengan permintaan tinggi untuk jualan secara sambilan serta expo Ramadhan.. Insyaallah...

4 comments:

KampungBoy said...

aku dah terasa bahang hari raya dah...
mana ko sam?
yang tengah godak kari tu ker

samdaddycool said...

KampungBoy> ... aku kat belakang sikit.. sipi-sipi.. ko tak nampak aku nyer...
bahang Puasa dan Hari raya - dikalangan orang-orang berniaga, dah sibuk cerita pasal tapak nak berniaga kat mana.... :)

p/s - ko apa projek bulan puasa?

cyza said...

kalo bulan pose, biasanya aku suka bantai martabak daging letak byk bawang...

tapi lately, kitorang prefer makan apa2 yang di buat sendiri di rumah dibandingkan dengan beli...

samdaddycool said...

cyza> betul tu bro... air tangan isteri sendiri lagi afdhal, berbanding yang dibeli.Almaklumlah, tak semua peniaga menjaga kebersihan dan juga solat.. (gelap hati kalau kita selalu makan masakan orang tak solat!)

p/s - banyak-banyak murtabak, murtabak Singapore paling masyukkkkk!!!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails